Bersuara

Asalammualaikum terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan. Aku sekadar nak meluah dan mintak pandangan kalau ada yg sudi memberi.

Sedikit maklumat pasal diri aku. Nama aku Lia. Umur aku awal 30an. Tinggal di selatan tanah air. Aku bekerja sebagai guru tadika. Dan aku belum berkahwin.

Kisahnya bermula dari aku kecik sebenarnya. Aku anak ketiga dari empat adik bradik. Masa kecik aku dengan adik bradik selalu jadi mangsa keadaan parents aku. Parents aku selalu bergaduh tapi ibu aku yang selalu mulakan. Ayah aku dulu askar dan selalu travel, so hal tu jadi effect pada ibu aku yang selalu pikir askar ni bila jauh dari anak bini akan cari pompuan lain. Sedangkan benda tu tak betol pun. Ayah aku baik and sayang kami semua. Ibu aku yang terlalu pikir kan sgt. Keadaan tu berlarutan bertahun2 sampai ayah aku dah pencen, dan bagi kesan pada abang2 aku.. dorang jadi memberontak sampai satu tahap terlibat dengan najis dadah.

Dan sekarang alhamdulilah, sejak 5 tahun lepas ibu aku dah okey. Dah takde gaduh2 dan ibu aku jadi antara ibu yang paling baik sekali. Kadang2 aku pikir mungkin rasa bersalah ibu masa kecik ibu aku banyak abaikan kami dan aku pernah kena rotan dan duduk diluar rumah pada waktu malam sampai ke pagi sebb aku gaduh ngan adik aku. Tapi abang2 aku masih tak okey, dan kesannya sehingga ke hari ini.

Sorang masih dengan masalah dadah dia. Sorang lagi hanya duduk rumah pastu dengan games dia. Sedangkan umo masing2 dah lewat 30an. Tak fikir tentang mak ayah yg susah cari duit. Aku pernah sound abg aku sruh keluar cari kerja, sebab kesian ayah aku yg dah pencen tapi masih usaha cari duit dengan meniaga kat pasar. Ayah aku tolong kawan dia meniaga ayam. Ibu aku hanya amek upah buat kuih. Aku kena sound balik, siap ditamparnya lagi. Lepas tu terus kami tak bercakap. Macam orang asing dalam rumah sendiri. Aku memang tak kisah. Lagi aku rasa lega adalah. Sekurangnya biar dia sedar. Dan sebulan lepas tu abg aku tu keluar dari rumah. Kata ibu dia keluar kerja ngan kawan dia. Aku diam ja dalam hati aku harap dia berubah dan dapat kerja yang bagus untuk dia.

Minggu lepas kereta ayah aku rosak. Kereta tu la ayah aku ulang alik g pasar tempat dia tolong kawan dia niaga ayam tu. Bila aku taw punca kereta tu rosak sebab abg aku yg penagih tu bawak. Entah apa yang dibuat pun tak tahu la. Nasib aku da kereta. Walaupun kancil buruk je tapi byk berjasa since aku belajar dulu. Aku lepas SPM aku dah mula berkerja. Aku la yg hantar dan amek ayah aku dri pasar. Gaduh besar jugak la aku ngan abg aku bila aku ajak ayah aku bawak keta g bengkel. Tetiba abg aku menyampuk, dia perli suruh aku usung keta tu kat blakang bwk g bengkel. Ehh… menjawab pulak ko yerr… time nk amek kereta bila ayah tak bagi, ko hentak2 pintu macam nak tercabut. Macam urusan ko lagi penting dari urusan ayah yang nak cari makan utk ko…! Time kereta rosak, pandang pun ko tak nak. Apatah lagi nak tolong ape2. Aku suarakan yg aku kesian tengok ayah aku yg kadang2 menumpang org.. dibalasnya dengan ayat yang tak mau kalah… diperlinya aku, dicabarnya aku, semua hal dia je nak menang.. yg buat aku sedih bila abg aku kata sebab mulut aku ni abg aku yg sorang lagi keluar dari rumah.. jahat ke aku? Jahat ke aku yang hanya nak tengok ibu dan ayah aku gembira? Jahat ke aku bila aku cuma bela mak ayah aku? Sedangkan hubungan dorang dua tu pun bukan baik pun. Pernah bergaduh teruk jugak. Dengan adik bongsu lelaki aku pun dorang pernah gaduh.

Untuk pengetahuan semua, aku kerja since lepas SPM. Dari first gaji aku dah start belanja ibu dan ayah aku. Aku cuma nak tengok dorang happy. Dan ayah aku banyak luah kat aku yang dia penat kerja, selalu penat. Dan aku pernah kumpul duit sebab ayah aku kata dia teringin nak makan steamboat. Dan alhamdulilah aku berjaya bawak ibu ayah dan adik aku g makan. Jangan kata aku berkira dengan abg2 aku. Dorang dah memang anti dengan aku. Bagi aku selagi ibu dan ayah happy dengan apa yg aku dah buat tu dah cukup. Kadang2 aku rasakan abg2 aku jadi cam tu sbb kesan masalah ibu dan ayah aku dulu. Tapi manusia berubah kan. Kenapa aku dengan adik aku boleh je terus move on, walaupun aku pun terjebak sekali dgn hal parents aku dulu. Depends pd diri sendri. Ko nak berubah atau tak ikut pd kemahuan ko. Lagipun walau apa yang terjadi, mereka tetap ibu ayah kita.

Sampai sekarang aku tak menyesal dengan apa yg aku kata kat abg2 aku tu. aku bersuara setelah bertahun2 aku sabar. Bertahun2 aku perati kesusahan ibu dan ayah aku tanggung dorang. Dulu aku kecil lagi. Memang tak berani sekarang aku dah besar. Aku dah rasa tak takut. Cuma ibu dan ayah aku masih pertahankan dorang tu. Dan ini punca aku belum berkahwin. Sebab aku tak tahu klu ada yg sanggup hidup dengan keluarga mcm aku ni. Buat abg2 aku tu insaf lah, ibu pernah kata, ibu tak mahu pun duit dari anak2 ibu, ibu nak kami mampu hidup sendiri.. cari rezeki sendiri supaya hidup tak mengharapkan org lain.

Maaf lah kalau confession aku ni terlalu panjang. Maafkan aku kalau ada ayat2 yg tak betul ke ape. Aku tahu berdosa besar bila kita putuskan silaturahim tapi kita juga digalakkan memberi nasihat kalau nampak benda salah didepan mata. Aku pun tak tahu nak fikir apa lagi. Kadang2 rasa nak lari dari rumah bila ibu aku kadang2 pertahankan dorang tu. dan aku pun bukanlah anak yang sempurna, hanya manusia biasa jugak. Sampai sini saja lah confession aku. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita. Semoga Allah berkati dan panjangkan usia kedua2 orang tua kita. Amin

Lia

– Lia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit