Bayi High Demand

Assalamualaikum admin. Terima kasih jika disiarkan penulisan saya.

Saya seorang ibu kepada 2 anak. Anak kedua masih kecil. Masih dalam hari lagi. Pengalaman aaya sebagai ibu tak banyak. Masa anak pertama, Allah sahaja tahu betapa strugglenya saya menjaga dan adapt kepada situasi anak dan status sebagai seorang ibu. Alhamdulillah saya berjaya atasinya dan anak saya yang pertama sudah pun 2 tahun.

Pengalaman semasa menguruskan anak pertama, anak pertama saya boleh dikategorikan sebagai high demand baby. Menangis, nak berdukung, nak mengempeng. Kalau lambat dilayan dia akan menangis berjam2 tanpa dapat dipujuk. Menurut saudara mara, itulah sawan tangis. Kebetulan pulak saya memang short tempered. Memang hampir meroyan saya semasa anak pertama dahulu. Dengan pandangan tabo orang sekeliling tentang memberi anak pacifier, buaian, gendong dan sebagainya, membuatkan saya jadi bertambah tertekan. Kerana saya seorang surirumah sepenuh masa ketika itu, jadi bagi orang sekeliling saya tak perlu guna apa2 alat bantuan seperti pacifier, buaian, gendong untuk tenteramkan bayi saya. Tiada sesiapa membantu saya menjaga bayi saya ketika itu walaupun saya tinggal bersama beberapa ahli keluarga suami.

Keadaan ini membuatkan saya tertekan dengan tangisan bayi, dengan leteran orang sekeliling, dengan pertanyaan mereka kenapa bayi saya suka menangis, dan dengan pandangan tabo mereka bila saya ingin menggunakan alat bantuan seperti saya nyatakan di atas. Apabila saya stress dengan bayi saya menangis tanpa dapat dipujuk, saya akan berkurung dengan bayi dalam bilik. Apabila saya keluar dari balik, saya diberi silent treatment oleh beberapa saudara suami atas sebab yang kurang jelas.

Jadi saya mengambil inisiatif membaca dan membaca san menambah ilmu saya mengenai mengapa bayi menangis. Alhamdulillah untuk anak kedua, saya sudah mampu mengawal emosi dan mengenal pasti mengapa bayi saya menangis. Tetapi… Masih meninggalkan perasaan serba salah saya untuk menngunakan pacifier, buai dan gendong. Kerana bayi saya yang kedua juga high demand baby. Mungkin silap saya di mana2. Bayi saya dibedung masih menangis. Diberi susu masih menangis. Di dodoi masih menangis. Dituam perut sehingga kentut2, sekejap sahaja diam lepastu menangis. Saya tak mahu kejadian meroyan saya berulang. Saya berusaha ubati meroyan saya kali ini dengan berpantang ketat

Saya mohon pendapat pembaca IIUMC, adakah salah sekiranya ingin menggunakan alat bantuan tersebut? Saya bercadang ingin menggunakan gendong semasa dirumah dan pacifier untuk tenangkan bayi saya ketika tidur. Buaian saya masih 50-50 mengenangkan terpaksa angkut buai jika perlu travel. Saya juga mohon tips dari ibu2 terpelajar di sini cara handle bayi yang jika diletakkan ke bawah akan menangis.

Saya berterima kasih kepada puan2 yang sudi membantu saya. Maafkan saya bertanya di sini. Saya pernah beetanya di sebuah page ibu hamil tak lama dahulu tapi banyak komen negatif dan tidak membina saya terima. Jadi saya mencuba mencari jawapan di page ini yang mana saya perhatikan pembacanya lebih educated.

Maaf tidak sempat saya edit penulisan saya kerana anak saya dah mula mengeliat, jap lagi menangis la tu..

– Nina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit