Biar Tiada Rupa, Jangan Tiada Bahasa

Biar Tiada Rupa, Jangan Tiada Bahasa

Assalamualaikum
Hai semua,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IIUM kerana menyiarkan perkongsian ini dan juga terima kasih kepada warga IIUM yang sudi membaca warkah tak seberapa ini.
Saya merupakan seorang pekerja syarikat swasta di utara semenanjung Malaysia, seorang wanita berusia awal 30-an dan telah berkhidmat 8 tahun di syarikat ini. Alhamdulillah saya diletakkan di bawah seorang bos yang baik, sangat memahami dan boleh bertolak ansur dalam pelbagai perkara. Di bawah bos saya, terdapat beberapa orang lagi staff senior dan junior.

Setelah beberapa tahun kerja, saya mendapat tahu, ada seorang staff senior memang tak suka dengan keberadaan saya di sini. Hal yang demikian kerana saya masuk dalam company ini dan ditawarkan dengan position yang agak tinggi. Staff senior tersebut adalah seorang wanita berusia lingkungan awal 40-an, sudah bekerja hampir 16 tahun dalam company ini dan masih single yang saya namakan SB.

Dari riak wajahnya saya tahu SB memang tak suka dengan saya dan suka mencari salah saya.
Adakalanya dia memarahi saya hanya disebabkan perkara kecil dan yang tak logiknya bukan salah saya pun saya yang kena marah. Saya bukanlah jenis seorang yang suka bergaduh dan bermasam muka. Tapi bila asyik kene marah je, hati kita pun sakit. Salah orang lain yang buat tapi saya yang kena. Saya pernah je sound dia balik, diamlah sekejap. Tapi makin lama makin menjadi-jadi perangai dia suka marah-marah dan cari salah orang. Kalau marah siap buat muka yang sangat annoying tu.Huhuhu Macam diri dia tu perfect sangat.

Saya sampai sekarang tak faham apa yang SB tak puas hati sangat dengan saya. Saya bukanlah jenis suka ambil tahu hal orang, dan bukan juga seorang yang suka membodek-bodek bos. Saya cuma menyiapkan kerja yang dah diamanahkan dan buat hal sendiri. Tak pernah nak sibuk-sibuk ambik tau hal orang terutamanya hal dia. Buang masa sahaja nak ambik tahu dan fikir pasal dia.

Saya pernah terasa nak berhenti kerja tapi memandangkan kerja zaman sekarang ni susah nak dapat, jadi saya pendamkan aje. Pernah juga terfikir nak minta tukar jabatan lain dan tukar lokasi kerja namun memandangkan bos saya sangat baik, buat saya berfikir panjang tentang ini.

SB juga selalu deal dengan vendor dan sering memarahi vendor jika vendor tersilap sikit buat salah. Adakalanya sampai memaki hamun vendor, kalau buat banyak salah lagi berbakul-bakul lah caci maki itu. Kesian juga tengok vendor yang kena marah sebab di sekeliling kami ada staff-staff lain. Siapa yang tak malu jika dimarahi ditempat terbuka macam ni dengan semua orang boleh dengar butir-butir kemarahan dia. Merah muka vendor menahan malu dek kerana dimarahi oleh SB.

Buat semua, usahlah pernah ada perasaan hasad dengki dengan rezeki orang dan jangan suka marah-marah tak tentu pasal. Jika rasa kawan ada buat salah silap tegurlah dengan cara yang elok, yang tak mengguris hati kawan. Jika kawan tak tahu nak buat sesuatu tugasan, ajarkanlah dengan elok, jangan marah, jangan buat muka menyampah. Ilmu itu adalah untuk dikongsi bukan disimpan sendiri. Jangan rasa kita ni hebat sangat dan jangan suka nak merendah-rendahkan orang. Andai kata kita client dan vendor ada buat salah, jangan mudah nak memaki hamun. Tunjukkan yang kita ni matang, tegas dan professional bukan marah ikut emosi. Barulah orang hormat dan selesa bekerja dengan kita.

Buat yang senasib dengan saya, marilah kita bertabah, bersabar selagi termampu, tak usah dilayan orang sebegitu. Biarlah dia nampak ‘bodoh dan hodoh’ dengan perangai sebegitu. Doakan ajelah yang baik-baik moga Allah bukakan hati mereka untuk sedar dan memperbaiki kelemahannya dan semoga kita dijauhkan dengan sifat-sifat sebegitu, amin.

Akhir kata, maaf jika saya ada terkasar bahasa dan tersalah kata serta menyinggung hati sesiapa dalam menyampai perkongsian ini. Moga Allah merahmati, meredhai dan sentiasa memberi kita Hidayah-NYA untuk kita terus memperbaiki kekurangan dan kelemahan dalam diri. Yang baik semua datang dari-NYA dan yang buruk dalah kelemahan diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

– Nea

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments