Cadangan Yang Tidak Mampu Diutarakan

Cadangan Yang Tidak Mampu Diutarakan

Salam admin, terima kasih kalau publish. Hehe.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera untuk semua pembaca. Sekadar pengenalan, saya pelajar degree yang bakal mengakhiri sem 4 yang berbaki lagi 4 sem.

Bercerita sedikit tentang kos saya yang saya ambil ni, sepanjang saya belajar dari sem1 sehingga sekarang, agak banyak perkara membuka mata dan minda saya. Banyak perkara yang saya nak utarakan tapi saya bukan siapa siapa.

Isu remaja dan kanak kanak yang tidak mempunyai sahsiah bukan perkara asing lagi dalam isu semasa di Malaysia ini. Tak usahlah saya sebut kita semua sudah sedia maklum betapa parahnya situasi kita sekarang.

Baru baru ni saya ada baca komen dari salah seorang orang yang berpengaruh dekat negara kita tentang isu bantahan pesta beer. Beliau memaklumkan kenapa beliau tak setuju dengan bantahan yang dibuat. Mungkin dari sudut pandangan ahli politik pandangan tersebut boleh diterima ramai tapi bagi saya sebagai seorang muslim, kita ada banyak sebab kenapa ianya dibantah. German menerima pelarian atas faktor kemanusiaan tiada kena mengena dengan pesta beer tradisi mereka. Ya itu tindakan yang baik dari German tapi untuk membiarkan pesta beer mula bercambah di Malaysia adalah tidak patut pada pandangan saya.

Beliau juga menyentuh isu pendidikan Islam kepada murid sekolah yang tidak berapa ditekankan di Malaysia. Dalam konteks ini sedikit sebanyak saya agak setuju kerana hampir segala perkembangan pengetahuan bermula dari sekolah atau tempat pendidikan. Dan inilah dia cadangan yang saya tak mampu utarakan, saya hanya mampu kongsi disini. Berbalik dengan kos yang saya ambil terdapat beberapa subjek yang buat saya banyak berfikir.

Jika diwujudkan satu subjek wajib untuk setiap pelajar diMalaysia ini, iaitu subjek Sejarah Islam yang merangkumi segala sejarah Islam dari Nabi Muhammad – Abasiyah – Turki Uthmaniah, segala Tokoh tokoh Islam yang sepatutnya kita kenal dari kecil ( supaya ruh untuk hidup kerana Islam hidup subur dari kecil ) sebagai contoh teladan, Imam Ghazali, Al Farabi, Sultan Muhammad Al Fateh, faktor faktor kegemilangan, faktor faktor kemerosotan. Agar wujud satu generasi yang kembali membangunkan ruh Islam dinegara kita ini.

Sejarah Islam bukan sepatutnya diajar sedikit sedikit, sejarah perlu diajar semuanya agar kesilapan masa lampau tak berulang. Belajar dari sejarah. Sejarah Islam ini adalah sejarah milik kita, kita yang muslim ini.

Bagaimana bermulanya serangan pemikiran ( sekularisme liberalisme feminisme dll) dan bagaimana untuk mengenalpasti agar tidak temasuk dalam golongan ini. Budak budak zaman sekarang advance kot. Kadang kadang ada yang mengamalkan sekularisme dan liberalisme tanpa mereka sedar itu sebenarnya bertentangan dengan Islam.

Jati diri yang kuat perlu bermula dari sekolah. Dari rumah. Kita hidup dan berada di zaman fitnah. Kalau bukan kita yang berusaha untuk bantu anak anak Islam kita siapa lagi. Selamatkan jiwa jiwa pemuda pemudi Islam kita. Tanggungjawab kita semua.

Sekian coretan tidak seberapa dari saya. Jika ada reaksi positif saya akan kongsi isu yang lain pula. Salam alayk :)

– Solehah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments