Bisnes Modal RM0

Assalamualaikum,terima kasih kepada admin IIUM kalau confession saya yang tak seberapa ni disiarkan. Saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya lepas terbaca beberapa confession tentang masalah kewangan. Jadi saya cuba share apa yang saya buat.(Maaf kalau penulisan saya ni tak mampu nak bantu semua yang membaca)
.
Intro,saya wanita 20an,overseas graduate sejak setahun yang lepas. Tapi masih belum ada rezeki dalam bidang professional walaupun beratus job application telah dihantar. Saya cuba untuk bersangka baik yang rezeki saya untuk bekerja belum lagi sampai. TAPI tak bekerja tak bermaksud saya menganggur. Untuk yang senasib dengan saya,(masih tak dapat kerja) jangan give up sebab rezeki Allah untuk hambaNya sangat2 la luas.
.
Okay now back to our main topic,saya mula job hunting sejak hujung tahun lepas dan pada masa yang sama juga ,saya mula google tentang bisnes online yang boleh dibuat,dekat mana saya nak cari supplier etc. Long story short,saya ditakdirkan untuk beli barang secara online dari supplier China,Vietname dan tempat2 borong lain.
.
Jadi apa yang modal RM0 nya? Ya bisnes online saya mulakan dengan modal RM0. Caranya?guna teknik preorder.(Preorder;Customer bayar harga barang,baru saya orderkan) Online bisnes saya based on instagram. Bila gunakan platform instagram,maka gambar memainkan 80% peranan penting and another 20% comes from caption. Jadi bila saya dah jumpa supplier,saya terus create account instagram dan mula upload gambar2 jualan supaya customer tahu apa yang saya jual.
.
Key to a successful life is to never give up. Tak ada benda yang senang dalam hidup ni,sama juga dengan bisnes. 3 minggu pertama bisnes,saya hanya dapat satu orang customer. Ingat senang ke nak dapat customer,lagi2 bila kita jual barang preorder yang kena tunggu 2-3 minggu(sebab involve international shipping) dan insta saya awal2 dulu hanya ada dalam 2k followers je.Sadis sangat.
.
Untuk yang nak mula buat bisnes tolong jangan give up sebab the first 3 months are always the hardest. Sebab time ni la kita nak kena naikkan followers,nak cari targetted customers and nak gain kepercayaan orang terhadap kita punya bisnes. Jadi insyaAllah saya akan cuba listkan cara yang saya buat untuk naikkan customer dari 2k dan sekarang dah ada 30k followers. Dari modal 0 dan sekarang alhamdulillah dah dapat untung bersih RM50k (walaupun saya duduk rumah) . Dari 1 customer(dalam tempoh 3 minggu) kepada 30 customers minima per week.
.
Ini bisnes online cara saya(untuk orang tak ada modal);

1)Guna cara preorder macam saya cakap dekat atas

2)Bila barang sampai terus pos kepada customer.

3)Bila customer dah dapat barang minta feedback dan upload dekat igshop anda. PENTING untuk gain kepercayaan bakal2 customer.

4)Bila dah dapat profit ,tunggu jangan ber-joli lagi. Gunakan duit profit tu untuk buat paid review or gift review.(Pastikan buat dekat instafamous yang boleh dipercayai.Saya buat dekat followers yang lebih 100k)

5)Untuk permulaan bisnes,buat paid review dekat orang yang charge below RM50.(Kena jimat sbb untung awal2 bisnes tak banyak mana)

6)Jangan kedekut untuk invest dekat marketing. Dengan cara marketing la orang boleh kenal kedai kita.Trust me,sebab paid review la jualan saya meningkat dari semasa ke semasa.

7)Bila dah dapat profit laburkan dengan pergi seminar2 Online Bisnes atau Marketing. Seminar sekarang tak mahal pun,bawah RM100 dah boleh dapat. Tak pun beli buku.Ingat invest untuk ilmu tak akan pernah rugi. Dah dapat ilmu jangan lupa amalkan pulak. Hehe

8)The Powerful of Doa. Jangan lupa minta dengan Dia apa2 yang awak hajati. Kalau awak nak 10k mintak je dengan Dia(kalau minta dengan manusia mahu kena cop tamak. Haha). Tapi bila dah minta jangan lupa usaha. Kalau lepas doa,awak terbungkang tidur tak guna jugak(yang ni bukan 10k tapi 10sen pun belum tentu dapat. Haha)

9)Jangan lupa dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dah dapat untung walaupun sedikit,rajin2 hulur dekat parents dan orang yg memerlukan. InsyaAllah akan lagi berkat dan akan buat kita rasa cukup.

10)Bila bisnes kita dah makin banyak order,cuba open untuk dropship. Bawah saya ada lebih kurang 25 orang dropshipper. Dan jangan biarkan dropshipper awak terkontang kanting buat bisnes tanpa proper guide. Ilmu marketing awak dapat dari seminar2 tu please share dengan dropshipper jangan kedekut. Bila kita ajar dropshipper cara buat bisnes yang betul percayalah mereka akan bantu bisnes kita untuk pergi lebih jauh.

11)Cara lain nak naikkan bisnes adalah dengan buat Giveaway. Bila buat giveaway baru la followers lebih aktif. Sentiasa letakkan diri kita sebagai customer. Kalau kita dapat hadiah free,mesti kita happykan?sama la jugak dengan followers.

12)Layan whatsapp/pertanyaan customer dengan berhemah. Make sure customer service anda tip top. Ini penting supaya customer tak lari.
.
.
Cukup la 12 tips cara saya berbisnes. Oh lagi satu jangan lupa daftar dengan SSM! :) Maaf kalau ada terkurang,saya cuma share apa yang saya buat dlm tempoh setahun saya berbisnes. Doakan bisnes saya boleh pergi lebih jauh and at the same time dapat kerja dalam bidang yang saya belajar juga.Amin

Yang Benar,
Sis Peminat Bisnes

– Sis Peminat Bisnes

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit