Cabaran Anak Kedua

Assalamualaikum semua..saya menaip di sini tujuan untuk memohon kata kata semangat dari semua. Sungguh saya rasa saya dah sampai satu tahap macam rasa dh tak berapa betul..dan ini agak tak baguslah sebab saya sedang dalam pantang hari ke-25.

Masa saya tahu saya mengandungkan anak kedua masa tu anak pertama baru setahun sebulan. Suami okay ja..tapi biasalah orang orang lain duk cakap kenapa anak kecik lagi dah mengandung lagi. Sungguh saya cakap anak kedua ni rezeki yang tak diduga. Yang datang dengan pelbagai cabaran dari mengandung melahirkan sehinggalah sekarang.

Antara cabaran yang perit yang saya kena lalui masa mengandungkan baby ni adalah alahan yang sangat teruk. Alahan yang tahap sampai ke labour room pun masih muntah muntah. Tapi takpalah benda biasalah kan..dan saya ingat bila alah teruk maybe masa nak beranak nanti mudah sikit so saya jadi ok its ok sabar..kejap ja ni..Kan ramai cakap macam tu kalau alah teruk masa beranak nanti mudah kalau alah tak teruk beranak susah. Tapi..apa yang jadi adalah semasa proses nak lahirkan baby ni saya kena induce..bukan sekali bukan dua kali tapi tiga kali. Sepanjang proses tu jugak tiga kali pakar scan semula perut sebab pakar suspect baby cam besar tapi bila scan cuma 3.5kg. So pakar decide try dulu untuk normal.

Ok saya pun masih okay..takpalah demi anak kan..Inducelah sampai 3 kali..merasalah kena seluk at least 10 kali. Bila jalan dh buka 3cm sekali ctg pulak result tak okay. Doc decide utk pecahkan air ketuban dulu untuk tengok warna apa air tu. Masa tu saya ingat lagi doc cakap kalau clear kita boleh cuba normal. Dan memang bila pecahkan clear ja cooour air tu doc cakap. Saya pun legalah masa tu sebab sakit gila kot masa kena pecah air ketuban tu. Jalan baru buka 3cm kan. Mana tak sakit huhu. Sekali ctg tunjuk jantung baby 170 n above..tak turun turun dah. Masa tu serius saya rasa katil saya ni macam dalam drama dengan doc lari2 datang tengok nurse pun..tak berapa minit lepas tu doc datang bagitahu kata kena emergency czer. Oh okay masa tu masih cuba positifkan diri takpa takpa its okay asalkan baby selamat..Dan tak sampai sejam lepas tu baby pun selamat keluar. Masa dia keluar tu kuat ja dia nangis hahaha sampai sekarang tak paham kot manalah dia distress. Baby 3.89kg okay..patutlah payah sangat nak keluar. Memang betullah perancangan Allah itu terbaik.

Lepas baby lahir..saya ingat tu dah teruk sangat dah…dah sakit sangat dah..sbb induce plus czer jadi sakit atas bawah..n ingat dah tamatlah penderitaan hahaha. Tapi rupanya belum lagi…Baby disahkan ada g6pd..hari ketiga kuning dah naik tinggi dan dh kena duk bawah lampu..Bila baby ada g6pd..memang kuning payah turun senang sangat nak naik. Ini apa yang pakar explainlah. Saya yang penakut ni..penakut sebab masa mula mula nak bangun lepas ubat bius habis boleh saya menjerit dan termenangis sbb sakit sangat haha padahal terover tu hihi. Saya nak kata saya yang penakut ni tiba tiba boleh gagah jaga anak sendiri di ward baby. Tiba tiba boleh jalan laju tiba tiba boleh survive jaga baby sepanjang di ward dengan takut takut luka czer ni terbukak ka..Dan alhamdulillah setelah lama berkampung baby pun boleh balik..Walaupun baby kena prolong jaundice..alhamdulillah hari ke 23 dah bebas jaundice.

Ok..the real struggle adalah hari ke 20 perjalanan menyusukan baby..tempat tu jadi bernanah. Doc suruh stop bagi direct latch. N suruh perah tangan saja sbb kalau pam keadaan akan jadi worse. Masa tu lah masalah bermula. Saya tak cekap perah tangan..jadi susu start drop. Bila ada dh okay saya bagi baby baby reject. Jadi ingat masa tu dia nipple confuse so pergilah jumpa lactation counselor. Lc kata baby reject sbb susu tak banyak. Hmm. Dan masa tu jugak detect baby ada tongue tie. Walaupun type 4 tapi itu dah cukup untuk menyumbang pada damage yg teruk pada bahagian tu. Lc kata tak release pun tak apa sbb ia akan ok seiring dengan pembesaran baby.

Saya ada terfikir nak release untuk mudahkan baby bf. Tapi ada terfikir jugak baby nak ke sbb baby dh pernah reject. Sungguh saya rasa kecewa bila baby reject. Sampai pernahlah marah marah kat baby sbb dia reject. Dan lepas tu saya marah diri sendiri. Saya sekarang ni stress dengan susu drop. Baby reject taknak sbb susu sikit. Sampai satu tahap sekarang ni saya taknak jumpa sesiapa kalau boleh. Ada masa baby pun saya taknak tengok. Tapi kena jaga jugak dia sbb siang saya pantang sendiri. Anak sulung nenek dia jaga. Siang husband kerja. Selalu cakap kat diri sendiri u kena kuat. Kena strong. Kadang terfikir nak stop ja usaha untuk breastfeeding. Dengan allergic ubat tambah susu domperidone. Bila makan jadi gatal2 dan sesak nafas. Saya punya nak usaha jugak tambah susu try pujuk suami untuk benarkan aku makan jugak tapi dia tak bagi. Dan sungguh kalau tak nanah hari tu saya takkan stop bagi direct feeding kerana bila stop lah masalah susu drop ni jadi. Kalau boleh pump tu okay jugak ni pump pun tak boleh.

Bila jadi macam ni sungguh saya rasa beranak hari tu senang lagi. Rasanya saya rela masuk ot balik kena czer bagai banding nak kena macam ni. Hari tu masa baby masih hisap susu badan walaupun sakit sampai ada kala menitis air mata tapi saya tetap bahagia bila tengok dia tido kekenyangan. Tapi sekarang saya rasa useless. Rasa diri ni ibu yang tak berguna. Ibu yang tak betul pun ada. Yalah ibu normal mana ada marah marah anak yang baru usia tak sampai sebulan kan. Tapi saya tak sengaja..saya termarah dia sebab rasa sedih sangat kenapalah baby reject mama. Sekarang ni pun rasa fikiran ni kosong..rasa macam buntu..Tolong..bantu saya bagi kata kata semangat..saya tak tahu nak luah pada siapa..

– Teratai Putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *