Budak Suruhan Dalam Kelas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih sangat-sangat pada admin kerana sudi siarkan confession aku ni. Panggil aku Encik M, aku dalam lingkungan 30 an dah sekarang.

Dulu-dulu masa aku belajar di sebuah IPT yang memang sangat terkenal di Malaysia ni, aku ni jenis susah nak fokus dalam pelajaran. Sebab paling utama adalah masalah komunikasi waktu belajar sebab most of the learning process and most reference books are in English.

Aku memang terkial-kial betul nak hadamkan apa lecturers cakap dan aku rasa sangat inferior waktu tu akibat kelemahan aku berkomunikasi dengan rakan sekelas.

Diorang ni majoritinya dari jenis family yang kaya-raya, speaking English kat rumah dan bawak kereta mewah ke kampus universiti. Bagi rakan-rakan sekelas aku yang dari families sederhana tu, biasanya mesti akan ride motor ulang alik di kampus dan majoritinya memang tinggal kat rumah families berdekatan serta ada jugak yang lebih dari mampu nak menyewa di luar kampus.

Tapi aku yang takde apa-apa ni, jalan kaki je lah ulang alik dari kampus ke asrama.. Setiap hari usung beg berat-berat dengan buku-buku, nota-nota kelas dan nota-nota fotostat untuk kelas. Selama lima tahun itulah, aku akan pastikan aku aktif dengan asrama punye aktiviti. Kalau tak aktif, aku akan ditendang keluar dari asrama yang mana itu adalah situasi nightmares untuk aku yang aku akan ELAK walau apa pun yang berlaku.

Aku sangat takut kalau aku kena tendang dari asrama dan terpaksa keluarkan duit pulak untuk menyewa di luar. Aku sedar siapa diri aku, aku dari keluarga kampung yang sangat daif… Aku struggle untuk terus berusaha dan stay active di asrama universiti tu. Paling mustahak, aku takkan susahkan emak abah aku di kampung untuk perbelanjaan semua tu..

Oh ye, waktu tu setiap semester, aku mesti akan diundi oleh rakan-rakan sekelas aku untuk jadi wakil kelas atau bahasa kampusnya disebut Class Representative (Class Rep).

Position tu bukan maksudnya aku jadik Ketua Kelas, ia hanyalah tanggungjawab dan bebanan kerja yang lebih sebab aku dikehendaki datang paling awal dalam kelas, mesti tanya lecturers apa keperluan untuk persiapan kelas contohnya macam nota edaran, nota fotostat hatta ke sekecil-kecil perkara seperti padam white board pun aku mesti buat.

So aku ni memang jenis skema giler, suka duduk barisan depan kelas, aku mesti akan pastikan aku duduk paling dekat dengan lecturers. Sebabnya mudah, nanti lecturers tu akan bagi lah semua arahan-arahan untuk aku laksanakan bagi sesi kelas-kelas berikutnya.

Tugas sebagai class rep yang aku pikul ni ternyata sangat berat, dengan aku takde kenderaan sendiri, aku memang struggleeeee gila-gila waktu tu untuk handle kerenah lecturers, kerenah rakan-rakan sekelas dan macam-macam lagi.

Boleh dikatakan fasa tu betul-betul melatih aku jadi multitasking person, bayangkanlah aku terpaksa berulang alik dari kedai fotostat, uruskan binding pulak, lepas tu kena pikul barang-barang berat tu untuk kelas dengan BERJALAN KAKI. Waktu tu, pengangkutan bas universiti ada TAPI sangat sikit dan memang drivers bas tak ikut timing kerja. So aku terpaksa berulang alik dengan jalan kaki.

Aku tunggu sampai berjam-jam, tapi bas tak datang. Bila aku tak tunggu, berderet-deret pulak bas yang bergerak pusing kampus aku ni. Tu memang lumrah kampus. Sesiapa yang ada pengalaman macam ni dalam kampus universiti, memang begitulah. Rasa perittttt ya ampun!! Aduhhh, memang rasa sakit hati dan upset. Tapi itulah kan, pengalaman hidup dalam kampus.

Untuk pengetahuan korang, pada setiap semester aku akan jadi Wakil Kelas. Aku adalah sasaran UTAMA untuk diorang suruh aku buat kerja-kerja tu setiap semester.

Ternyata selama lima tahun berturut-turut aku kat kampus universiti ni, aku akan bergelar Class Rep atau diorang ada jugak kutuk-kutuk kat belakang aku kata aku ni KHADAM KELAS.

Subhanallah, itulah yang aku lalui setiap semester pengajian. Namun begitu, semua ni ada hikmahNya sebab daripada usaha gigih dan keringat aku menanggung susah payah itu, most of the lecturers memang suka kat aku. Lecturers akan bagi more attention pada aku kerana mereka anggap aku ni boleh diharap untuk buat kerja-kerja wakil kelas.

Syukur sangat pada Allah sebab aku berjaya raih carry marks yang bagus dalam kebanyakan assignments dan aku memang akan jadi antara the best scorers in class. Syukur sangat-sangat pada Allah.

Allah uji aku dengan beberapa fasa KEGELAPAN masa aku belajar. Moments yang paling aku tak boleh lupa ialah bila aku ada join satu program asrama yang melibatkan pihak luar dari syarikat yang bergiat dalam industri.

Adalah menjadi dasar dan polisi universiti untuk menggalakkan Knowledge Transfer antara pihak industri kepada pihak universiti supaya lebih banyak amalan-amalan kerjaya (Best Practice) dapat dikongsi kepada kami pelajar-pelajar yang sedang menuntut ilmu.

Aku berkenalan dengan seorang Eksekutif Syarikat. Umurnya dalam lingkungan 40 an waktu tu. Saat perkenalan itulah, bermulanya FASA KEGELAPAN yang aku maksudkan.

Puncanya begini, aku ni memang jenis berdikari dan susah nak mintak tolong kat orang kalau perkara tu aku boleh buat sendiri. Especially perkara-perkara berkaitan urusan dokumentasi, penulisan, kerja-kerja research dan sebagainya.

Tak tau nak cakap macam mana, memang mungkin faktor umur barangkali. Waktu aku belajar dalam FASA KEGELAPAN tu kan dalam umur 21 macam tu. Aku rasa mentah lagi kan waktu tu, aku ni sangat degillah jugak kalau dalam bab-bab interaksi kehidupan ni.

So, pada waktu tu lah.. Ok, nama eksekutif ni yang aku gelarkan sebagai Bro K. Maka bermulalah FASA KEGELAPAN dalam hidup aku waktu tu.

Masa aku kena buat kerja-kerja research tu, punyelah melambak-lambak aku kena siapkan. Dengan kertas kerja yang bersusun kat rak, aku kena study satu persatu, waktu tu memang tak tido malam. Aku buat kerja sampai 24 jam sebab nak kejar deadlines yang Bro K ni tetapkan.

Cuak betul aku kalau aku tak siapkan ikut spesifikasi yang Bro K nak, sebab dah confirm nanti aku kena MAKI HAMUN dengan dia.

Aduhhh, fasa kegelapan tu aku takkan boleh lupa. Rupa-rupanya itulah realiti sebenar bila kita dah berkerjaya, “itu baru sikit, sekelumit je!!!” kata Bro K.

Dia kata aku masih mentah sangat. Aku kena belajar lagi dan lagi dan kurangkan perangai DEGIL aku tu.

Antara faktor penting yang aku boleh bertahan dalam FASA KEGELAPAN tu ialah bila aku dah menempuh begitu banyak susah payah dan struggle untuk deliver results yang pihak industri nak.

Itu yang aku paling tak boleh lupa. Terima kasih Bro K dan syarikat industri yang aku bekerjasama waktu tu. Aku sangat appreciate dengan pengalaman getir tu yang menjadikan aku lebih tabah, sabar dan merendah diri dalam mengharungi segala onak duri kehidupan ini.

Kadangkala musibah-musibah yang berlaku dalam hidup kita akan menjadikan kita LEBIH SUKSES, In Shaa Allah!! Have faith and be stronger!!!

– Aku Ex Universiti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *