Berdosa Ke Terlalu Pendiam

Assalamualaikum.. Thanks IIUM sebab sudi siarkan confession aku. Aku nak luahkan n tanya pendapat semua org, kut2 ada yg sudi bagi tazkirah kat aku or nasihat sikit. Aku sejak dari kecik memang pendiam n pemalu. Aku masih ingat perangai pendiam aku ni mula sejak darjah 2, masa kecik2 aku seorang yg byk cakap, suka menyakat adik beradik, tapi aku sendiri tak sedar mcm mana attitude aku boleh bertukar.

Aku memang susah nak mulakan perbualan dengan orang, tambah-tambah bila aku berada dalam kumpulan yang besar, automatik aku jadi macam kura-kura. Aku benci bila org duk ejek aku pendiam, pendiam, tapi aku terlalu malu sangat nak berbual dan huha huha dengan kawan2. Dengan saudara terdekat je aku tak malu, mungkin sebab dah biasa dari kecil.

Masa aku darjah 3 sampai 5, aku kenal rapat dengan seorang kawan perempuan ni, aku berdua je dia dengan dia, smpila dia tukar sekolah. Sejak tu, aku memang rehat sorang-sorang. Ke mana2 pun sorang2 sebab aku terlalu malu nak bercampur dengan orang.

Aku ingatkan bila aku dah kerja dan ada anak dua orang, aku boleh buang sifat malu tu, tapi still tebal. Sampaikan aku rasa macam aku ni ada penyakit dalaman sebab malu sangat. Kalau berbual face to face dengan kawan2, aku akan okay lagi. Tapi kalau duduk dalam group dalam 7-8 orang, aku mulala jadi kura2 balik. Sampaikan aku selalu kena ejek dengan kawan2 sekerja sebab katanya aku diammm je. Ada yang sindir2 cakap aku ni tak nak buat dosa cakap benda bukan2. Sedih ok. Balik rumah aku tak cerita kat suami, aku akan menangis sorang-sorang. Sebab aku taknak dia pening dengar masalah aku. Sedihkan hidup aku?

Sifat pemalu ni memang membataskan pergaulan aku and kadang2 buatkan masalah kat tmpt kerja aku. Dibuli, orang silap faham, dan macam2 lagi. Org penah nasihat aku utk jadi confident, tapi seriusly memang aku malu, malu aku memang susah nak buang. Dengan jiran2 pun aku malu nak bertegur, mesti diorang kata aku sombong.

Anak aku yang second suspect autism, pikir2 balik aku rasa macam turun dari aku. Aku rasa down sangat ni, bila dengar kawan2 yang lain bergelak ketawa, tapi aku sorang-sorang. Sebab orang pun dah bosan agaknya dengan aku.

Dengan ipar duai pun aku malu, dahla ipar duai aku jenis yang cakap banyak, memang diorang pernah perli aku “eleh..malu konon”, terhiris hati aku.

Kalau korang nak tau, sebabkan sifat pemalu ni, aku takda kawan rapat pun sejak sekolah rendah, menengah sampaila universiti. Bila aku rapat dengan seseorang, kawan aku mesti kena kebas punya. Sedih jugak tengok facebook, orang duk update reunion dengan kawan2 lama. Aku masih seorang. Orang pon tak ingat kat aku, diorang tak sedar pon akan kewujudan aku,

Alhamdulillah aku ada suami dan anak2 yang buatkan aku masih kuat walaupun boleh kata airmata aku asyik tumpah sebab benda yang sama ni. Aku tau masalah ni datang sebab diri sendiri. Tapi kalau korang dilahirkan dalam badan aku, pasti korang akan faham pemalu aku bukan dibuat-buat. Bukan takada usaha nak berubah, tapi orang still akan chop aku pemalu, pendiam, pemalu, pendiam.

Kadang aku terfikir berdosa ke aku sebab terlalu pemalu Berdosa ke aku senyap je bila rakan2 yang lain bergelak ketawa dan seronok bercerita kisah masing2? Berdosa ke aku bila aku tak pandai berkawan?

– Hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit