Cantik Aturan Allah

Cantik Aturan Allah

Assalamualaikum semua, aku terfikir nak share pasal takdir hidup aku dengan semua dalam page ni. Ok, aku berasal dari utara, dan mula bekerja di kuala lumpur selepas aku grad memang aku struggle cari kerja dan aku kerja dengan satu syarikat yang agak besar jugak kat malaysia ni.. ok aku umur dalam 25 tahun masa ni cuma aku nak ingatkan balik lah kenangan aku sebabnya sekarang aku dah 30++…time umur aku macam ni orang sekeliling aku selalu push pasal jodoh, sampai tahap aku malas nak jumpa kawan- kawan aku bukannya apa sebab aku rasa down dan rasa sedih.

Kawan-kawan aku kebanyakannya semua dan bertunang, dah ada boyfriend, jadinya kalau keluar aku je yang single, aku sikit pun tak cemburu cumanya aku selalu pikir nanti aku takde kawan dah nak lepak sebab semua bakal berkahwin, kalau jumpa topik yang diorang sembang mesti tanya aku dulu ‘tak jumpa lagi ke’, aku sampai malu dah, dah tak tahu macam mana nak cari, kalau korang nak tahu aku try macam- macam baitul muslim, tinder, till jannah, jom chating semua ni ada yang aku kenal tapi semuanya tak lekat, maybe bukan jodoh aku dalam ni.

Lepastu haritu aku balik kampung, ibu dengan ayah aku pun tanya aku, huhu part ni aku paling sedih sebabnya aku cerita dekat mak aku pasal ni, mulanya aku malas nak cerita sebab aku malu nak luah- luah ni tapi aku cakap jugak mana taw mak aku ada calon hahahaha.. lepas tu aku cerita mak aku dengar je dan lepas tu mak aku cakap jodoh ni kan rahsia Allah, sampai masa dia adala mungkin jodoh aku Allah simpan lagi nak bagi time yang sesuai.. sebak aku nasib baik mak aku tak pernah push aku, aku terasa jugak sebab dalam family aku semuanya kahwin awal so aku je lambat skit ,. lagipun ada lagi orang yang lebih tua dari aku tak de jodoh lagi..lepas tu malam tu aku bangun tahajud teresak- esak aku doa, esok paginya aku bangun aku buka facebook aku terbaca satu post dia cakap kita akan diuji dengan apa yang kita risau.. kalau kita risau dengan jodoh jodohlah jadi ujian kita, kalau risau pasal duit duitlah ujian kita dan lain- lain.

Setiap malam aku tahajud wey, sebab apa sebabnya dari situ datang kekuatan aku, aku dah tak bimbang dah, tak risau dah sebab banyak benda aku boleh buat dalam hidup aku, soal jodoh biarlah Allah menentukan.. bukan aku tak usaha tapi dah tiba masanya aku bertawakal kepada Allah.. kalau takde rezeki aku kat dunia mungkin rezeki aku yang lain Allah gantikan huhu… aku pun enjoy kerja, kumpul duit, makan sedap-sedap, keluar jalan- jalan… balik kampung aku belanja mak aku adik aku, beli apa yang diorang nak, soal jodoh tu aku pikir kekadang tapi aku percaya dan yakin dengan kuasa Allah.

Aku pun dah tak keluar sangat dengan kawan-kawan aku tu sebab aku tak nak diorang bagi aku rasa macam tu… masa umur aku 28 tu aku baru kawen … tu pun dengan kawan satu tempat kerja aku, memang aku tak sangka langsung aku kahwin dengan dia, mana taknya dekat tempat kerja aku tu memang aku kenal dia, tapi aku memang tak bercakap pun sebab dia ni jenis muka ketat, lagipun muka dia ada tahi lalat besar juga dekat pipi hahahaha aku selalu ejek dengan kawan aku, sebabnya kalau datang department dia ambil fail mesti dia dengan muka ketat dia tu senyum pun takde muka serius macam nak ajk gaduh.. last-last tahi lalat tu la suami aku aduhh lawak betul bila teringat hahahaha… bila aku fikir balik sekarang ni orang yang aku kejar tu kalau bukan jodoh aku bukan jugak tapi orang yang kita tak kan pernah sangka dan tak pernah terpikir tu la jodoh kita…

Sekarang pun aku dah ada 2 orang anak, alhamdulillah syukur, kawan- kawan aku yang ada boyfriend tu, yang bertunang tu pun ada yang masih lagi tak kahwin, sebab tu la jangan terlebih yakin dan jangan terlebih sedih sebabnya Allah tu dia dah atur cantik punya jalan hidup kita.. untuk kawan kawan dalam ni jangan risau bab jodoh sebabnya Allah dan tulis dekat kita siapa jodoh kita silap hari bulan orang tu dekat je dengan korang cumanya belum sampai masanya .. chill okay!

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments