Budaya Kecam

Budaya Kecam

Assalamualaikum

Ini bukan lah satu confession tapi lebih kepada satu perkongsian pendapat tentang budaya masyarakat kita dalam media sosial yang suka kecam orang.Yes,bunyi macam tak serious sebab yelah semua orang pernah kena kecam dan mengecam.Tapi sebenar nya budaya kecam ni boleh membawa kepada masalah yang serius iaitu salah satunya tekanan perasaan.Dan ini terjadi kepada kawan baik aku sendiri.Kawan baik aku yang nampak sangat normal,happy-go-lucky ada depression. Bila aku cakap dengan dia,puncanya banyak datang dari orang disekeliling yang suka kecam,suka memerli,suka sakit kan hati orang.Salah satunya makcik dia yang selalu tanya bila nak kahwin umur dah 27,kerja pun x tetap2 lagi,dan duk kecam kawan aku ni overweight.Ini salah satu species makcik bawang yang suka kecam orang.

Dalam IIUM Confession ni pun lately ramai yang buat pengakuan ada depression, anxiety.Ada yang bersimpati tapi x kurang jugak yang bagi komen berbaur kecaman “Banyakkan dekatkan diri dengan Allah SWT.Jangan duk lalai sangat dengan hiburan”.

” Aku pun banyak jugak tekanan,kerja,anak tapi xdela sampai nak depression bagai.Pandai-pandailah handle emosi”.

Amboi kau punya komen macam orang depression ni jahiliah,xsembahyang,berdisko 24jam.Akibatnya,yang confessors dan sesiapa yang ada masalah ni akan rasa,loser kah aku ni sebab tak dapat nak hadapi perasaan aku ni.Dan bertambahlah lagi dia punya tekanan perasaan.Kalau rasa tak mampu nak membantu atau bagi kata-kata semangat,boleh scroll laju2,jangan kau nak gatal2 tangan dan mulut komen kalau komen kau dengan niat nak kecam,nak sakit kan hati orang.

Itu baru cerita kat page confession ni.Cuba pergi page2 lain,kat mana2 pun memang ada orang yang suka kecam orang.Tanya pendapat, soalan pun kena kecam kaw2.Contohnya,

Page Info Ibu Hamil,ada ibu tanya;

“Saya pregnant 8 bulan,anak saya kurang bergerak harini,patot ke saya jumpa Dr?”

Kaki kecam terus serang..

“Takpayah.Tunggu je anak tu xbergerak baru pergi.Apa punya soalan la.”

Page Masak Apa Hari Ni

“Tumpang tanya,nak masak bihun kena rendam dulu ke?”

Kaki kecam pun serang;

“Tak beragak la soalan.X rendam keras la bihun tu”.

Dah tu jelah contoh aku bagi.Korang semua mesti dah biasa jumpa makhluk macam ni.Keje dia nak kecam orang.Soalan orang tanya kau x jawab tapi mengecam pulak.Hentikanlah perangai mengecam orang sebab bila orang sakit hati,kau berdosa tau x.Bila kau nak mintak maaf dengan orang tu?Yes aku memang kecam kaki kecam!

#bencikakikecam

– Sam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments