Berbaloikah Hisap Dadah

Waktu aku sekolah rendah, aku memang seorang yang boleh dikatakan buas. Aku bersosial dengan banyak kawan dekat kawasan perumahan aku. Kawan-kawan aku tak sebaya dengan aku. Kebanyakannya yang dah sekolah menengah, yang tak bersekolah pun ada. Waktu umur macam tu aku dah belajar cara merokok dan mencuri. Semua tu aku belajar dari mereka yang tak bersekolah. Ia nya sekadar suka-suka, bukanlah sebab miskin ke apa. Dekat daerah aku ni, terkenal sangat dengan kongsi gelap. Ayahanda, Abang kawasan? biasa dah tu. Kawasan taman aku ni juga banyak port-port melepak anak muda. Kalau port sekadar melepak tak apa, tapi port ni tempat menghisap ganja secara berjemaah. Tapi tu waktu zaman aku kanak-kanak. Sekarang? lebih teruk. Lebih banyak port diwujudkan. Lebih parah bila port ni bukan menjadi tempat lepak anak muda sahaja tapi wujud kalangan-kalangan tua yang bersama-sama melepak untuk menenangkan diri menggunakan ganja dan ketum.

port ni dulunya tak banyak. Abang aku pun salah seorang penagih dadah. Tak mampu beli dadah? Gam cap senapang pun jadilah. Ubat batuk, Nospan pun takper Janji sedap. Depan aku pun dia hisap gam. Bila hisap gam tu,aku tengok dah macam orang hilang akal. “seronok hisap gam ni, boleh tarik bulan”. Itu semua kesan bahan kimia yang berjaya menembusi blood brain barrier dalam otak. Padahal tiada apa pun depan mata. Abang aku malas sekolah, Konon nak kerja ikut kawan. Makin hari makin teruk. Masuk umur 20 an dah mula main dengan pil kuda. Ganja tu benda-benda biasa, bong guna batang betik ala benda biasa lah. Pernah masuk serenti. Keluar dari serenti macam tu jugak. Tak boleh dibendung dah. Kes mencuri duit orang, telefon tak kisahlah apa pun asal dapat jual dan dapat barang. Keluar masuk penjara pulak. Tu cerita zaman muzik too phat, linkin park lagu “relaku pujuk” oleh spider jadi kegilaan dulu. Sekarang zaman aiman tino ni, curi motosikal pulak. Mana boleh hidup kalau tak high.

aku tak mengaku tu abang aku. malu , marah semua ada. Marah aku tu sampai tahap nak bunuh. tapi aku masih waras. tipu kalau cakap orang sekeliling tak cuba bantu. dah cuba. Tapi gagal. Untuk berhenti dadah ni perlukan willpower. kalau tiada willpower memang akan gagal dan berulang mengambil dadah, sebab bahan dalam dadah tu dah mempengaruhi otak. Siapa nak keluarga dia ada penagih dadah? Bukan berguna pun. Hidup malas bekerja, mencuri hak milik orang. tiada sumbangan langsung. Hampir 23 tahun kami cuba bantu tapi gagal. Alhamdulillah, bagaimana pun persekitaran zaman kanak-kanak aku dulu aku tak dipengaruh dengan teruk. tak sampai tahap mengambil dadah. Paling kuat pun merokok.

Tahun ni, satu tragedi yang buruk melibatkan penagih dadah. Penagih dadah remaja yang membunuh berpuluh jiwa yang tak berdosa hanya semata-mata dendam. Kalau zaman sekolah dulu, aku pun pernah terima ugutan bunuh dengan kawan sekelas. Tapi takder la bunuh betul-betul. Tapi kes pembunuhan pelajar tahfiz ni memang tak boleh terima lah. tak masuk di akal umur baru 11 tahun – 18 tahun buat kerja-kerja ni. Sebab aku waktu umur 11 sampai 18 tahun tu aku masih bersekolah, dekat sekolah fikir belajar, bercinta. Fikir nak masuk tahfiz ke, sekolah asrama penuh MRSM ke SBP ke. Fikir nak masuk Universiti mana, ambil kos apa.

Speechless bila tengok muka-muka penjenayah yang buat kerja ni. Waktu keluar berita ni, aku ingat ahlong silap bakar bangunan ke. Sebab bangunan tahfiz tu berhampiran dengan pejabat PPIM. Sebab PPIM kan ada bantu orang yang berhutang dengan ahlong. Itu lah sangkaan aku. (maaf ahlong)Tapi meleset jangkaan tu. Penjenayahnya Anak anak yang dalam kalangan orang islam sendiri . anak-anak remaja kita. Pelapis generasi kita. 6 orang positif dadah yang ada THC. THC ni ada dalam ganja. pa yang budak-budak umur 11-18 tahun ni buat dengan ganja? perubatan?

Apa yang penagih bangga dengan dadah yang mereka hisap, taburkan teori-teori bodoh tentang ganja dan ketum dekat internet? semua benda ni kalau orang bijak pandai yang belajar, yang punya matlamat hidup aku rasa takkan ambil la benda-benda ni. Bahan-bahan ni buat ketagih. Abang aku penagih, aku pun ada berkawan dengan penagih. kawan aku yang penagih tu sendiri cakap sampai satu masa dia rasa perlu bekerja untuk dapatkan bahan tu. Kawan-kawan yang campur ubat batuk dengan ketum pun jadi macam tu. Terpaksa habiskan duit untuk beli Coca-cola,ubat batuk dengan ketum setiap hari. Diulang setiap hari!! bukannya seminggu sekali, setiap hari!. Dah macam darah daging dah. Rokok yang korang kata takkan ketagih pun sekarang dah susah nak berhenti inikan bahan-bahan tu.

Jangan nak kata ganja tak diharamkan sebab tak bercukai. kalau korang orang islam korang takkan saja-saja nak ambil . Setiap benda yang memabukkan/mengkhayalkan tu haram kecuali atas sebab-sebab perubatan. Selalu tengok hujah mat-mat ganja nak mempertahankan ganja mereka. jangan samakan mentaliti kita dengan mentaliti orang negara luar. Tak sama langsung!. Sampai sekarang aku tak faham apa yang perlu dibanggakan sekiranya menghisap bahan-bahan ni. Ubat, dadah untuk orang yang berpenyakit. Kalau tak berpenyakit apa tujuannya untuk ambil? dan paling buruk yang korang kena faham ialah bahan-bahan ni memang akan memberi kesan kepada tubuh badan. siksa bila dah ketagih.

– Aku prihatin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit