Bekerja Dengan Anak Boss

Assalamualaikum semua. Aku cuma nak share apa berlaku selepas aku habis belajar.

Sementara menunggu panggilan sambung belajar. Aku rasa bosan sangat duduk rumah. Jadi aku pun teringat ada sorang kawan sekolah aku bapa dia bukak petrol station berdekatan rumah aku. Jadi aku pun tak berlengah2. Aku pun terus tanya samada ada kerja kosong atau pun tidak. Dia pun kata ada. Aku rasa bersyukur sangat masa tu.

Masa mula2 kerja tu. Aku dapat kerja shift pagi atau petang. Tak ada apa sgt masa tu. Semua okay. Sampai lah boss suruh aku kerja shift malam dgn anak dia. Aku fikir okay lah..lagi pun aku dgn anak dia schoolmate. Kenal dah lama.

Malam pertama aku kerja dgn anak boss. Shift aku start pukul 11mlm. Dia pukul 12mlm. Masa tu boss belum balik. Dia dtg2 kerja terus makan2. Tak peduli pun kita yg nak kira stock rokok bagai. Tapi aku masih positive mungkin dia nak aku belajar. Pukul 1 pagi boss pun balik. Tinggal lah aku dgn anak boss. Dia hanya duduk di dalam office. Tengok youtube berjam2. Masa tu aku terhidu benda busuk. Apa benda busuk ni aku tertanya2. Rupanya dia hisap ganja. Dgn aircond nya bukak. Aku rasa sesak nafas..
Selepas dua tiga batang dia hisap. Dan dia akan tidur sepanjang malam. Pukul 7 atau 8 pagi baru bangun untuk balik ke rumah. Bangun pun dalam keadaan bad mood. Marah tengking tanpa sebab. Begitulah rutin dia setiap hari. Aku bersengkang mata lah hadap kerja sorang2. Susun air bagai nak rak. Layan customer dekat tingkap tu lagi.
Pernah juga dia paksa aku hisap. Rokok pun aku tak hisap apa tah lagi ganja.

Untuk pengetahuan korang dia pun jual ganja. Masa tu aku dah mula takut sebab ramai buyer dia. Yelah kalau polis serbu silap2 sekali aku kena angkut.

Yang aku paling pelik boss tak sedar ke yg anak dia tak buat kerja. Kami pekerja lain macam kuli batak. Tak sedar ke office tu pagi2 bau ganja kuat gila. Tak faham! Boss hanya tahu complain yg aku tak susun air betul la apa lah. Stock lari lah. Padahal anak dia yg minum air ambil barang2 tak bayar. Cctv ada kot! Barangkali terlampau sayangkan anak.

Sampai lah satu hari Allah makbulkan doa aku. Polis datang serbu. Tapi polis hanya panggil dia. Aku pun ingat polis akan ambil tindakan yg sepatutnya. Sebab masa serbu tu stock ganja bertimbun.

Tapi…..meleset. Dia hanya membayar sebanyak 10k kepada polis. Polis pun lepaskan. Boss kami? Tetap tak tahu apa jadi sebab anak dia kaki kelentong.

Akhir sekali, aku buat keputusan untuk berhenti kerja. Sebab aku rasa tertekan kerja dgn sampah masyarakat ni. Siapa kata hisap ganja ni okay?? Siapa kata hisap ganja boleh buat kerja? Pengalaman aku 5 bulan bekerja dgn orang hisap ganja. Kerja apa pun tak boleh buat..duduk gelak layan perasaan lepas tu bongkang tidur. Tiap2 bulan gaji masuk. Lebih banyak dari kami yang buat kerja.

Terima kasih kerana sudi baca.
-durian

– Durian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit