Budak Tak Pandai

Assalamualaikum.

Aku menulis untuk share pengalaman aku sebabnya aku rasa ni mungkin membantu orang lain. Panggil aku omi. Aku ni nak kata pandai tak lah… bagi aku average, dan aku konsisten.

Sebelum upsr.. ayah aku meninggal. Itu turning point hidup aku sebabnya aku dah galas tanggungjwb utk bantu ibu dan adik2 aku. Abang kakak aku ada…tapi semua duduk jauh. So yg pegi beli makan pakai bayar bil semua aku… yg pegi tengok adik2 kat sekolah aku. Saudara mara bukan takde…tapi biasalah masing2 ada kerja sendiri.

Masa tu aku tanam dalam kepala hanya pelajaran boleh ubah hidup aku. Sepanjang darjah 6 aku bukan best student…biasa2 je. Bukan aku nak cakap…mostly memang berlagak. Bila aku minta ajarkan, siap sindir2 aku…ni pun tak tau ke. Benda kacang je ni. Aku memang macam lempam sikit sebelum ni.

Tapi aku ingat seorang cikgu aku, dia niat nak bagi hadiah kat pelajar2 yg dapat result baik. Aku…memang tak lah. Kisahnya cikgu aku tersilap beli…hadiah lain semua sama tapi ada satu hadiah lain sikit. Orang kedai silap bagi. Tiba2 cikgu announce…cikgu nak bagi hadiah ni, mungkin ni rezeki utk dia..sebab cikgu tengok dia konsisten setiap kali periksa walaupun tak cemerlang. Nama aku dipanggil ke depan.

Sejak tu alhamdulillah aku perform dlm exam besar. Struggle jugak lah nak perform sebab aku average student… masuk u pun macam tu jugak… aku tak pernah dpt 4 flat, dean list ke apa. Result aku average.. nak kata bagus tak jugak, teruk pun tak jugak.

Bila aku dapat kerja.. aku ingat interviewer cakap kat aku, saya tengok awak ni konsisten drpd sekolah sampai habis u.. entahlah, mungkin sebab tu aku dapat kerja tu.

Bila dah kerja..bukan tak ada cabaran. Macam2 kalau nak list problem tempat kerja. Tapi aku masih konsisten.. cuba perform, tak pernah buat masalah dan tak pernah jugak dapat award pekerja cemerlang.hehe.aku mungkin jugaklah tak dipandang management. Mungkin juga calon kena pancung..tp alhamdulillah masih kerja kat situ dah 10 tahun.

Kadang2 tengok orang lain masing2 kejar kumpul harta muda2..masing2 pamer pencapaian diri. Di masa umur rawan. Tapi aku..niat kerja betul2, tak aniaya orang cukuplah.. asal berkat rezeki aku dapat. Sangat tak ambitious kan.. hihi.

Bila aku tengok balik… susun galur hidup aku. dgn aku konsisten, ada yg pastinya “pandang” aku. Macam cikgu aku, interviewer tu… top of that, Allah pastinya tengok aku dan bagi aku sesuatu. Dan aku rasa aku dah dapat pun.

Pekerjaan yg baik, pasangan yg penyejuk mata, anak2 yg mudah dijaga, kesihatan yg baik.. bukan takde ujian hidup, takde lah semuanya smooth dan perfect.tapi aku rasa tak seberat mana ujian aku berbanding orang lain yg perlu aku nak hebah2kan.

Itu je lah…Aku omi, aku average dan aku konsisten. Hehe. Wat lek wat peace. Yo..

– Omi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit