Beza Aura Lelaki Bujang dan Yang Dah Berkahwin

Hai salam.
Kalau admin publish cerita nie aku nak ucapkan terima kasih banyak.
Aku menulis nie hanya sekadar dari pendapat dan pemerhatian aku saja.Sekadar suka suki orang cakap.Tengah santai-santai tengok tv secara tiba-tiba topik nie terlintas dekat fikiran.Jadi aku pun buat keputusan nak publish.Berdasarkan tajuk kat atas nie ye memang kisah nie pasal perbezaaan aura suami orang dan orang bujang.Memandangkan ramai yang tertanya ape beza aura lelaki bujang dan suami orang dan kenapa perempuan bujang dan janda suka suami orang.Hari nie aku nak kupas larh sikit ape perbezaannya.

1.Lelaki bila dia dah berkahwin dia akan jadi matang dan lebih bertanggungjawb berbeza sewaktu dia bujang dulu.Kalau dulu dia malas kerja dan malas nak buat kerja rumah tapi lepas jer dia kahwin segala habit yang dia ada waktu bujang akan terhakis sedikit demi sedikit tapi takde larh hilang sepenuh.

2.Lelaki bila dah kahwin akan muncul larh satu sikap iaitu protective pada anak dan isteri dia sebab dulu masa dia bujang dia hanya lindungi diri dia sendiri jer. Ini larh salah satu sebab kenapa akan ada manusia yang nak tumpang sekaki jadi madu dalam hidup isteri.Ye larh siapa jer kan yang taknak rasa dilindungi oleh manusia yang gagah perkasa bernama lelaki.

3.Lelaki bila dah kahwin akan munculnya sikap penyayang prihatin dan ambik berat tentang perkara-perkara lain berbeza dengan sikap waktu belum kahwin kerana sifat selfish paling banyak dalam diri diorang.

4.Lelaki lepas kahwin akan nampak lebih tampan berkarisma dan sebagainya tak dinafikan lelaki lepas berkahwin akan jadi menarik dan buat wanita kat luar sana jadi tertarik berbanding sebelum kahwin sebab ape sebab ada isteri yang uruskan kehidupan mereka.Waktu bujang takkan ada yang pandang sebab selekeh dan pada masa nie larh akan munculnya manusia yang gatal untuk menggoda.

5.Apepun ada yang kata suami orang nie kaya sebab tu ada manusia yang menyendeng nak tumpang senang.Tapi bagi aku larh bukan semua gilerkan harta ada jugak manusia yang datang sebab nak tumpang kasih sayang.Ye larh siapa jer yang taknak kasih sayang kan walaupun terpaksa menumpang dari isteri pertama kerana sifat semulajadi manusia tu adalah ingin disayangi dan dicintai.

6.Suami orang nie banyak pengalaman dalam menguruskan segala masalah berbeza dengan bujang.Diaorang lebih serius dalam mengendalikan sesuatu berbanding lelaki bujang yang suka mainkan perasaan orang lain.Ye tak dinafikan disebabkan sifat nie orang perempuan bujang dan janda tergila-gila kan suami orang.

7.Lelaki lepas jer dah kahwin diorang akan sentiasa berusaha membahagiakan manusia yang diorang sayang.Jadi tak mustahil larh perempuan yang bujang dan janda nie berkenan siapa jer yang taknak kebahagiaan dalam hidup bukan.

Nota kaki#.
Well walaupun ada yang kata tak salah bermadu sebab sunnah tapi itu hanya digalakkan bila kau mampu dari zahir dan batin.Kalau kau tak mampu tapi gatal nak kahwin lain itu bukan sunnah namanya itu punah nak tempah liang lahad jawabnya.Ada manusia salahkan takdir dan jodoh tapi kalau boleh elak lebih baik elakkan kesian larh pada hati perempuan yang bakal tersakiti dan anak-anak diorang yang masih kecil tu dan tak kurang jugak yang salahkan isteri pertama katanya tak pandai jaga suami sebab tu suami pandang lain.Itu semua salah kerana kalau dah dua-dua melayan dan menggatal benda takkan jadi.Jadi kalau ada manusia yang berniat nak ambik suami orang tu aku cuma nak pesan ingat tuhan ingat orang yang kau akan sakiti tu dan ingat dunia nie berputar.Ingat berdosa merobohkan masjid yang dah lama terbina jadi jangan bina kebahagiaan atas tangisan orang lain.
Sekian.
Manusia Tanpa Nama.

– Manusia Tanpa Nama.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit