Bila Cantik Yang Dicari II

Firstly Aku nak explain something. Admin please approved Kalau tak habis la orang salah faham. Nama sebenar aku jauh bebenar dengan nama Alin tu. Alin tu nama manja aku, family ja guna nama tu, kawan-kawan pun tak tau so aku bukan syazlin Zainal, model yang disebut-sebut. Of course aku takkan bagitau nama sebenar aku, Kalau aku sebut, confirm orang akan kacau Nur, nak Kenal dengan nur dan tu bukan niat sebenar aku tulis cerita ni. Biar Aku ja tau siapakah nur yang sebenarnya. Aku cuba tulis secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang salah faham yang mungkin berlaku. Terkejut aku baca semua nak Kenal Nur, nak Kenal Alin. Tolong jangan cari sapa Kami, memang tak jumpa. Kalau aku nak org tahu siapa aku, baik aku post kat ig Aku ja, semua org boleh baca.

Okay sambung pasal Nur. Sebenarnya banyak ja Nur disekeliling Kita ni, setiap orang mungkin ada Kenal Nur macam Nur aku. Luarannya sangat biasa. Lansung orang tak sangka disebalik rupa yang lembut ada ketegasan.

Actually, Kami Kenal Nur pun dengan cara yang sangat Kami tak sangka. Dulu kitaorang ada join gym, Nur ni ja pelik. Kenapa pelik? Macam aku cakap, dia suka pakai besar-besar. Masa tu dia pakai seluar track, bila pergi tandas aku nampak dia pakai belt okay, means seluar tu mmg besar, gagah jugak dia pakai. Aku tahan nak gelak, gigih ja perempuan ni. Bila ada lelaki kat gym tu, terus dia blah.

Macam mana aku tertarik nak kawan dengan dia mula-mula tu? Coach Kami selalu speaking tapi Nur balas bahasa Melayu. Satu hari, ada seorang perempuan ni macam perli Nur, agak kasar la bahasa dia. Macam menghina, terus Nur speaking. Terkejut semua orang, accent dia fuh, tak dengar melayu dah. Lepas tu, aku tegur dia. Start drpd situ la Kami berkawan. Bila dah kawan baru tahu satu u sebenarnya. Lepas tu, Kami ajak nur stay sekali, dia okay ja.

So bila dah tahu Nur ni mmg lain sikit, bila dia buat benda pelik Kami okay ja. Pernah sekali tu ada kucing kena Langgar, kereta Nur tersadai kat rumah sebab dia tak lekat lesen P lagi, aku suruh bawak ja dia tak taknak. Kereta aku pulak kawan aku pinjam. Masa tu Kami berdua ja. Ada moto ja, helmet ada satu ja. Dia letak kucing tu dalam raga, dia terus pecut pergi klinik haiwan. Dia pakai helmet terbalik okay, aku tak sempat nak tegur dia dah pecut dah. Kucing tu tak selamat, tak sempat sampai dia dah mati. Nur punya menangis, macam dah lama dia bela kucing tu padahal baru jumpa ja.

Satu kebiasaan Nur, dia selalu solat dhuha dan baca al-mulk. Dua ni memang dia tak tinggal. Bila belajar pulak dia jenis suka apa yang dia belajar, benda tu masuk dalam hati aku rasa. Dia pernah menangis baca buku syariah, Aku macam, dah kenapa minah ni?

Kenapa Nur tegas? Nur sangat jaga bahasa dan adab dgn orang tua. Pernah sekali kawan aku melawan cakap mak dia dalam phone. Nur panggil dia masuk bilik, sejam jugak diorang dalam tu. Risau jugak aku, bila keluar dua-dua menangis. Rupanya kena muhasabah. Banyak Kali jugak Kami kena tarbiah. Nur tak tunggu lama, dia nampak terus dia tegur.

Setakat ni ja la cerita aku. Pesan aku, tak perlu Kenal sapa Nur, semua org boleh jadi Nur.

– Alin, bukan syazlin Zainal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit