Bila Bos Berjanji

Bila Bos Berjanji

Hai semua.

Thanks admin kalau siarkan artikel saya ni.

Baru-baru ni viral kan pasal bos yang nak pekerja tak ada saudara mara nak kahwin, kurang cuti sakit and so on.
Bagi saya ok la dia nak pekerja yang komited dengan kerja dia.
Mungkin dia dah menyampah dengan perangai pekerja-pekerja dia yang sebelum ni.

Tapi, apa yang saya nak luahkan ni sebagai saya seorang pekerja.
Bos-bos ni bila dah dapat pekerja yang komited dan bagus dengan kerja dia, adakalanya ambil kesempatan pulak.
Ataupun mungkin saya yang baik sangat,entah la.
Dapat bekerja dengan 3 company, tiga-tiga bos pun lebih kurang sama je.

Saya tukar kerja pun bukan sebab saya tak suka kerja saya, tapi bos-bos tak menepati janji.
Biasanya berkaitan dengan gaji lah.
Masa interview, janji bulan dan bintang.
Tapi bila dah masuk kerja, tak dapat pun.
Bila tanya, konar sikit cakap lepas probation period baru layak dapat. Jadi tak apa lah. Tunggu lepas probation. Tapi lepas probation pun tak dapat.

Mungkin ada yang akan kata, sebab tak memenuhi syarat probation la tu tak dapat kenaikan gaji.
Maaf. Saya memang seorang yang perfectionist dan komited dengan apa yang saya buat. Presentation saya typo satu perkataan je pun saya dah rasa gagal.
Saya tak kisah pun kena stay back untuk siapkan kerja, sebab tu tanggungjawab saya walaupun tak ada OT claim sebab polisi tiga-tiga company saya ni tak membenarkan OT claim melainkan diminta.
Saya tak pernah berkira kerja bila tolong kawan-kawan sekerja sebab bagi saya bekerja dalam satu department, tak ada beza.

Ketiga-tiga company ni cuma naikkan pangkat saya, tanpa kenaikan gaji. Pelik kan? Tapi haruslah masa dinaikkan pangkat dijanjikan kenaikan gaji. Tapi bila tengok payslip hujung bulan sama je jugak.
Kalau saya tak boleh buat kerja, masakan saya ditawarkan kenaikan pangkat.
Bila dah naik pangkat, mesti diiringi kenaikan beban kerja. Lebih-lebih lagi bila ada pekerja yang perlu kita uruskan juga.

Company pertama, lepas dinaikkan pangkat saya kena cari market baru untuk kembangkan bisnes company. Merata2 saya turun naik jumpa client, menapak tengah2 panas, masa tu tak ada kenderaan, naik public transport je. Claim tak dapat, gaji tak naik, saya cuba bertahan. Bos cakap bisnes belum bagus. Tapi lama-lama saya dah tak mampu. Baju nak kena beli, nak represent company, tapi gaji cukup-cukup makan je. Saya cakap nak resign, bos nak naikkan gaji. Tapi masa tu saya dah tak mampu nak tunggu sebab nak bayar sewa rumah pun dah terketar-ketar. Saya resign dan balik kampung.

Company kedua, company kecil, gaji pun kecil,dekat kampung je. Saya tak kisah, asalkan dapat kerja, nak bayar hutang ptptn. Lagipun dekat kampung, duduk rumah parent, makan bawak bekal. Dengan gaji yang dijanjikan masa interview, saya yakin saya mampu untuk hidup.
Sekali lagi masalah yang sama berulang.
Dah masuk kerja, dah kerja sepenuh hati, hujung bulan dapat gaji kurang.
Tanya bos, cubalah teka apa alasan.
Sama. Masih dalam probation period.
Dan berulang juga lepas probation pun tak dapat macam yang dijanjikan. Pergi event naik kereta saya tapi minyak tak da claim.
Saya bertahan sampai tak mampu bertahan dah. Gaji cukup2 bayar hutang dan minyak pergi kerja.
Malu saya menumpang rumah parent tak bagi apa-apa walaupun mak tak pernah mintak. Mujur mak ada pencen sendiri. Kereta pun mak yang bagi. Resign lagi. Dan sampai hari ni, hampir 2 tahun saya berhenti, company tu masih tak dapat pekerja yang ganti. Semua kerja 2-3 hari lepas tu abscond (ni cerita budak2 zaman sekarang pulak) Kadang-kadang ada juga ex bos minta kerja balik dengan dia dan dia mengaku tak jumpa yang komited macam saya.

Company ketiga, sama jugak kisahnya. Tapi saya masih lagi bertahan sampai hari ni. Kat sini pun cara kerja saya masih sama. Stay back lepas kerja tu normal. Pernah kena siapkan kerja urgent dan teammate under saya buat hal tak masuk kerja, saya bawak balik kerja kat rumah tiap2 malam sampai weekend guna laptop dan internet saya sendiri. Cerita ni sampai kat telinga bos, ada yang ditawarkan oleh bos kepada saya, tapi sampai sekarang tak nampak bayangnya.

Jujur, ketiga-tiga kerja ni saya suka, saya enjoy, walaupun lain-lain bidang sebab saya sangat suka belajar benda baru, sangat senang belajar, saya suka uji kebolehan dan kemampuan saya, kalau orang cakap tak boleh, lagi saya nak usaha sampai boleh.
Kalau masa interview saya tak dijanjikan bulan dan bintang, diberitahu perkara sebenar, saya tak kisah. Janji yang tak ditepati tu buat saya sedih. Saya datang untuk bekerja. Tapi masih kena mengemis untuk titik peluh sendiri.

Saya kira mesti ada juga yang senasib dengan saya.
Yang bukan jenis meminta-minta.
Mungkin sebab tu bos buat-buat lupa.
Tapi saya masih bekerja seikhlas hati. Percaya rezeki tu dari Allah. Mujur dari zaman belajar saya memang berbisnes. Ada rezeki lain selain gaji.
Walaupun dah kerja memang tak sempat promosi apa2 sebab waktu kerja untuk bekerja. Tapi masih ada permintaan. Yang paling syukur permintaan selalu muncul saat poket tengah kering.

Maaf kalau cerita saya panjang.
Sekian.
Doakan saya diluaskan rezeki ya.
Saya doakan anda juga.

– Pekerja Bawahan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments