“Biasalah Budak-budak.”

Thank you admin kalau approve. Aku perempuan 26 tahun,belum berkahwin dan sekarang buat bisnes online. Alhamdulillah bisnes yang aku run selama 2 tahun dah semakin maju dan pelanggan aku dari pelbagai lapisan umur dan gender. Bisnes aku memerlukan interaksi dengan pelanggan. Dah nama pun pelanggan mestila bermacam2 ragam. Termasuklah scammer.Itu yang aku nak ceritakan ni.
.
Beberapa minggu lepas ada seorang Scammer ni telah whatsapp katanya dah bayar tapi tak dapat barang. Meh nak habaq mai,sebagai orang meniaga semua details customer aku akan simpan,jadi memang susah orang nak tipu. Lepas aku tanya nama dan alamat dia(sebab nak perangkap je),aku terus cakap nak buat report polis sebab dia try nak menipu and jadi scammer. Long story short,know what?she turns out to be a 12 y/o girl. Sebab aku tak puas hati,beberapa hari lepas insiden tu aku call nombor budak ni guna nombor phone personal aku sebab nombor phone bisnes budak ni dah block *rolling eyes*. Aku call dan ada perempuan suara dalam lingkungkan 30-40 angkat. Rupanya budak mak tu yang angkat and si scammer cilik tu masih tidur. Dalam hati aku ,elok sangat la mak kau angkat dik,boleh kau kena basuh dengan mak kau nanti. Jadi aku pun cerita apa yang anak dia dah buat dari A-Z.
.
Aku mengharapkan respond mak dia macam ” Yeke anak akak buat macam tu,takpe nanti akak ajar dia.” .But I was wrong,really2 wrong sebab jawapan mak dia sangat menyakitkan hati. Nak tahu mak dia respond apa? ” ouh dia 12 tahun baru,biasalah tu budak2. Kuat berangan anak akak tu.” Jadi aku dah tak heran kalau budak2 zaman sekarang ni ramai yang tak jadi manusia. Sebab didikan yang “TAK APA BUDAK LAGI” ni dah jadi macam norma dalam masyarakat.
Sebab tu ramai jugak budak2 yang dah tak reti hormat dekat orang tua, sebabnya didikan dari rumah sendiri dah gagal.
.
Anda bayangkan kecik2 lagi dah try nak jadi scammer,nak menipu orang lain,dah besar tak tahu nak jadi apa. Lagi satu ayat yang aku menyampah dengar dari orang yang dah bergelar parents ” kau apa tahu,kau belum kawin,belum ada anak…” Wahai parents with this kind of thought, common sense tak perlu kawin mahupun ada anak. Kalau rasa awal2 lagi bakal jadi parents yang bakal melahirkan Tuan tolong jangan beranak. Kesian anak2 yang bakal dapat parents begini.
.
Cerita kedua pulak,masa cuti sekolah lepas,aku dan family pergi makan dekat satu restoran terkenal dekat satu negeri ni. Restoran ni ambiance dia untuk family relax and santai2. Bukan warung ye yang kau boleh buat bising macam pasar. Nak dijadikan cerita,restoran tu penuh dengan orang dan ada family yang bawak kanak2 kecil. That’s not the problem,biasa la tu bawak budak2 makan,yang jadi masalahnya bila budak2 ni main lari2 dan terjerit2 dalam restoran tu. Parents budak2 ni boleh lagi makan sambil berborak dengan kawan dia. As a parents,you should control your kids behavior, sebab macam mustahil kau tak dengar anak kau menjerit2 macam tarzan tu. Aku tak salahkan budak2 tu tapi aku salahkan parents dia yang yang tak halang budak2 tu dari buat perangai. Cumanya bila jadi kes viral macam budak yang melecur terkena tom yam tu,bapak budak tu boleh pulak salahkan orang yang bawak tom yam. Padahal kau dan isteri sendiri yang tak reti nak kawal kelakuan anak2.
.
Parents please jangan takut untuk tangankan anak kalian, rotan pun boleh. Tapi rotan la anak kalian untuk mengajar bukan mendera,islam pun ada ajar cara untuk merotan yang betul iaitu di bahagian punggung dan tapak kaki. Rotan untuk mendidik,supaya anak2 tahu mana betul dan mana yang salah. I am not a wife nor I’m a mother but I love kids very dearly and would love to see them grown up into a well mannered person. Last but not least,mari kita ubah budaya yang “takpe,takpe” ni kepada budaya mendidik yang sebenar AND it all start from home.
.
Unknown

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit