Bertangguh Hutang

Assalamualaikum.
Firstly, thank you kalau admin decide untuk siarkan confession ni. I really appreciate it sebab I think it’s the only way nak tegur orang yang jenis dalam confession ni.

Aku perkenalkan diri as Ajim. Aku tengah belajar kat Jepun under JPA scholar. So, today I want to confess pasal bertangguh hutang. I got an offer to study at one of Japan’s university. And yeah apparently, aku dapat masuk together with my friend. So, yeah we became a roommate.
Dekat Jepun, kalau nak beli phone and langgan plan internet etc, kena ada Hogosya(mcm penjamin) utk mereka yang bawah umur (19 tahun kebawah) . Memandangkan aku dah cukup umur dan kawan aku ni(let me address him as Ali),masih belum cukup umur. End up aku jadi hogosya dia. So, segala bil telefon dia, akan ditolak dari akaun bank aku every month. Dari sini lah start dia buat perangai. Aku ingat every month dia akan bayar kat aku bil phone tu but then, tanya pun tidak. Every week boleh pulak keluar pergi usrah bagai(dia seorang yang alim untuk pengetahuan anda semua). It’s common sense kan if orang dah tolong kau lagi2 dalam bab duit, bila ada duit and keadaan ekonomi sendiri dah selesa, bayarlah lunaskan hutang tu. Kalau aku kat tempat dia, aku akan cuba settlekan hutang yang ada secepat mungkin. We’ll never know what will happen right? We’ll never know when we’re going to die. Nak ke mati dibelenggu hutang? menyusahkan keluarga kita nak cari dengan siapa kita berhutang. Itu kalau yang keluarga kita tahu, kalau yang tak tahu, wallahualam.

Cuti musim panas dah lepas, so aku ingat dia akan bayarlah kat aku lepas tu. Ali pun dah 20 so kami pergi lah uruskan utk bayar bil tu separately. Okay sampai situ aku ingat dia akan bayarlah bil-bil sebelum ni. Tapi, tak pun. Dia ada mintak berapa dia kena bayar untuk bulan2 sebelum tu. entahlah, dia mcm takde feeling je tengok bil tu and teruskan kehidupan seharian macam biasa. Padahal duit scholar aku dengan dia sama banyak. Tak mungkin dia langsung tak de duit walaupun baru masuk scholar. Kadang2 aku ada jugak bagi2 hint, saja letak bil telefon yang aku kena bayar atas meja dia, ada kejap aku tak layan dia, pun tak function.

Sekarang ni pocket wifi punya bil masih under aku dan yang sedihnya aku bayar sorang. Bila aku suggest dekat dia kongsi wifi, dia kata taknak sebab apa tau. Sebab mahal. Tapi sekarang guna wifi tu mcm hak milik sendiri. Main dota fuhhh berejam. Ya Allah, sakitnya hati masa tu, hanya Allah je tau. Nak marah takut nnti relation kami jadi keruh. Yelah dahlah di negara orang, muka tu lah kita kena hadap 24 jam. Kalau pasal kongsi barang, tak tau nak cakap apa. Kalau kami kongsi duit beli barang dan guna duit dia dlu, selalunya memang aku akan terus bayar. Tak pun dia akan mintak dulu. (yang ni tahu pulak nak mintak). Tapi, bila guna duit aku, hulur duit pun tidak masa nak bayar kat cashier tu. macam perkakas kat rumah yang memang kena kongsi, memang tak pernah lah dia hulur duit, padahal sama-sama guna.

Then, aku adalah tanya dekat roommate dia(ahmad) dlu masa kami sama-sama belajar dekat Malaysia. Ahmad pun cakap yang Ali tu memang perangai macam tu. Bagi dia, kalau kita mudahkan urusan orang lain, dapat pahala. Kalau orang yang dia hutang tu mintak duit lambat2, urusan orang yang berhutang tu mudah sebab tak buat orang yang berhutang tu rasa sesak. Apa punya teori lah aku pun tak tahu. Setakat yang aku belajar kat sekolah agama dulu, hutang tu kena cepat2 selesaikan.

Ya, aku tahu kau alim, baik,pakaian ikut syariah, hubungan dengan Allah kau jaga, tapi hubungan dengan manusia kau jangan lupa kawan. Kita sama-sama student scholar. Reti-retilah faham sikit. tahu memang kau nak jimat tapi bukan dengan cara ni Ali. Aku cuba tahan sabar sepanjang duduk serumah dengan kau. Aku tak tahu berapa lama aku boleh tahan sabar. Ubahlah sikit perangai tu.
Aku harap para pembaca doakan dia sedar dan ubah perangai dia sedikit demi sedikit. kalau ada pembaca yang terasa , harapnya sedarlah ya.

– Ajim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit