Berjaya Di Usia 60-an

Berjaya Di Usia 60-an

Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita saya. Salam semua. Jom mulakan dengan macamana saya berfikir seperti saya sekarang. Sekitar tahun 2003-2007 dahulu, keluarga saya agak bahagia. Walaupun tak kaya, tapi boleh hidup cukup makan. Alhamdulilah. Sampailah satu masa, ayah saya kehilangan kerja kerana masalah ekonomi. Ayah saya kerja kilang. Ketika itu umur dia 40an. Pada usia tu, ayah saya cuba meminta kerja di tempat lain, tapi sukar. Ayah saya seperti patah semangat dan terus menganggur dari hari tu. Walaupun ayah ada membantu ibu berniaga, tapi sikap ayah semakin berubah menjadi panas baran, negatif, cepat putus asa dan semakin malas.

Sekarang
Menginjak dalam 10 tahun ke hadapan, kehidupan semakin sukar. Ayah dapat duit EPF nya. Tapi, dalam masa setahun dua sahaja, duitnya dah kering habis. Itulah reality orang bersara. Mengikut statistik, duit EPF biasanya habis dalam masa kurang 5 tahun sahaja. Kenapa? Sebab orang tua lebih banyak penyakit, kadang2 nak setelkan hutang, anak kahwin dan tiada lagi pendapatan tetap. Ada jugak anak yang bekerja tapi masih menyusahkan ibu bapa yang dah pencen. Nilah realiti yang kita tak boleh lari.

Perniagaan Ibu
Perniagaan ibu ada pasang surut. Walaupun dan lama, tapi zaman berubah. Zaman sekarang zaman GST dan segala macam barang naik. Peniaga kecil terpaksa menampung kos-kos yang tidak dapat diclaim. Contohnya, beli barang dengan pembekal. Biasa pembekal besar ni menggunakan GST. Jadi mereka dapat claim. Harga dijual kepada pembeli/peniaga dengan harga termasuk gst. Dengan kenaikan ni, peniaga2 kecil tertekan kerana terpaksa menambahkan usaha atau menaikkan harga. Contohnya, peniaga jual nasi lemak, peniaga jual burger, takkan nak letak GST jugak untuk claim. Mana ada resit? Dan rata-rata mereka ni golongan tua yang susah untuk ikut sistem GST.

Kesedaran saya
Disebabkan masalah kewangan ni, saya mula buat kajian. Saya tengok ramai yang mengikut jejak ayah. Contohnya, berhutang guna kad kredit melebihi kemampuan. Tiada simpanan masa tua. Tidak ada perancangan kewangan yang baik. Tidak mahu mendengar nasihat. Malah ramai lelaki zaman sekarang lebih memilih menjadi biawak dari menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Jadi saya mula belajar tentang kewangan dari orang yang sudah berjaya dan bermula dari 0. Contohnya, boleh belajar dari buku Rich Dad Poor Dad dan Money Monster the Game (Tony Robbins).

Apa saya pelajari
Apa yang saya pelajari, ramai dari kita yang gagal merancang bagaimana hidup selepas umur 60 tahun. Ada yang beranggapan tidak perlu, sebab belum tentu akan hidup sampai ke umur tu. Jadi kita enjoy je. Ikut statistic sekarang, jangka hayat manusia bertambah secara purata kerana sistem perubatan yang lebih canggih, ilmu pemakanan dan lain-lain. Ada kajian menyatakan perlu ada RM1800 sebulan selepas bersara untuk kelansungan hidup. Akibatnya, ramai yang terpaksa bekerja semula. Ada yang baru nak berniaga. Bahaya jika melaburkan duit EPF dalam perniagaan, sebabnya 8 atau 9 dari perniagaan baru gagal, kerana kurangnya pengalaman atau pengetahun dalam bisnes. Kalau nak mula, perlu mula dan belajar dari muda. Lihatlah realiti, ramai yang kecundang.

Saranan saya
Dalam pekerjaan mahupun bisnes, kita perlu fikir jalan keluar kita. Contohnya, kita kerja bertahun-tahun, adakah untuk jadi miskin di akhir hayat? Ataupun kita bekerja untuk merancang kehidupan yang lebih selesa untuk keluarga dan dapat beribadat dengan tenang. Jadi mulalah merancang dan menyimpan dari sekarang. Memang banyak pelaburan-pelaburan yang ada sekarang. Antara pelaburan yang terbaik yang saya lihat ialah hartanah, funds dan perniagaan.

Pelaburan termudah untuk hari tua.
Dalam pandangan saya, pelaburan termudah harini ialah fund seperti ASB dan lain2. EPF kita juga satu bentuk pelaburan. Pelaburan berbeza dengan menyimpan, kerana pelaburan ada untung dan ruginya. Tetapi pelaburan seperti ASB sangat bagus kerana ianya ada pulangan yang stabil. Ramai yang beranggapan ASB itu syubhah dan menolak keharusan yang difatwakan mufti. Anda berhak berbeza pendapat. Tapi bagi saya, mufti sangat berilmu dan mengira berbagai sudut pandang dalam hal ni. Mufti mengira kesejahteraan masyarakat islam secara kesuluruhan. Saya percaya mufti-mufti ini orang terpilih yang diberi `hikmah`. Maka ada kebijaksaan dalam keputusan mereka. Dalam keruntuhan sistem ekonomi keluarga harini kerana masalah kewangan, saya lihat ada hikmah kenapa ASB diharuskan. Kerana ianya satu pelaburan mudah. Pinjam dan laburkan untuk hari tua kita. Tak perlu maksimumkan. Cukup sekadar berapa kita mampu labur bulanan (seperti RM100-200) dan lupakan duit pelaburan tu termasuk dividen dan sebagainya sehingga kita berumur 60an. Ada yang berpendapat kena tunggu 20 tahun. Tapi jika kita tak ambil langkah melabur sekarang, belum tentu 20 tahun akan datang kita dapat menyara diri tanpa membebankan anak-anak. Dengan duit pelaburan 20 tahun dan EPF kita, banyak yang dapat kita manfaatkan. Inilah antara tips yang terbaik oleh orang-orang yang berjaya hidup senang di akhir usia.

Berfikiran terbuka
Saya mengajak semua berfikiran terbuka. Banyak remaja menjadi bebas kerana ibu bapa sibuk bekerja. Sebab itu pentingnya kekukuhan ekonomi dalam masyarakat Islam harini. Kita yang masih muda, perlu mulakan dari sekarang. Mantapkan ekonomi. Saya menolak pandangan orang yang membeli banyak hartanah sebagai tamak. Kerana jika mereka tidak membeli, pasti orang lain yang membeli. Kenapa kita tidak jadi seperti mereka, tapi kita jangan menzalimi penyewa-penyewa. Orang yang bermanfaat untuk orang lain adalah lebih baik. Maka, jadilah kita kapitalis hartanah yang islamik. Menyediakan rumah sewa untuk orang ramai dengan harga yang berpatutan supaya mereka tak ditindas golongan kapitalis tamak.

Akhir kata, jika berbeza pendapat dengan saya tidak mengapa. Janganlah labelkan orang yang berbeza dengan macam-macam pandangan. Semoga kita sama-sama berjaya di usia 60an kita nanti.
Sekian nukilan dari saya,
Semoga bermanfaat. Salam.

– anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments