Biasiswa Bukan Hadiah, Tapi Amanah

Aku budak scholarship, kini menuntut ilmu perubatan di salah sebuah universiti di Malaysia. Ada beberapa pesanan yang ingin aku sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang dapat scholarship, ataupun pinjaman/PTPTN dan sewaktu dengannya.

Perkataan ‘kau’ di bawah merujuk kepada mereka yang berkenaan, yang terasa dan yang sepatutnya terasa.

1. Tolonglah belajar dengan amanah dan tekun.
Kita makan guna duit rakyat, bayar rumah sewa guna duit rakyat, bayar yuran universiti dengan duit rakyat, kadang kadang ikat perut kumpul duit elaun pergi travel, itu tetap duit rakyat. Ok, macam mana kau nak guna duit kau terpulanglah, tapi aku pantang, bila kau malas study. Aku pantang bila kau tak ambil berat pasal study. Aku pantang bila kau study sekadar untuk pass. Aku pantang bila kau study setakat untuk boleh jawab dalam exam. Aku pantang bila kau cakap, “Aku rasa aku tak boleh pass lah” sedangkan pada hakikatnya, kau tak study pun. Study week kau pergi melepak, buang masa, study sambil lewa, lepas tu kau kata kau tak boleh pass. Kau expect kau akan repeat semester dan kau tak kisah pun kau lambat graduate etc.

Tapi tolong hadam akibat kau tak study: kau tak pass, kau kena repeat semester. Parents kau tak perlu bayar satu sen sebab kau budak scholarship, tapi kerajaan kena tanggung extra untuk kau saja sebab kau malas study. Sebahagian besar duit kerajaan adalah hasil dari cukai rakyat, cukai mak ayah aku. Aku mohon, tolonglah belajar dengan amanah dan tekun. Scholarship ni amanah besar. Jangan pandang remeh soal amanah scholarship ni. Bila tanggungjawab kau study tapi itu pun tak boleh nak lunaskan dengan amanah, macam mana bila kau jadi doctor nanti?

2. “Aku tak boleh study sebab aku ada masalah.”
Ni adalah alasan teragung budak-budak scholarship (yang rajin cari alasan tapi malas study) zaman sekarang. Semua orang dalam dunia ni ada masalah. Kau apa tahu sebab kau tahu masalah kau sorang je. Macam ni lah, ni suggestion aku. Belajar untuk identify masalah kau. Cari apa masalah sebenar kau dan akibatnya kalau kau tak selesaikan masalah kau. Masalah ada dua jenis, satu yang boleh diselesaikan, satu lagi yang akan stay dengan kau selamanya. Sama macam penyakit. Penyakit demam denggi boleh sembuh, tapi penyakit darah tinggi akan selamanya temankan kau. Tapi kau tahu apa persamaan dua-dua penyakit ni? Dua-dua boleh membawa maut. So, bila kau tak jelas dengan masalah kau, kau akan terus bergelumang dengan masalah kau, sampai tak sudah kau akan jadikan masalah sebagai alasan kau tak boleh study. Akibatnya, study pun ke laut, kau tak pass, kau kena repeat semester, sia-sia mak ayah aku bayar cukai. So meh sini aku share lifehack.

Cara-cara menyelesaikan masalah: duduk sejenak di kaki lima, tanya soalan berikut pada diri sendiri dan selesaikan.
i. Apakah masalah utama yang mengganggu aku dalam seharian?
ii. Adakah masalah ini selalu berlegar-legar di fikiranku ketika aku study? Jika ya, proceed with the next question. Jika tidak, boleh lah start study sekarang.
iii. Adakah masalah ini mempunyai jalan penyelesaian? Bagaimanakah cara untuk aku selesaikan? Adakah bantuan yang boleh didapati?
iv. Jika masalah ini tiada penyelesaian, apakah cara agar aku terus hidup dan kuat menghadapi masalah ini? Bagaimana aku boleh mengubah masalah ini sebagai sumber kekuatan aku? (ceh tetiba aku rasa macam pakar motivasi pulak)

Penyelesaian masalah ni subjektif, tertakhluk kepada terma dan syarat lah bila dia nak selesai. Tapi effort tu kena ada, jangan tangguh! Lagi cepat kau solve, lagi cepat kau dapat keep on track study kau.

3. Tolong ingat balik usaha lalu kau
Aku percaya rakan-rakan scholarship aku yang kini malas merupakan golongan yang rajin suatu ketika dahulu, kalau tak takkan dapat scholarship kan. Aku faham kadang kadang hidup ni kau akan sampai satu tahap bila kau malas nak study dah sebab kau dah penat, especially budak budak medic sebab aku budak medic course lain of course aku tak tahu kahkah. K. Contoh paling senang, bila kau dah berhempas pulas hatam facts dalam buku sampai page 998, pada hari peperiksaan facts dalam page 999 lah yang akan keluar exam. Aku faham.

Tapi tolong ingat balik bila kau desperate study untuk SPM, untuk lepas point A-level/foundation/asasi. Cuba fikir balik sebab kau study hard SPM, sebab kau dah set goals kau nak dapat scholarship. Sebab kau study hard A-level/other foundations sebab kau nak fly/masuk university idaman kau. Bila kau dah masuk university, dapat duit elaun senang lenang, lepas tu kau stop. Sebab apa? Sebab kau tak set goals lagi besar dari setakat masuk university. Kita hidup ni matlamat kena jelas. Agama aku ajar aku untuk mengejar syurga abadi tapi at the same time agama aku mengajar aku macam mana aku nak survive dekat dunia sebelum masuk ke alam sana. Dia sama konsep dengan matlamat jangka masa panjang dan matlamat jangka masa pendek. Cuba fikir sejenak di kaki lima, fikir apa kau nak achieve dalam 5 tahun mendatang, 10 tahun mendatang etc. Kau kena jelas mana kau nak pergi dalam hidup. Lagi lagi bakal housemanship contract macam kita ni. *gelak hambar*

4. Tolong bayar balik apa yang kau pinjam.
Baik dalam bentuk wang (bagi yang pinjaman) mahupun dalam bentuk perkhidmatan (scholarship), tertakhluk pada perjanjian. Kalau 10 tahun kena berkhidmat, berkhidmat lah. Kalau RM10,000 kena bayar balik, bayar lah sedikit demi sedikit, bukan suruh kau bayar sekali harung pun.

Okay sekian itu sahaja. Semoga anak-anak scholarship yang malas nak study ni kembali ke pangkal jalan, termasuklah aku sebab aku yang menulis peringatan ni, so amanah lagi besar untuk aku. Kan telinga lagi dekat dengan mulut yang berkata (macam mana tah yang orang selalu cakap dalam usrah tu)

Ok chow. Study rajin rajin guys!

– Pemegang Amanah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit