Berkat Segulung Ijazah

Assalamualaikum.. Syukran admin sebab sudi publish post aku ni.

Disebabkan aku ni senior uia yang dah bertahun-tahun grad so aku nak bahasakan diri aku abg (kasi can la). Aku mulakan dengan kisah hidup aku kat uia ni ye.

Bermula dari uia pj abg ni bukan pelajar yang pandai, result memang biasa je cuma alhamdulillah dapat masuk main campus on time dan maintain kos yang sama untuk degree.

Bila masuk main campus cerita abg sadis sikit. Silap dia satu je, abg x pandai macam orang lain. Fail tu perkara biasa dan sah-sah la kena repeat. Dan yup, banyak kali repeat.

Disebabkan situasi ni budak batch abg x rapat sangat dengan abg, klau group project pun abg dipinggirkan sebab mungkin bagi diorang abg ni not worth it.

Discussion ke ape memang xpernah abg dijemput even banyak kali abg cakap nak join sebab untuk siapkan soalan assignment yang formula panjang berjela tu memang susah tapi ye la sebab abg ni xpandai so tak pernah dapat join.

Batch abg ni xde la ramai sangat, kire boleh ingat la nama semua. Sebab tu diorang ada buat group whatsapp untuk cakap pasal kelas, assignment, test dan exam so senang la penyampaian maklumat.

Tapi yang sedihnye abg x di invite pun dalam m group tu.. Haha Patut la selama ni kalau kelas cancel je mesti abg je yang datang kelas, bile dah kat kelas tengok xde orang. Rupenya orang lain semua dah tahu. Haha

Abg ni bukan jenis x bercampur dengan orang, aktif join kelab dan program uia cuma silap abg satu je, abg x pandai macam yang lain.

Ye abg ngaku yang abg ni xpandai tapi abg sangat mengambil berat berkenaan keberkatan ilmu. Sepanjang kat main campus abg x pernah meniru masa exam, final dan mid-term exam. Ye, xpernah sekali pun.

Abg perati je set2 ni masa exam bawak toyol, usya henfon, discuss jawapan dalam group whatsapp. Mase tu rasa beruntung jugak la kadang2 xde dalam group tu.

Dipendekkan cerita diorang semua grad on time dan abg stay lagi kat uia sebab abg extend. Ye la kite orang xpandai kan.

Dan akhirnya abg pun grad jugak.

Ok kat sini la abg start nampak keberkatan ilmu tu, abg tengok yang jenis suka meniru tu susah sangat dari segi karier.

Nak dapat keje susah, bile dah dapat keje x sesuai la, management teruk, kontrak bertahun-tahun, gaji x setimpal dan ada yang masih xde pekerjaan tetap sampai sekarang.

Masa abg extend tu abg bukan sorang, ade la dalam 8 orang macam abg ni. But hampir semua yang ada pandangan macam abg, biar la lambat yang penting ilmu dan degree yang kita dapat tu berkat.

And yes! Most of them ade pekerjaan yang hebat sekarang ni walaupun baru lagi dalam industri.

Dan untuk perjalanan hidup abg pulak, memang bersyukur sangat la dari segi karier. Abg dapat kerja sebelum grad, lepas setahun kerja naik pangkat dan masuk tahun ke-2 kerja management hantar kursus ke negara orang yang menelan belanja ratusan ribu.

Ni pun mase tengah tulis ni abg tengah tunggu flight untuk balik ke malaysia untuk beraya bersama keluarga tercinta, tu yang banyak masa.. Hihi

So abg nak pesan tu je la, biar kita x pandai pun tapi usaha sendiri dan cari keberkatan dalam segulung ijazah tu. Bagi abg keberkatan tu sangat9 penting. Biar la orang pandang rendah kat kita pun dik yang penting kita ada prinsip.

Lambat habis belajar x semestinya x berjaya sebab rezeki kita tu Allah dah tetapkan. So nasihat abg, belajar rajin2 dan cari keberkatan dalam ilmu.

Selamat Hari Raya!

– Senior Uia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit