Bukan Salah Teknologi

Bukan Salah Teknologi

Assalamualaykum, aku perempuan, 24 tahun dan a degree holder. Hari ni tergerak hati nak cerita bab teknologi. Biasala kita sedang menuju ke arah negara membangun, for sure banyak teknologi2 yang bakal berkembang. Dalam masa yg sama, teknologi dalam satu sisi memberi satu impak yang tidak sihat pada generasi anak2 kita dan ya, pada sisi yang sama ia juga memberi kesan positif pada kehidupan seharian kita.

Kalau kita lihat pada persekitaran even pada family members, teknologi (media sosial, mobile phone terutamanya) seolah olah telah banyak menarik dan mengurangkan aktiviti sosial anak2 dan kita sebagai yang dewasa turut sama terkesan. Anak-anak sekarang sudah kurang bermain permainan yang kita main masa kecil dulu. Hubungan mereka dengan alam makin kurang. Tab, games, media sosial seolah cuma itu permainan mereka. Bila keluar makan dengan family, masing2 sibuk dengan phone. Bualan dan cerita dah makin kurang. Bukan setakat anak2, ibu ayah juga sama.

Rutin harian seolah berubah bila munculnya teknologi2 seperti ini. Hari2 perayaan, family gathering dah jadi kurang seronoknya. Anak2 muda sibuk dengan phone, dah tak bergaul cerita, ketawa macam dulu. Nyatanya, bukan salah teknologi, tapi kita sebagai pengemudi teknologi. Kalau orang tanya, apa harapan kamu, apa yang kamu nak lihat pada negara kita 20 30 tahun akan datang. Aku tak bimbang tentang teknologi. Teknologi tetap akan berkembang seiring dengan masa.

Apa yang aku nak lihat, pengemudi teknologi lebih cerdik dalam menguruskan teknologi. Jangan jadikan teknologi penybab kurangnya komunikasi antara kita. Kita mengharapakan hadirnya teknologi dan pada masa yang sama memberi tujuan dan kesan positif pada penggunanya. Akhirnya, kita sebagai pengguna perlu bijak mengguna. Apa2 saja bermula dengan kita. Yang merenggangkan itu bukan teknologi tapi kita sebagai pengguna teknologi. Guna teknologi pada yang perlu, tak salah untuk ada media sosial dan sebagainya, tapi biar berpada. Jangan ia jadi perosak dan menjauhkan sesama kita.
Good luck guys..

– A person with no special talent

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments