Cara Membantu Insan Tersayang Yang Depressed

Assalammualaikum.

Lately banyak confession pasal depression , sampai ada yang menghentam/muak etc, ada juga yang memberi nasihat. Ramai yang sebenarnya sudi membantu tapi kadang-kadang buntu, dah macam2 kata semangat dah bagi, tapi macam takde effect je. So, macam mana sebenarnya nak tolong?

Saya pernah menjalani rawatan Major Depression di salah sebuah hospital gov di KL, dan saya harap, apa yang saya share ni dapat bantu sama ada untuk yang sedang mengalami depression atau yang INGIN MEMBANTU & BERI SUPPORT kepada insan terdekat yang sedang depressed.

1. Cari info tentang Depression

Untuk apa? Untuk FAHAM APA YANG SEDANG DIALAMI oleh orang yang depressed . Kena faham depression ni bukan semata-mata kesedihan atau stress. Boleh baca semula confession insan-insan yang sedang diuji ni. Ada yang tak rasa apa-apa langsung. Ada yang rasa nak bunuh diri tanpa sebab dll. Sewaktu saya di hospital (saya ulang alik hospital hampir 3 tahun untuk rawatan ) , saya banyak berjumpa dengan pesakit lain yang ditemani ahli keluarga.

Kebanyakan ahli keluarga fokus kepada SEBAB, ‘ Kenapa dia depressed? ‘ . Ada yang kata sebab stress kerja, sebab kena tinggal dengan boyfriend.

Solution dari ahli keluarga ?
Kalau stress kerja, awak kena tukar kerja lain. Kalau kene dump dgn bf, cari kekasih baru.

Kebanyakan pesakit yang saya jumpa ( sekarang dah jadi kawan2 sy ) , datang dari pelbagai umur & bangsa. Ada yang 20an, ada yang kerja oil and gas, ada yang tgh buat phd, even ada yang dah ada cucu. Tapi almost semuanya TAK SUKA bila orang tanya ” Kenapa boleh jadi macam ni? Apa punca awak macam ni? Apa sebab awak stress? Apa sebab awak depressed? ”

Percayalah, mereka yg tengah depressed ni pun tertanya-tanya setiap hari, “Kenapa aku macam ni? Why me? ” . Saya sendiri, sampai sekarang, tak dapat nak gambarkan apa punca sebenar saya mengalami depression. Mungkin disebabkan persekitaran kerja, mungkin saya lonely. Banyak sebab.

Jadi, cari info yang betul tentang depression & jangan fokus untuk sebab semata-mata. Saya faham, kalau tak tau punca, macam mana nak tolong? Betul tak? Kalau betul-betul nak bantu, fahamkan diri tentang depression bukan setakat apa & mengapa, tapi fokus lebih sikit dekat BAGAIMANA NAK BANTU dengan betul. Yang nak membantu pun , kena set mindset kita untuk BERSEDIA UNTUK LEBIH MEMAHAMI.

Asyik suruh yang depressed tu je ubah mindset kan? Nak minta orang ubah mindset, kita pun kena lah bersedia ubah mindset kita. Baru dapat aura positif gitu :)

2. Bantu dari sudut kehidupan harian.

Untuk yang sedang depressed, kadang-kadang sampai tahap nak jalani hidup ni pun takde daya dah. Mandi makan tu rasa macam tak perlu dah. Rasa nak tido memanjang tak nak nampak cahaya matahari pun, tapi bila pejam mata, air mata meleleh memanjang rasa loser betul diri ini. Sekejap loser, sekejap rasa nak tekup bantal kat muka bior takde nafas dah. Jangan pandang mudah imaginasi orang yang depressed ni ye.

Yang tak pernah rasa, mesti konfius kan?

Untuk yang dah sampai tahap tak nak makan mandi etc, tak mampu nak jalani hidup mcm orang biasa, kalau kita kawan sebilik / suami isteri/ ahli keluarga, ajak dia untuk makan tapi JANGAN PAKSA. Kalau dia tak nak makan nasi, ajak makan apa-apa yang dia suka. Ajak makan makanan yang lebih ringkas, kuih contohnya.

Kadang-kadang, ada sesetengah family/ housemate suka makan ramai-ramai kan? Untuk yang sedang depressed (juga yang mengalami anxiety disorder) , nak makan beramai-ramai tu amatlah overwhelmed. Membebankan perasaan dia. Jangan paksa untuk makan ramai-ramai atau makan di luar. Always ajak, tapi jangan paksa. Jangan berhenti ajak juga sebab suatu hari nanti, bila dia dah bersedia, dia akan join secara sukarela.

Kalau hari ni ajak makan sama, esok tak ajak dah. Bila sampai waktu dia terdetik nak join makan sama-sama, dia akan pikir 2-3 kali, rasa akward & ragu-ragu untuk bercampur semula dengan ahli keluarga yang lain. Sebab dia fikir, ‘takpelah, they are better without me. Dah biasa dah makan takde aku’ .

Untuk lebih sweet & caring, boleh belikan/ masak food , hantar kat bilik dia dengan nota emoticon smile.Cukup dah emoticon tu. Jangan pi buh tazkirah panjang pulak.

Dulu, suami saya nak pancing suruh saya mandi, dia belikan shower foam baru. “Yang, shower foam baru ni. Best pula tu bau die”. Nampak simple, tapi terpancing la juga saya walaupun tengah depressed xde jiwa waktu tu.

Salah satu saranan doktor untuk orang depression adalah exercise. Take steps slowly, instead of ajak pegi exercise, ajak die pergi berjalan light2 kat depan rumah atau buat stretch simple depan tv. Hari ni mula dengan jalan-jalan dalam 5 minit. Besok mungkin boleh jalan dalam 15 minit. Jangan terus suruh pegi gym atau cakap ” Pegi la exercise”.

Apa jua aktiviti seharian yang kita nak minta dia buat, ajak dengan baik setiap hari, ambil aktiviti yang mudah-mudah dulu & jangan paksa.

Ada rasa macam mengada-ngada ke? Haa.. kena sabar la sikit. Asyik suruh yang depressed tu je sabar, Kita tak depressed normal sihat jiwa emosi ni kena la sabar juga. Sama-sama sabar, baru la datang kemanisan kejayaan.

3. Komunikasi yang berterusan

Ramai yang mengalami depression tak nak jumpa orang, tak nak cakap dengan orang walaupun dengan orang yang paling rapat, mcm suami isteri / adik beradik. Sebenarnya, ada mixed feelings & thoughts dalam sanubari mereka. Bukan tak nak dibantu, tapi rasa belum bersedia. Rasa menyusahkan orang. Rasa helpless dan takut. Bermacam-macam lagi rasa yang tak dapat digambarkan sepenuhnya.

Jangan cepat mengalah bila mereka tak nak jumpa/tak nak cerita. Jangan push untuk mereka bercerita. Bila berjumpa, cukup kalau kita bercerita hal-hal yang biasa. Cerita pasal weather, movie, apa-apa yang dia suka. Teruskan berkomunikasi macam biasa, tapi jangan la over pi gossip pasal jiran sebelah pulak. Ini menambah negativity, sakit kepala die dengar. Berpada-pada & sekali sekala tanya juga kalau dia perlukan bantuan apa-apa.

Apa yang selalu terjadi, ramai yang tiba-tiba menjauhkan diri sebab takut tersalah kata atau tak tau nak kata apa. Bukan kita je rasa akward, yang sedang depressed itu pun sebenarnya lagi-lagi lah rasa janggal dan alienated. Sebarang rasa negatif dalam hati kita lebih mudah dirasai oleh orang yang depressed berbanding rasa positif.

4. Faham bahawa setiap orang adalah berbeza

Ada orang introvert, ada orang extrovert. Jika sebelum depressed, memang dah introvert jenis tak suka cakap dengan orang, sewaktu depressed, jangan kita push dia untuk bercerita atau duduk dengan orang. Sebab dia tak selesa sejak azali lagi untuk senang-senang bercakap dengan orang.

Analoginya, bila kita batuk, ada yang senang baik bila makan ubat cap ibu dan anak. Ada orang tak baik-baik, tapi bila minum air lemon tiap hari, baik pula batuk die.Setiap orang, ada ubat yang berbeza yang sesuai dengan dia.

Sama juga dengan depression.

Bila kita cari info tentang fighting depression, ada yang syorkan cara barat ( exercise, makan makanan berkhasiat ), pengambilan supplemen , perubatan islam, group therapy dan sebagainya.

Pengalaman sendiri, saya menjalani kesemua yang di atas tetapi bukan semua mempunyai efek yang baik untuk saya. Ada yang berkesan tetapi sekejap, ada yang lagi tambah kekosongan jiwa saya. Saranan saya, kenal dahulu personaliti asal orang yang sedang depressed itu, supaya kita tahu cara mana yang lebih sesuai.

Ada orang , yang jiwanya mudah dijentik dengan ayat-ayat ketuhanan, cth : Bertabahlah , ini ujian yang Allah bagi untuk lebih dekat dengan Dia, kerana sayangkan hamba-Nya.

Ada orang yang rasa makin insaf dengan ayat ni. Tapi, ada juga yang rasa ayat ni buatkan dia rasa lagi loser & berdosa, buatkan dia lagi tak nak jumpa orang & terus meratapi hidup sampai rasa nak bunuh diri.

Sewaktu saya depressed, saya sangat TIDAK TERMOTIVASI dengan sebarang nasihat berbaur ketuhanan dalam bahasa Melayu. Saya rasa orang yang bagi nasihat tu tak kena uji mcm ni, boleh la cakap – ini bahasa kasarnya pada waktu tu.

Tapi suatu hari, suami saya cakap, ” yang, The Almighty always love u ” dan terus saya menangis tak henti2 sambil berkobar perasaan nak pergi sujud di tikar sejadah waktu itu juga. Mungkin saya ini jenis yang tak suka kena tazkirah panjang-panjang, cukup ayat yang ringkas padu jitu. Mungkin juga saya mudah dipujuk dengan kata-kata sayang. Wallahualam, saya tak pakar bahasa.

Point saya adalah – setiap orang berbeza jentikan hatinya. Untuk pilih rawatan atau self-healing, nak bagi nasihat, nak bagi semangat, pilih yang suit dengan jiwa orang yang sedang depressed. Bukan jiwa kita.

Jadi, jangan lah kita rasa down bila jenuh kita bagi kata-kata semangat, tapi takde satu pun yang nampak macam berkesan di hati. Dah macam-macam cara kita buat, takde satu pun yang membuahkan hasil. Kena faham, hati manusia bukan kita pegang, Allah yang pegang. Mungkin solusi yang kita pilih sebenarnya tak sesuai utk si pesakit, ada lagi solusi lain yang lebih kena dengan jiwa dia.

5. Be supportive & tidak judgemental

Point yang ni berkait rapat dengan point sebelum ni. Sewaktu saya menjalani group therapy, kaunselor saya sarankan kepada suami saya utk selalu peluk saya. Untuk saya, cara ini sedikit sebanyak membantu saya merasa selamat, rasa macam ada bahu tempat nak menangis.

Tapi untuk salah seorang patient di situ, dia merasa jijik untuk dipeluk oleh ahli keluarga. Adik patient tu meluahkan rasa tak puas hati, kata kakak dia ego & pentingkan diri.

Di sini, amatlah penting, utk caretaker bersikap LAPANG DADA, respect & support keputusan pesakit. Mungkin sekarang dia rasa tak selesa, tapi mungkin ok pada masa akan datang, siapa yang tahu?

Contoh lain, kita selalu cakap dengan orang yang depressed,

“Berdoalah dengan Tuhan, rapatkan diri semula untuk diberi kekuatan. Jaga hubungan dengan Allah”
” Join usrah , bergaul dengan kawan2 will make u feel better ”
” Doc cakap kau kena keluar jalan-jalan. Ambik angin sikit. Try something new”
” U need help, kau kena cari kawan tempat luah perasaan, Jangan pendam sengsorang ”

Instead of cakap-cakap yang menyuruh begitu & begini, apa kata kita ubah sikit :

” Saya selalu doakan awak, diberi kekuatan sebab saya tahu Allah sayang awak, & saya tahu awak sebenarnya kuat ”
“Kalau awak nak try, jom kita join usrah sama-sama. Mana tau we will find something new”
“Jom kita sama2 try something new. Jalan2 depan tu je. Hari ni 5 minit je ”
“if u need help, nak luah perasaan, i’ll always be here ”

Ayat yang di atas dengan ayat yang di bawah mana lagi supportive? Tunjuk supportive bukan dengan cara u need to do this, u need to do that. Betul, kita nak bagi nasihat. Nasihat manja2 kerna sayang gitu. Tapi lebih cantik kalau kita bersungguh-sungguh sama2 nak bantu, bukan sekadar cakap2 kosong. Kami yang depressed ini, sebenarnya, always try to seek for help. Mungkin tak nampak the real struggle & exhaustion inside, tapi bila diberi ayat menyuruh itu ini, bukan membantu tapi makin ‘membatu’kan kepala kami.

Kalau tak tau sangat nak cakap apa, apa yang sy buat utk tolong kawan2 saya afterwards (lepas dr cakap sy dah sembuh), saya doa dalam hati. Kalau sempat solat lagi bagus, doa dalam sujud. Minta la dgn tuhan, Ya Allah, bagi la ak kata-kata yg baik yang menggerakkan hati dia / buka la hati dia untuk bercerita masalahnya padaku.

Sebab saya tak reti buat ayat2 memujuk. Lepas doa, insyaAllah, Allah bagi jalannya. Maybe kita rasa mcm, eh ape benda ak cakap ni, tup2 die tergerak pula hati nak bercerita & semakin lega meluangkan masa dengan kita. Ingat, hati manusia bukan kita yang pegang, Allah yang pegang.

Saya faham, utk yang ada isteri/suami, ahli keluarga atau kawan2 yang depressed, yang duduk sekali dengan kita, kadang2 kita rasa tertekan tak tahu nak buat macam mana. Kita tak tahu apa yang dia fikir, kita risau kalau dia buat benda yang bukan2 – ini apa yang diceritakan oleh ahli keluarga mereka, juga ahli keluarga saya suatu masa dulu.

Tetapi, fahamilah, this fight is not your fight alone. Kita rasa stress, apatah lagi yang sedang merasa sakitnya. Kita rasa exhausted, apatah lagi yang sedang struggle merasai ‘the real pain’ inside.

This fight takes never ending effort, passion & compassion.

Sabar & approach lah dengan penuh kasih & belas kasihan. Sebagaimana Allah ajar kita, ayat pertama al-Quran pun, ” Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang “.

First approach dari Tuhan pun penuh lembut & kasih sayang, walhal Allah berhak nak buat ayat Dengan Nama Tuhan Yang Maha Berkuasa / Maha Esa.

Tapi itu yang Allah ajar bila nak bagi love letter dkat hamba-hambaNya.

Jadi jangan ragu-ragu dgn the power of love, ok?

To fellow depression fighters, u are super strong, more than u ever thought. Believe , don’t lose faith because U ARE WORTH IT.

Hopefully coretan panjang2 ni membantu, minta maaf salah silap, saya manusia penuh khilaf.

ps : utk yg tak merasai sama ada sebagai ahli keluarga/orang terdekat atau yang mengalaminya sendiri, please be kind with the comment. Stop the assumptions, spread the love. Bukan utk saya, tapi utk orang2 yang membaca, mungkin ada di kalangannya sedang mengalami depression. Tq in advance for being human & considerate.

– Bekas Pesakit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit