Bila Baik Sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasa nak share tentang apa yang aku rasa huhu.
Walaupun tak banyak sebab aku masih muda, baru 20 tahun hehe. Manusia ni kan, kalau dah percaya terhadap sesuatu/seseorang, tiada apa yang mustahil tau!

Aku PERCAYA dari aku kecil lagi, apa yang mak ayah aku cakap dekat aku mesti ada baiknya untuk aku. Walaupun memberontak juga la kekadang haha yelah budak kecil lagi kan. Mak ayah aku dan aku percaya mak ayah korang pun akan pesan benda sama iaitu SENTIASA BUAT BAIK DENGAN ORANG LAIN.

Tapikan, kenapa ya waktu kecil kita disuruh berbuat baik dan bila dah besar jangan baik sangat? Apa tak boleh kita teruskan sahaja sifat baik itu terhadap semua?

Masa umur aku belasan tahun aku mengaku aku memang agak naif, jujur sangat dan percaya bulat-bulat. Aku masih ingat sampai sekarang, aku pernah kena marah dengan teruk sekali (sbb dia marah aku di hadapan khalayak ramai kira aibkan aku huhu) hanya kerana aku mudah percaya orang lain, dia mcm tak boleh terima sifat aku mcm ni. Aku dihina sangat teruk (cukup teruk untuk aku yang rendah keyakinan diri ini) katanya aku takkan boleh pergi jauh kalau aku terus bersikap begitu.

Bila aku tolong dia (even dia minta/tak) dia akan pertikaikan dan tanya aku “kenapa kau ni nak tolong orang sangat? kau tak dpt apa pun la!” aku mengaku, aku bukan malaikat yang baik sangaaaaaaat! Aku tolong sebab aku ada hati perut. Aku tak boleh tengok orang dalam kesusahan padahal aku mampu menolong. Pernah juga ada satu insiden ada sorang budak ni dia cedera sikit bhgn jari dia (tapi darah keluar kemain meriah haha) kebetulan aku lalu dpn budak tu, aku terkejut la. Jadi, aku bantu apa aku mampu. Selesai masalah budak tu, member lain tanya aku “adik kau ke tu yg luka tadi?” aku jwblah “eh taklah” tahu apa respon diaorang? “laaaa! beriya tolong sapu ubat bagai ingatkan adik kau! buat dek je dahlah tak teruk mana pun”

I was like…
sejak bila nak tolong orang kena ada pertalian darah baru boleh tolong?
sejak bila nak tolong orang kena keadaan teruk dulu baru boleh tolong?
tapi aku monolog dlm hati je la sbb aku tak ada keyakinan diri nak balas ckp diaorang huhu.

Sebenarnya begini,
Aku percaya dkt Allah, apa shj kebaikan manusia buat pasti ada balasan dari Dia! Cepat atau lambat je.
Aku percaya walau teruk mana orang buat kita, pasti ada keadilan untuk kita dan balasan untuk yang buat kita.
Aku percaya kalau kita tolong orang hari ini, lusa saat kita susah pasti ada yang membantu.
Aku percaya bila kita buat baik dkt seseorang tapi kita tidak dpt setimpal, jgn risau. Ikhlaskan hati dan pasti ada orang lain yg akan buat baik dgn kita. Tak semestinya dari org yg kita harapkan :)

okay ini last hehe
janganlah marah/hina/herdik/caci atau seangkatan dengannya orang yang nak buat kebaikan.
Dia ada sebab kenapa dia buat begitu. Kalau rasa sifat dia itu nanti boleh memudaratkan dia akan datang (kena tipu orang ke, orang pergunakan ke) dalam mana-mana agama ada ajar untuk beradab dalam menutur kata. Cakap elok elok tiada masalah rasanya :)
sekarang aku cuba untuk tingkatkan keyakinan diri aku, kurangkan sifat naif dan mudah percaya orang.
doakan aku kuat ya.

terima kasih, maaf salah silap dan selamat beramal!

– Anak sulung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit