Belum Bergaji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, semua.

Aku berminat untuk berkongsi kisah kehidupan saya ini selepas aku baca kisah Jojo Arsyid tadi dan aku nak kau tahu Jojo, kita semua ada pengorbanan yang tak terungkapkan. Aku perempuan, anak sulung, ayah baru meninggal minggu lepas, seorang isteri dan juga seorang ibu kepada anak lelaki aku yang baru berusia setahun.

Sama seperti Jojo, aku juga rasa bertanggungjawab untuk menjaga keluarga aku. Adik-adik aku kedua-duanya perempuan juga, Alhamdulillah dapat biasiswa pelajar cemerlang. Jadi Mama tambah sikit-sikit je. Aku pun Alhamdulillah ada kerja tetap dengan gaji yang agak lumayan so dapat membantu family di situ. Mama aku juga bekerja. Nampak all smooth, bukan? Nehi he.

Lautan mana tak bergelora. Suami aku sama course macam aku, cuma tak diizinkan lagi mendapat kerja yang bagus-bagus. Kerja hotel 7 pagi – 7 malam, kadang-kadang 8-9 malam baru sampai rumah. Sampai rumah lembik sebab kerja 12 jam sehari, cuti sehari je seminggu. Gaji bulan Ogos, sampai sekarang tak dapat lagi (today dah 6 Sept). Setiap bulan, begitulah pusingannya – gaji bulan sebelumnya dapat pertengahan bulan selepasnya. Kereta, rumah, and sometimes barang dapur memang aku cover. Termasuklah susu anak, pampers dan sebagainya.

Tak, aku bukan merungut tapi aku bersyukur sebab suami aku rajin. Rajin bekerja meskipun pada aku gaji tak setimpal. Rajin tolong buat kerja rumah walaupun aku tak minta. Rajin ke hulu hilir tolong Mama ke hospital untuk check up Ayah sehinggalah Ayah menghembuskan nafas terakhir, suami aku setia di situ memandikan Ayah, mengkafankan Ayah, solatkan Ayah, doakan Ayah. Thank you, husband. Alhamdulillah husband aku tak pernah lokek sediakan nafkah meskipun gaji wife dia lima kali ganda darinya. Dan aku berdoa dia berterusan menjadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab sebegitu, InsyaAllah. Kadang-kadang, aku menangis malam-malam sesorang tengok muka suami aku kepenatan kerja hotel sedangkan aku sedap duduk atas kerusi empuk di office. Setiap kali aku nak marah staff, aku fikir sampai 10-20 kali, macam mana kalau bos husband aku treat my husband camni? Mesti aku tak suka. Tak jadi pulak nak marah staff, kesian.

Mama aku pulak, selepas Ayah meninggal disebabkan cancer, macam patah sebelah sayap. My mom is the strongest woman I’ve ever seen but lately, she’s too different. Siapa tak sedih kan pasangan hidup berpuluh tahun pergi? Kami redha cuma masih ‘berlasungkawa’. Jadi selepas ketiadaan ayah ni, My husband and I feel the urge to take care of Mama and adik-adik even more. Cuma aku perasan, cakap pasal gaji ni, bulan Julai hari tu entah macam mana aku lupa nak bagi duit ke Mama, selalunya aku akan bagi around RM 400-500 gitu. Mama pulak senyap je tak bagitahu because she’s working so she didn’t even bother. Haha. And bulan Julai tu lah aku paling sempit, aku mencari-cari mana silap aku, apa yang burst sangat belanja sampai tak cukup sedangkan aku tak beli tak shopping apapun bulan tu. Then baru aku ingat, aku tak bagi belanja Mama. Ampunin Nabila Ya Aulooo.

Bulan Ogos tu cepat-cepat aku bank in duit ke Mama on my payday. And until now aku siap boleh shopping duckcosmetics bagai, Alhamdulillah ada baki lagi. Aku pun pelik tapi serius lah korang, it makes a big difference! Aku bagitahu adik-adik aku, lepas ni kalau nak apa-apa tell me. Just tell me if they want anything sebab Allah kurniakan aku rezeki lebih sikit, untuk aku berkongsi dengan ramai orang. Kawan aku pernah tanya aku, kenapa aku sibuk nak belanja adik-adik aku macam-macam memang dari zaman uni lagi sebab aku dapat scholarship JPA, duit scholarship tu lah aku dok beli macam-macam untuk adik-adik aku.

Bila dah ada suami and anak pulak, Mama aku selalu pesan – susah senang sama-sama. Ini dugaan Kakchik, mana yang boleh bantu, bantulah husband. Allah sedang menguji Kakchik. Apapun keputusan yang aku buat dalam hidup, jangan membelakangi suami, jaga aib suami. Tu lah sebahagian pesan Mama. Lama-kelamaan aku redha dan aku percaya insyaAllah Allah akan kurniakan suami aku pekerjaan yang lebih baik in the future, at the right time but just not now. Jadi kami just go with the flow dan mensyukuri nikmat Tuhan apa adanya. Alhamdulillah Allah masih kurniakan kesihatan yang baik, ada kereta, ada tempat tinggal, cukup makan pakai, boleh pergi holiday, dapat anak yang sihat pintar soleh, InsyaAllah.

Akhir kata – sama-sama lah kita beringat, gaji kita, harta kita bukan milik kita je. Ada hak orang lain di dalamnya. Who knows kerja bagus-bagus yang aku dapat sekarang ni adalah berkat doa Mama, ada sisipan rezeki suami sikit, anak sikit, Mama sikit, adik-adik, mertua dan untuk sedekah amal jariah. Dan jagalah syurga kita – aku sangat-sangat menjaga hati Mama dan suami aku, termasuklah ibu mertua aku. Sebab redha mereka ini adalah tiket aku ke syurga, aku harap sangat aku dapat jadi anak menantu dan isteri yang baik dan solehah. Begitu juga kalian. Doakan juga husband aku dapat pekerjaan yang lebih baik in the future! Good luck to you Jojo Arsyid and other readers as well!

Apapun dugaan dalam kehidupan kita, semoga kita semua terus kuat menghadapinya. Ingat pesan Tuhan – “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya” (Sebahagian ayat 286 Surah Al-Baqarah). Wassalam.

– Kakchik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit