Bukan Pintaku II

Bukan Pintaku II

Assalamulaikum wbt dan tq admin dah siarkan confessions aku yg pertama. Tak sangka ramai yang memberikan pendapat. Thanks semua. Ada jugak orang yang sudi Baca luahan hati aku. Banyak sebenarnya yang terpendam Dan terbuku dihati ni. Aku bukan Taknak cerita Dekat kawan2 aku, agaknye
ada ke kawan aku yang sudi dengar luahan hati aku yang berjela-jela ni.
Hehe..

Aku tak tau dari mana nak mulakan sebabnya cerita ni 6tahun yang lalu Dan aku nak perincikan sedikit tetapi aku Cuba ringkaskan.

Firstly aku nak mintak maaf pasal aku terasa dengan doktor Ana. Aku tak salahkan Dia pon. Aku cuma nak seseorang Untuk Bagi aku kekuatan. Aku stress , Sedih, takut, Rasa bersalah, serba salah masa tu dan dia doktor pertama aku jumpa pada hari pertama aku di hospital dan first impression dia terhadap aku sampai macamtu skali. Kenapa dia tak muncul awal2 Dan berikan pendapat dia masa Doktor Nik dan aku buat keputusan tersebut. Satu hospital, bidang yang sama. Tapi still aku tak salahkan dia. Banyak bende yang tak boleh nk diterangkan Sebab aku pon tak tahu .Cuma aku memang emosi terlebih masa tu.

Ye, memang bila mengetahui aku dan suamiku adalah Thalasemia Trait aku decide untuk tidak mempunyai anak. Muda masa tu. Pikir nak kahwin je. Betul memang aku tak study dengan lebih detail pasal penyakit thalasemia ni. My bad. Sebabnya aku tak diexposed tentang penyakit tu. Adik beradik aku takde, Adik beradik Mak Dan ayah aku pon takde sorang pon yang ade penyakit tu, sepupu-sepapat, dua pupu yang terdekat. Tak taulah kalau ade Tapi bau-bau Bacang. Sebelah suami aku pon tak ada. Dan aku pulak tinggal di pekan kecil , hospital besar pon dua jam dari pekan aku ni. Dan aku tau pasal Thalasemia ni masa isi form kahwin Lagi 2 bulan nak kahwin. Tetapi Bila dah kahwin dan tengok kawan2 sekolah update status dah pregnant, dah beranak, aku pon rasa nak ada anak sendiri. Manusia kan. Nak nak bila jalan-jalan ke, pergi melawat sedara ke,

Raya, ade je orang sekeliling (bukan parents aku atau suamiku ) yang bertanya bila nak ada anaknya, family planning ke, tak Suka budak2 ke, takkan aku nk cerita Kat Diorang semua pasal masalah aku tu setiap kali ade orang tanya.
Lepas setahun kahwin, aku pon pergi jumpa pakar O&G dan cerita masalah aku, cek kesuburan Yelah aku tak makan pon Ubat perancang tetapi aku tak pregnant pon, doktor pon ada beritahu tentang cord blood storage so aku survey – survey, Google Dan buat study sendiri. Bukan senang aku nak pregnant, segala macam supplement aku telan, tak menjadi. Kebetulan ada Kawan aku, Dia sarankan aku blend kurma dengan Susu kambing asli,
beberapa kali minum barulah aku pregnant.

Bila dah confirm pregnant, Aku sign up cord blood storage dengan satu company ni. Almost rm5k masa tu, (sekarang Lagi Mahal ), aku kene Bayar separuh masa sign up Dan separuh lagi selepas bersalin. Dan aku kene bersalin di private hospital sahaja.

OK lupa nak bagitahu, darah tali pusat ni adalah salah satu Cara rawatan Untuk pesakit thalasemia. Contoh anak first aku ni Tak Ada thalasemia Tapi anak kedua ada, so boleh guna darah tali pusat ni untuk rawatan anak yang penghidap. Tetapi takdir Allah swt Leeya menghidap penyakit Thalasemia tersebut so darah tali pusat Dia yang aku simpan tu terpaksa dibuang. Tak boleh guna. Tetapi aku masih bernasib baik, Wang deposit yang aku Bayar pada company tersebut dipulangkan semula. Alhamdulillah.

Selain darah tali pusat, cara rawatan lain ialah dengan pengambilan air sum sum tulang. aku sedia menderma air sum sum tulang aku untuk Leeya tetapi doktor prefer air sum sum tulang dari adik beradik Leeya. (bersyarat) . Celah mana Adik beradiknya dia anak sulung kut.

Apabila Leeya dah masuk 2 tahun Dan aku kesian tengok Leeya masih bergantung dengan transfusi darah, aku niat dengan suami Untuk ke tanah suci mengerjakan umrah. Aku nak mohon dengan Allah swt supaya Bagi aku Hamil lagi Dan aku nak anak aku Bebas thalasemia so that can treat her sister. Tak sangka Allah swt dengar permintaan aku Sebelum aku Ke tanah suci, Malangnya aku keguguran. Lebih kurang 2minggu selepas itu aku berangkat ke tanah suci.

Pertengahan Feb 2016 masa tu. Aku tinggalkan Leeya dengan nenek dia. Sedih tu Tak Boleh nak diungkap Sebab pertama kali berpisah. Jauh pulak tu. Sampai Di Madinah, aku Doa sungguh-sungguh Kat Raudhah. Aku berpeluang 2x masuk Raudhah. Syukur sangat. Bertuah sangat rasa. Di Mekah pon aku Doa sungguh-sungguh walaupon 2 Hari Sebelum balik tu aku Demam, aku solat Dalam bilik aje. Terpaksa.

Julai 2016 Barulah aku Hamil lagi, tu pon segala mak nenek supplement aku makan. Aku jaga makan aku, aku makan yang sihat-sihat aje. 2017 aku selamat melahirkan Aulia, aku sign up lagi cord blood storage tu dengan company sama tetapi Harga berbeza . Masa ni dah rm7k. Result Aulia yang mengatakan dia Bebas thalasemia tu aku baru je dapat Jan 2018 Hari tu.

Unexpected pregnancy. Itu je yang aku boleh bagitahu tentang pregnancy aku yg latest ni. Aku tak makan supplement , tak minum susu kambing, Sebab aku tak plan pon nak ada anak lagi. Ini pon terjadi selepas Aulia 10bulan.

Ye,memang salah aku sebab tak buat protection. Sebab aku plan nk buat implants tetapi asyik tangguh. My bad.
Then doktor hematology Leeya sarankan aku buat CVS ( DNA test) untuk kenal pasti Adakah Kandungan aku ni affected atau tidak.

Aku tak tau mulanya procedure ni ambek masa, aku dan suami hanya setuju. Bila dah jumpa Doktor Nik barulah aku tahu yang untuk dapatkan accurate result Kandungan hendaklah dalam lingkungan 12-14weeks. Takkan doktor Ana tak tau? Takpelah.

Aku pon ade tanya doktor Nik, Dan Doktor Nik beritahu Dalam perubatan jika kandungan di bawah 19minggu Dan bermasalah bukan Sahaja Thalasemia masalah -masalah lain pon, diharuskan gugur jika dia hidup nanti akan menyeksakan dia. Masa ni Dia Belum lagi ditiupkan roh. Ni doktor Nik yang beritahu bukan aku yang pandai2. Doktor Nik pon bukan dapat result terus dia suruh aku gugurkan, dia buat meeting dulu dengan geng2 doktor Dia, seminggu jugakla baru dia call aku. Even doktor pon Bukan senang nak buat keputusan nak gugurkan kandungan patient.

Ada orang persoalkan kenapa nak buat procedure CVS tu syaratnya kene gugurkan kandungan. Aku pon persoalkan juga Syarat ni, kata Doktor Nik, objektif CVS ialah nak detect your child ni affected ke tidak. If affected and do nothing, serupa baik tak payah tau dia affected ke tidak. Kau mengandung jelah, gamble. Aku angguk Tanda faham. aku pon terbayang Sesi transfusi darah kat thalasemia centre tu Ye memang ramai. Setiap hari full. Kene buat appointment dan booking sebelum nak datang buat transfusi darah tu. Kenapa still ramai, kenapa parents Tak buat CVS ni, sebab procedure ni kene caj. Rm1k lebih. No subsidies.

Aku bukan tamak nak anak ramai. Aku bersyukur dah sebenarnya dapat 2. Aku pon dah cakap Siap Siap pada suami Lepas abortion tu, aku dah serik. Aku tak nak dah buat bende ni. Aku tau Dia pon Sedih jugak. Dia cium anak aku tu yang doktor dah bungkus. Dia bawa balik rumah, bersihkan, tanam dekat kubur atuk dia. Emosi aku terganggu, orang nampak aku OK Kat luar Tapi Dalam hati aku.

Next step , sekarang tengah tunggu result DNA test Aulia pulak. Misi cakap 2-3bulan baru Dapat. Yang ni dapat subsidies Dari kerajaan. Result ni akan menentukan Sama ada darah Aulia dengan Leeya sepadan ke tak. Kalau sepadan, then Boleh proceed with the transplant. If not, then kenela beranak lagi. Jadi tak boleh nak salahkan parents Thalasemia yang beranak ramai, mungkin dia nak treat anak dia, cuma tak berpeluang kut mcm yang Kes ade orang komen anak Kawan dia semua 6 orang penghidap Thalasemia. Semuanya bergantung kepada parents.
Aku just nak buat yang terbaik Untuk anak aku.

BTW, thanks untuk semua pendapat, nasihat dan ada jugak yang sudi nak share pengalaman dia ,nanti Saya pm awk.

– Myra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit