Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa

Assalamualaikum guys.
Maybe apa yang aku nak share, akan ada pertikaian daripada korang. It’s okay, semua ada hujah masing masing. Tapi make sure apa yang korang pertikaikan tu disertai dengan hujah yang solid, bukannya pertikaian yang disertai dengan tuduhan. Baru seronok untuk share opinion masing masing.
First sekali apa yang aku nak sampaikan ni ada sakitkan hati korang, aku minta maaf sangat sangat. Takde niat untuk sakitkan hati ataupun cari perbalahan. Cuma saja nak guna medium ni untuk share apa yang aku rasa.
Okay, aku ada beberapa benda yang aku nak share, dan minta jasa baik sesiapa yang berilmu untuk betulkan aku kalau apa yang aku cuba sampaikan ni salah dari sudut agama.
1. SUBUH JUMAAT SURAH AS-SAJDAH
Okay, aku akui aku ni seorang pendosa. Tapi pendosa yang sedang berubah. So aku mula untuk jinak-jinakkan diri dengan masjid sebanyak yang boleh. Jadi satu jumaat tu, aku solat subuh di masjid. Memandangkan waktu subuh skrg lewat, jadi aku bersiap ke masjid siap dengan office attire supaya lepas selesai solat aku boleh terus gerak ke office.
Untuk makluman semua pembaca, hari Jumaat aku kena punch card pukul 7.30am. So hari jumaat tersebut aku lewat sampai ke office sebab Imam masjid tu baca surah As-Sajdah. Korang jangan silap faham, aku bukannya marah Imam baca surah As-Sajdah time Subuh, cumanya aku harap tuan-tuan Imam maybe boleh consider untuk baca surah lain memandangkan waktu solat Subuh agak lewat sekarang.
Kalau tak silap, aku pernah baca satu post tentang benda ni. Ustaz tu suggest untuk baca surah pendek sikit tetapi content surah tu sama macam surah As-Sajdah, contohnya Surah Al-Aa’la which is surah ni pon menceritakan tentang hari kiamat (Betulkan aku kalau aku silap). So maybe tuan-tuan imam boleh consider benda ni sebab waktu solat lewat, dan practise baca As-Sajdah bila waktu subuh awal contohnya waktu Subuh masuk jam 5.45am…
2. KHUTBAH JUMAAT YANG TERLALU PANJANG
Sekali lagi aku nak minta maaf dan minta ada yang betulkan aku kalau aku salah. Okay, part ni aku tak sure pendapat aku ni betul atau salah. Pada pandangan aku, khutbah jumaat tak perlulah terlalu panjang. Teks khutbah tak perlulah sampai 5-6 muka surat, bahasa tak perlulah terlalu berkias sangat. Tapi sampaikanlah khutbah yang isinya sangat padat.
Contohnya, minggu lepas aku solat jumaat di sebuah masjid. Zohor lebih kurang 1.30pm. Khutbah mula dalam 1.40pm dan khutbah pertama selesai lebih kurg 2.05pm. Solat Jumaat start 2.10pm dan settle dalam 2.20pm. Masa tepat jam 2.00pm, aku tak nampak sign yang khatib ni akan habiskan khutbah. Aku dah mula resah sebab 2.30pm aku dah kena masuk office. Aku tengok kiri kanan, majoriti dah start gelisah, kejap kejap tengok jam, termasuklah aku. Hehe…
Alhamdulillah boss aku Islam dan dia faham situasi ni. Tapi macam mana pulak dengan orang lain yang majikannya bukan Islam ? Hal ni macam boleh menyebabkan orang bukan Islam pandang negatif tentang orang Islam yang tak menepati masa.
Aku ada dua pengalaman tentang Khutbah yang sangat singkat, tetapi isinya sangat padat. First masa aku pegi jumpa bestfriend aku dekat Universiti Malaya. Member aku ajak solat jumaat dekat fakulti pendidikan islam dalam UM. Khatib bagi khutbah tentang sedekah, sangat ringkas, dalam 5 minit dah settle khutbah pertama. Sangat sangat ringkas isi khutbah, tetapi terlalu padat isinya sampai hari ni aku boleh ingat apa isi khutbah tu. Tambahan pula khatib bagi khutbah dengan loghat utara.
Pengalaman kedua, aku solat jumaat di satu masjid di Penang, khatib Ustaz Abdullah Khairi. Khutbah cuma dalam 10 minit, tapi isi kandungan khutbah tanpa teks tu tersangatlah padat dan banyak manfaat yang aku dapat dari khutbah tu. Dengan suara khatib yang sangat lantang, jemaah pon tak sempat terlelap.
3. SURAH AL-KAHFI
So aku rasa ni last benda yang aku nak share dalam post ni. Aku pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang Kaifiat surah Al-Kahfi ni. Dan surah ni juga surah yang Nabi sarankan untuk baca setiap hari Jumaat. Dan memang ada Hadis yang Sahih tentang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.
Jadi, yang buat aku pelik dan terfikir, kenapa banyak sekolah yang adakan bacaan yassin pada hari jumaat ? Termasuk SMKA ? Kenapa bukan surah Al-Kahfi ? Guys, aku tak marah, aku tak benci, dan aku tak cakap salah baca surah Yassin pada hari Jumaat pagi. Tapi aku masih terfikir, kenapa tak praktiskan baca surah Al-Kahfi pada pagi Jumaat ? Sedangkan dah ada Hadis Sahih tentang surah baca Surah Al-Kahfi pada hari jumaat.
Aku bekas pelajar asrama, dari sebuah SMKA. Bacaan Yassin ni aktiviti wajib lepas Maghrib hari Khamis malam Jumaat, dan hari Jumaat pagi di sekolah. Perkara ni dah jadi tanda tanya bagi aku dari 13 tahun lepas lagi. Aku sedar yang bila baca Yassin je, aku, member-member, senior junior boleh baca dengan fasih dan lancar, complete dengan hafal. Tapi bila baca Al-Kahfi, ramai yang tergagap-gagap, pendek panjang harkatnya tak teratur, termasuklah aku.
Aku yakin kalau kita praktiskan bacaan Al-Kahfi, ramai yang boleh lancar surah Al-Kahfi macam lancarnya baca surah Yassin. Dan secara tak langsung, kita dah hidupkan Sunnah Nabi yang kita tinggalkan ni. Kenapa kita masih nak kejar amalan lain sedangkan Hadis Sahih ini dah cerita tentang kelebihan dan ganjaran surah Al-Kahfi.
Kesimpulannya, aku nak share yang kita perlu biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Kalau apa yang aku sampaikan ni salah, aku minta jasa baik para pembaca untuk betulkan. Aku terima segala pandangan korang. Kalau boleh, share sekali hujah korang. Thank You.
Luqman Hakeem,Pendosa yang Sedang Berubah.
– Luqman Hakeem
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit