Boleh Jadi Perkara Yang Dibenci Itu Baik Untukmu

Assalamualaikum admin,
Terima kasih admin jika sudi menyiarkan confession aku ni. Guna ganti nama aku la ye lebih dekat dengan pembaca.

Dunia pekerjaan aku bermula seusia 21tahun. Lepas je habis diploma in accountancy,tak ada repeat exam dengan result yang cukup-cukup makan,aku niat untuk tak nak sambung belajar ke degree. Hehe, Alasan,nak cari pengalaman dulu la, taknak buat loan ptptn dulu la… tapi tau jela bila dah keje pegang duit kan. So aku start hantar resume ke beberapa company kecik yang dekat dengan rumah. Masa tu anak dara lagi,pengalaman keje memang totally zero. Memang noob gila aku,so aku tak nak memilih sangat janji boleh keje dan pegang duit. Aku start keje kat kedai hp dengan gaji rm600 sebulan. Tapi tak lama dalam sebulan setengah je keje ade company lain dah panggil aku interview. Masa tu macam bersyukur sangat sebab keje kat kedai hp ni susah nak solat. Tempat solat jauh,time rehat je aku boleh lari pegi surau nak kena jalan dekat 15minit ke surau. Tapi tu semua pengalaman la kan.

Nak dijadikan cerita,aku dapat kerja sebagai kerani/assistany purchasing kat sebuah kilang jepun yang pekerja dia tak lah ramai sangat pun dalam 400 orang je. Masa ni aku memang excited la sebab company jepun kan. Lagipun company ni provide bas kilang dan kebetulan lalu depan rumah aku. Jadi save budget transport kat situ lagi plak aku ni baru je keje. Lesen ngan keta pun mana ada lagi. Memang berbaloi la ngan keje cuma kena bangun seawal 6pagi untuk join akak-akak kilang naik bas.

Maka bermulalah episod kerja sebagai assistant purchasing dengan gaji rm900 sebulan…. masa aku dah kerja beberapa minggu barulah aku tahu Nasib aku ni kira tak brapa baiklah kan sebab bos aku merangkap executive purchasing rupanya garang ya robbi! Dia mix cina n india. Ko boleh bayangkan aku ni bukan rasict tapi dia punya mulut memang boleh tahan pedas berdengung.
Masa mula-mula aku kerja nampak nice je,bila dah lama-lama pantang silap sikit memang boleh berendam air mata la…
Bayangkan ada 1000 jenis item dan aku kena hafal 1,1 code item ni. Baru brapa hari kerja,dia dah tanya “item B508 bila masuk??” Terkulat-kulat aku bila dia tanya macam tu. Jenuh nak mikir tambah aku ni jenis blurrr… memang mendapat maki la,antaranya ‘kalau rase dah tak minat keje,berenti jela. Item senang macam tu pun ko boleh ingat!’.
Baru masuk keje dah kena ayat padu macam tu, kalau orang lain dah lama angkat kaki tapi sebagai anak perempuan kental darah keturunan pahlawan melayu mana boleh aku mengalah cam tu jer. Sabar,aku diam,tahan jee….

Masa tu aku dah start kenal-kenal member kat sini barula terbukak cerita yang tempat aku iaitu purchasing assistant tu memang tak penah lama orang duduk. Paling lama 4 ke 5bulan je,paling sekejap lepas lunch orang tu tak datang dah. Haha! Brapa jam je keja. Dan exec aku ni ditakuti oleh rakan sekerja dan pihak pembekal, dan seantero dengannya.Ko salah sikit je tunggu dia punya sound kau. Dia tak la jenis yang jerit-jerit suka mengamuk, dia cakap nada biasa tapi ayat dia padu beb! Betul-betul ikhlas paling dalam makan ke hati. Orang yang hati tisu cam aku ni memang tahan air mata jela.

Dia penah je kena sound dengan pihak hr sebab dah tak larat nak cari budak under dia. Tapi dia jenis macam ‘ade aku kesah?’
Nak jadi cerita dalam setahun tu memang muka aku ni mendapat maki jela. Penah dia campak file depan aku,depan semua orang pung pang pung pang membebel kata aku tak reti buat kerja,takda otak,lembab apa semua lah. Sampai aku dah tak nangis dan anggap makian dia tu dibawa angin lalu je. Tapi memang aku dendam. Aku sanggup ikut jalan lain bila bertembung ngan dia. Aku cakap ngan dia pun pasal keje tu pun terpaksa. Aku stress keja,aku kutuk-kutuk dia kat blakang. Ganti nama dia memang macam-macam la aku bagi. Klu aku kena marah ka apa ka,aku terus ambik cuti blah camtu je. Sampai la dia perasan perangai aku cam hanat. Dulu tak camni,dulu redha je.Aku pun tak sedar dekat setahun jugak aku keja situ dan dapat pujian ramai yang aku satu-satunya manusia paling lama kerja ngan dia. Bangga gak aku padahal tengok muka dia pun aku benci.

Sampai satu masa aku ada perasan dia nak try baik ngan aku tapi aku dah buat reti. Aku memang tunjuk kebencian aku kat dia depan semua orang. Ada sampai dia tanya aku elok-elok je depan semua orang tapi aku blah buat bodo sampai dia malu kat situ jugak. Nasibla sapa suruh cari pasal dengan aku.

Tapi ada satu hari?hari yang indah,dah nak dekat senja dia panggil aku masuk bilik meeting,hanya aku dan dia. Aku dah start cuak masa tu,kalau dia serang aku ke apa ke. Aku dah start nak create ayat-ayat padu nak balas kat dia. Tapi aku blurr habis. Aku siap dah sinsing lengan kot kot dia nak ajak aku bertumbuk.

Tapi ternyata aku silap bila dia start dengan ayat ‘akak nak mintak maaf,akak rasa kita kena bincang apa yang tak puas hati antara kita sebab kita 1 department’. Masa tu aku ada dengar suara dia cam serak-serak nak nangis. Aku pulak memang dalam mood nak menyerang, so aku balas balik dengan muka merah padam,tangan kaki ketar-ketar, ‘saya tau sebenarnya akak ni memang nak saya berenti kan,nak saya blah dari company ni kan!’ Kuat jugak la suara aku time tu.
Tapi muka dia tercengang, dia cakap dia tak penah maksud macam tu. Dia kata dia memang garang tapi bila dia apa yang dia sound haritu akan habis haritu. Dia takkan bawak isu tu keesokan harinya.
Dia pun bagitau kesalahan-kesalahan aku selama ni yang buat dia marah. Dia cakap aku jarang buat kesalahan besar macam tersilap order barang ke dengan jumlah kuantiti besar sampai menyebabkan kerugian syarikat tapi aku suka buat kerja sambil lewa dan berulang-ulang dengan masalah yang sama .Contoh aku dah listkan senarai nama barang yang patut dibeli dan perlu urgent tapi disebabkan aku tak check balik senarai nama tu ada barang yang tercicir dan menyebabkan production stuck. Bila stuck pihak atasan serang dia. Dah la tu bila dia marah bukan dah taknak ulang benda yang sama tu lagi, tapi aku ulang lagi dan lagi. Kadang aku tak betulkan pun. Aku buat bodo je sampai dia streas. Bila aku pikir balik,alasan aku silap pun sebab item yang terlalu banyak dan manusia is not perfect. Mesti ada buat silap. Simplenya kan pemikiran aku kan.Tu yang buat dia stress dan slalu marah.
Tapi dia kata mana boleh buat silap. Ni company jepun,setiap untung dan rugi dah dikira kalau production lambat 1hari,dah effect pendapatan company. Company ni bertahan 20tahun sebab tiada siapa pun yang boleh bekerja sambil lewa. Terdiam terus aku. Selama ni aku ingat aku je yang betul.
Nak bidas lansung takde point.
Lepas tu dia pun membebel la pasal apa-apa masalah yang berlaku. Kadang disebabkan kurangnya komunikasi antara kami,aku order kat supplier cakap lain,dia order cakap lain.
Last-last supplier pening. Dia cakap dia dah letih nak kerja macam ni. Bila dia tengok je muka aku,dia stress aku pun stress. Memang kalau tengok dia,aku akan paling tempat lain. Dia cakap department lain anak buah dan bos ok je. Tapi kami….
Dan dia jugak bagitau sepanjang aku kerja kat sini,salah aku yang kadang memang sengaja aku buat tapi dia tak pernah complaint dekat boss…. dia pun mengaku bila stress ngan perangai aku, dia suarakan kat membe sekerja tapi semua akan salahkan dia kata dia garang. Diorang suruh dia bersyukur sebab aku paling lama bertahan bawah dia. Orang nampak mulut petir dia,aku yang suci murni ni memang la nampak baik.. Haha!

Tapi bila aku pikir balik apa yang dia cakap tu. memang ada betulnya. Banyak yang dia tegur tu yang aku mengaku memang salah aku tapi dengan cara dia menegur depan khalayak dengan ayat padu dia tu ko rasa sapa je yang boleh terima kan. Hahaha!

Esoknya aku bawak kek coklat bagi dia siap mintak maaf lagi dengan apa yang aku dah buat kat dia selama ni. Kan bagus kalau awal-awal dia panggil aku masuk bilik, terangkan kat aku apa salah aku. Taklah aku meroyan sangat.

Sejak tu kami kamceng habis. Siap kongsi-kongsi ais krim ko rase??? Haha! Rupanya nak dekat 3tahun jugak la aku kerja under dia sebelum aku berenti. Dan sampai sekarang kami masih berbaik walaupun jarang bertegur sapa dalam fb. Dan dia la bos pertama yang aku respect sampai sekarang.
Ayat dia yang aku takleh lupa ‘walaupun mulut aku ni jahat,macam petir tapi aku tak de bermuka-muka. Lantak la orang nak fikir apa, janji apa yang ko dengar kat depan kau ni macam tu la belakang kau.

Pada aku lepas je resign kerja company lain,tetaplah aku pegang ayat dia, apa yang tak puas hati baik cakap depan-depan. Dan rentetan dari kes ni sepanjang aku hidup aku lebih rela kawan ngan orang yang cakap depan-depan,mulut laser ni berbanding orang yang baik gila depan kita rupanya kat blakang dia kaki cucuk,kaki menyampai,batu api. Orang cakap depan ni orang panggil mulut laser,takde insurance. Diorang ni memang nampak jahat cam nenek sihir tapi hatinya baik taklah sampai nak menyihir orang.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah aku ni. Antaranya jangan kau terlalu membenci sesuatu itu,boleh jadi yang kau benci itu akan jadi benda yang kau suka.

Jangan pulak kau terlalu suka dengan sesuatu perkara tu boleh jadi nanti kau benci pulak. Dan jangan kau terlalu mendengar cerita 1 pihak je boleh jadi kau ditempat yang salah. Macam aku ni mula-mula aku crita pasal salah bos aku buat kat aku padahal disisi lain aku pun ade banyak salah yang aku tak nampak atau aku terlalu ego untuk terima.

Hidup kita hanya sekali,belajarlah untuk memaafkan dan menerima supaya masalah dapat dikurang,hati dan fikiran menjadi lapang….

– Miss sentap

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit