Berhenti Kerja Untuk Bisnes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Perkongsian kali ini lebih kepada luahan dan moga-moga pembaca sekalian sudi mendoakan aku menghadapi hari-hari mendatang.

Aku merupakan seorang isteri dan ibu yang mempunyai pekerjaan yang stabil dan gaji yang menyenangkan. Tidaklah besar, tetapi menyenangkan. Mampu menyumbang kepada separuh perbelanjaan rumah dan keluarga; di samping mampu memberi wang bulanan kepada parents di kampung.

Selepas melahirkan anak beberapa tahun lepas, aku mula hilang minat terhadap kerjaya. Sebelum berkahwin, aku menumpukan sepenuh perhatian untuk membina kerjaya aku, tetapi sejak si kecil lahir, tumpuanku lebih kepada keluarga. Daripada seorang perempuan yang mementingkan diri dan self-centered, aku mula memikirkan tentang orang lain – ibu bapa, adik beradik, mertua, suami, dan anak.

Sebelum kelahiran anak aku, aku telah mula berjinak-jinak dengan perniagaan online, di mana aku membuat produk kraftangan aku sendiri. Aku banyak belajar dan mencari idea melalui pinterest, etsy, dan blog. Produk yang aku lakukan, jarang dibuat di Malaysia. Tapi biasalah, kraftangan memakan masa yang lama untuk disiapkan walaupun modalnya kecil dan boleh dijual dengan harga yang tinggi. Beberapa tahun aku belajar marketing melalui instagram, even masa tu aku gunakan forum lowyat, website mudah, dan bermacam2 lagi untuk mengiklankan produk aku. Kemudian, aku mula join Whatsapp group yang saling bertukar2 review, buat paid review, dan hantarkan hadiah kepada instafamous. Masa tu, produk aku mula mendapat tempahan yang banyak: satu projek yang disiapkan dalam 2-3 hari mampu menjana keuntungan mencecah ribuan ringgit.

Tetapi:- penat.

Aku bangun seawal sebelum subuh untuk siapkan order, dan sambung lagi selepas balik dari kerja sampailah tengah malam. Ketika aku berada di hospital akibat sakit perut ketika aku mengandung, aku masih menyiapkan order di atas katil hospital.

Semuanya sebab aku suka. Aku suka berniaga – tetapi aku hanya niagakan hobi aku. Aku cuba untuk berniaga benda lain yang viral ataupun senang dijual, tetapi minat tiada si situ; hati tak gembira, dan aku kembali berniaga hasil kraftangan aku.

Selepas anak aku lahir, tumpuan sepenuhnya kepada dia. Kerja di office sekadar untuk membayar bil di akhir bulan. Aku tidak lagi mengejar projek yang boleh menaikkan pangkat aku ataupun cuba mengambil hati bos dan rakan sekerja. Aku kerja sekadar untuk memenuhi komitmen dan tanggungjawab.

Sedang anak aku membesar, aku memulakan semula perniagaan online – di mana aku menghasilkan produk yang unik, dan mahal. Raw material mahal, tenaga kerja mahal, harga jualan pun mahal. Hehe.. Mula-mula aku buat sekadar hobi macam biasa, bila tiada sales siap aku sedekahkan lagi produk tu kepada orang yang memerlukan. Tetapi suami aku macam biasa, menggalakkan aku. Bila aku nak berhenti, beliau lagi galakkan aku untuk tidak give up.

Mungkin disebabkan suami aku redha dengan hobi ini, dan disebabkan usaha aku yang tidak pernah putus:- aku korbankan masa tidur dan weekend untuk hasilkan produk, masa lunch kat office untuk buat pengiklanan, sertai group seller2 yang saling support sesama sendiri, update instagram hari-hari 6-7 kali. Guna semua tips yang aku belajar daripada guru-guru online. Ambil gambar cantik-cantik. Copyrighting yang ikhlas dari hati untuk berkongsi knowledge dan passion, bukannya hard sell punya style. Semuanya aku belajar sikit-sikit dari kesilapan, bila gagal, aku perbaiki. Akhirnya hasilnya dapat aku kecapi. Sekarang hasil jualan aku melebihi gaji bulanan, sales masuk setiap hari, brand semakin dikenali. Order dari luar negara semakin meningkat.

Tetapi ada yang pelik. Duit masuk dan pergi. Walaupun inventory aku semakin banyak, dan hidup semakin mewah, something is not right.

Aku bersedekah, dan Tuhan hadiahkan lebih banyak.

Aku menolong adik beradik dan ibu bapa, Tuhan hadiahkan sales yang tidak putus.

Aku berusaha hari2 buat iklan. Close sales. Hari-hari duit masuk alhamdulillah. Takde dah aku dok tunggu gaji masuk hujung bulan. Walaupun aku cashless kadang-kadang, tapi rezeki sentiasa ada.

But something is still, not right.

Pada suatu hari, aku menghadapi sedikit kemalangan.

Bercuti hampir sebulan.

Aku bangun sebelum subuh, kemas rumah apa yang patut. Masakkan suami sarapan. Simple je tapi hati aku gembira. Makan dengan suami sebelum beliau pergi kerja. Hantar suami ke pintu pagar. Sapu daun-daun kering kat luar rumah. Basuh baju, sidai baju. Basuh pinggan, vacuum dan mop lantai.

Selesai, aku ambil gambar produk-produk aku, siap sediakan pengiklanan untuk satu hari. Siapkan order customer, packing dan layan customer di Whatsapp. Sebelum anak aku bangun, aku masak siap2 untuk dia dan lauk untuk suami aku petang nanti.

Siapkan anak aku, mandi, suapkan dia makan. Kemudian kami keluar pergi pos barang, atau singgah di rumah kawan.

Suami balik, alhamdulillah rumah bersih, makan dah terhidang. Dan beliau dapat rehat selepas seharian yang memenatkan.

Of course, this seems perfect – only because I have only one child, a good one. A small house, easy to care for. A simple household, not too tiring and stressing.

Aku tau housewives yang banyak anak, lagi2 suami yang tak membantu, betapa penat dan bosannya hidup mereka.

Tapi, masa ni aku reflect pada kehidupan aku.

***
Aku kurang keredhaan kepada suami dan keluarga aku. Gaji aku agak besar, habis untuk membayar keperluan rumah dan diagihkan kepada parents, bayar hutang, dan sedikit simpanan. Sejam selepas gaji masuk, value dalam bank dah negatif. Nasib baik ada income daripada business untuk cover makan, minyak, dan tol.

Dan walaupun aku dah berhabis untuk tanggung separuh perbelanjaan rumah, balik rumah aku masih perlu mengemas, masak, jaga anak. Aku persoalkan dalam diri aku kenapa kami bayar sama rata tapi kerja rumah lagi banyak aku yang tanggung. Bukan ke patutnya suami yang settlekan semua?

Pada awal perkahwinan aku, aku selalu bermasam muka dengan suami. Buat salah sikit, aku punya marah macam beliau buat dosa besar. Suami balik dari kerja, mengagak2 aku mood baik ke tak baik. Psycho dibuatnya. Tapi suami aku punya kesabaran tahap tinggi. Kalau aku dapat bini cam diri aku sendiri, lama dah kena talak 3.

Semua sebab aku tak redha. Aku ego, terlalu bangga dengan diri sendiri. Aku berkira. Aku mengungkit dalam hati. Setan sembur2 minyak bagi lagi marak.

Kemudian, throughout the marriage, suami mula banyak menolong meringankan kerja rumah. Jaga anak, sidai dan lipat baju, sapu sampah.. Pada masa yang sama, aku pun belajar untuk balance hidup antara kerja, family, and business. Aku penat taknak masak, bungkus je. Baju kerja suami, aku tak seterikakan. Suami settle sendiri. Kalau malas kemas rumah, takyah kemas. Weekend nanti buatlah spring cleaning. Hehehe..

Aku mula gembira, kerja kat office performed, kurang stress, business pun berjalan lancar. Betapa pentingnya suami menolong isteri di rumah ya kawan-kawan :)

Tapi itu still bukan apa yang aku mahu.

Aku suka buatkan sarapan untuk suami. Aku suka sediakan rumah yang kemas untuk suami aku berehat. Aku tak nak tapau je makanan untuk suami dan anak aku. Aku nak mereka makan air tangan aku. Aku nak sediakan keperluan suami aku. Biar smart dan selesa pergi kerja. Cumanya, bila aku cuba mengejar kesempurnaan dalam keluarga, kerjaya, dan business, aku jadi exhausted. Bila aku exhausted, aku marah, dan mudah sakit. Akhirnya suami aku jugak yang susah, nak jaga aku dan anak aku.

Suami seorang yang mementingkan kerjaya awalnya. Buat kerja sampai tengah malam, sampai selalu migraine. Selepas kahwin dengan aku, suami tak boleh dah nak balik lewat. Tak boleh nak buat kerja sampai lebam, impress orang atasan. Balik lambat kang wife kat rumah dah jadi hulk. Hahaha…
Disiplin pun kadang-kadang tak terjaga sebab penat dengan keluarga.

Seperti yang aku katakan tadi, pada suatu hari, aku kemalangan.

Suami aku jaga aku sangat-sangat baik. Beliau balik rumah dah maghrib, masak untuk anak aku, mandikan, kemas rumah. Aku? Lepas Isyak terus tido.

Satu malam aku terbangun, aku pandang muka suami aku yang tengah tidur kat sebelah. Nampak dari air muka, betapa penatnya dia.
Baju dan seluar dia koyak, aku tak pernah perasan.
Bila dia ajak aku berborak, aku antara dengar dan tak dengar, layan dan tak layan.

Aku terlalu fokus cuba balancekan hidup aku (supaya aku kurang penat dan kurang marah), siapkan kerja office dengan sempurna supaya colleagues tak nampak kecacatan kerja aku disebabkan aku sibuk berniaga, di samping mengejar impian aku untuk jayakan perniagaan aku.

Aku cuma boleh pilih antara dua daripada tiga, dan malam itu aku nekad untuk pilih keluarga dan impian aku.

Suami tak pernah setuju. Bertahun aku memohon untuk berhenti kerja dan fokus kepada hobi aku, tapi suami minta aku menunggu sehingga kewangan syarikat aku stabil. Aku faham suami rasa rugi. Kerja yang baik, gaji yang baik, belajar tinggi2 takkan taknak kejar kerjaya aku? Dan macam mana kalau aku tak cukup duit nak cover komitmen aku?

10 jam yang aku spend dekat office, untuk buat perkara yang aku takder hati dah, dan aku tak nampak dan tak nak kejar pun future kerjaya aku. 10 jam yang aku curi-curi reply customer dan 10 jam yang aku curi-curi cari rezeki lain di antaranya. Aku takut sangat gaji yang aku dapat dan hasil niaga aku tak berkat.

Kalau 10 jam tu aku fokus kepada passion aku, hati aku lebih redha. Lebih gembira. Rezeki pun insyaAllah lebih berkat. Aku ada di rumah. Ada untuk anak aku. Boleh jaga rumahtangga aku dengan lebih baik.

Masa-masa yang aku bercuti spend kat rumah tu, aku gembira sangat-sangat. Weekend pun aku spend macam kononnya aku ni surirumah yg berbisnes online, hehe. Psycho gile.

Sebelum ni aku takut nak resign. Bukannya pasal aku tak yakin dengan business aku. Aku yakin dengan rezeki Allah. Even ulat dalam batu dah tertulis rezekinya. Apatah lagi kita. Yang aku takut, suami aku tak setuju. Aku takut kalau suami aku tak redha dengan aku, aku buat apa pun takkan berjaya.

Tapi aku dah go through perasaan ni bertahun, and I want to take the leap of faith. Makanya, aku discussed dengan bos aku. Dan kini, aku ada beberapa bulan terakhir di office.

Dalam bulan-bulan terakhir ini, aku cuma plan untuk berdoa. Berdoa moga dilembutkan hati suami untuk memaafkan aku bila dia tahu nanti. Berdoa untuk dia redha. Berdoa supaya aku menjadi isteri yang dapat support kerjaya dia setelah bertahun dia support impian aku. Berdoa aku dapat jadi ibu yang present. Yang ‘ada’. Yang memberi perhatian. Berdoa rezeki kami murah dan dijauhkan dari kesempitan. Berdoa moga dipermudahkan urusan kami.

Berdoa agar impian aku tercapai.

Amin..

– Puan Tipah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit