Cara Jimat Yang Mudah

Assalamualaikum. Aku cuma nak share cara aku dan suami berjimat dalam zaman najib ni. Semoga ada yang mendapat manfaat dan kalau ada yang nak tambah kat ruangan komen aku sangat alu-alukan.

Gaji aku dan suami kalau digabungkan boleh cecah 15k. Tapi kami masih berbelanja secara sederhana. Caranya selepas dapat gaji, kami cuma tinggalkan rm1300 dalam akaun yg kami guna bersama. Duit selebihnya kami gunakan untuk bayar komitmen (sewa rumah, pengasuh, bayaran ansuran rumah,kereta, bagi parents dll) dan simpan dalam ASB/tabung haji. Rm1300 tu untuk duit makan suami isteri, duit barang dapur, duit minyak dan duit nak enjoy sikit2 kalau ada lebih.

Waktu kami mula-mula kerja dulu, gaji tak sebanyak ni pun. Tapi lepas gaji dah makin banyak pun kami masih kekalkan lifestyle yang sama. Masih guna kereta yang sama. Dan sebenarnya RM1300 tu tak berapa mewah pun. Duit minyak sahaja dah separuh sebab pakai dua kereta, tempat kerja masing-masing lain arah dan jauh. Belum cerita bab tol lagi.

Setiap kali beli barang dapur, kami setkan limit/had RM100 ke bawah. Barang basah kami selalu beli di Giant/Tesco sebab aku rasa sini lagi murah dari kat pasar malam atau pasar tani. Ayam 3 ekor untuk seminggu selalunya aku pilih yg kecil-kecil so dapatlah Rm 25-30 semuanya. Sayur pulak tiga/empat jenis. Pampers, sabun basuh, sabun pinggan, sabun mandi, shampoo ubat gigi dan lain lain selalunya aku beli kat lazada/shopee. Aku akan borong banyak-banyak terus buat stok sebab selalunya akan ada diskaun/voucher. Geli-geli pun mesti akan ada less 15% atau beli Rm50 diskaun Rm10. Harga pun memang dah murah pulak tu. Siapa yang tak reti guna lazada/shopee cubalah belajar. Banyak boleh jimat.

Baju anak pulak banyak beli kat Longwan. Kat KL n belah utara pun ada cawangan dia. Waktu anak aku baru nak lahir, memang aku shopping sini je. Sepasang baju baby tu baru RM4.90 kot. Murah sangat. Setakat nak pakai kat rumah dan rumah pengasuh beli murah-murah sudah lah. Kalau baju cantik sikit yang boleh bawak jalan RM10 sepasang pun ada. Stroller dan walker pulak aku beli preloved je. Cuba tengok kat Carousell. Yang duduk kat KL/Selangor memang banyak pilihan dan boleh buat COD. Mainan pulak beli kat kedai RM2/Eco.

Dan kalau boleh, bawak lah bekal pergi kerja. Jimat masa dan duit. Lebih-lebih lagi aku kena kejar masa nak solat dan pam susu. Bila bawa bekal pergi kerja memang jimat masa tak payah beratur beli makanan. Oh ya, kalau ibu-ibu yang menyusu badan macam aku lagi lah boleh jimat banyak sebab tak perlu beli susu formula. Tapi apa-apa pun ni rezeki. Kalau takde rezeki susu badan tak apa. Kita cuba jimat bab lain ya.

Yang paling penting, jangan terikut gaya hidup orang lain yang suka bermewah. Kalau banyak duit pun tak semestinya kita kena belanja semua sampai habis. Ramai staf aku yang pakai kereta hebat-hebat dari aku. Ada juga yang menjuih mulut bila tahu aku beli barang preloved (janji barang cantik dan boleh guna lagi so why not kan). Pekakkan telinga sajalah. Aku cuma berjimat, bukan kedekut. Zakat dan cukai aku tunaikan. Melancong setahun sekali. Itu dah cukup bagi aku.

Mungkin ada yg gaji lebih rendah. Tak apa. Mana2 tips yang boleh buat korang boleh cuba buat ya. Lagi best kalau ada yang boleh share tips lain lagi. Terima kasih.

– Mrs AK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit