Carilah Keberkatan Rezeki

Assalamualaikum semua..

Tujuan aku menulis bukan untuk mengaibkan mana2 pihak, tetapi ini sebagai pengajaran untuk semua dan iktibar serta motivasi bg diri aku sendiri.

Selepas aku menamatkan pelajaran 4 tahun lalu, aku terus berkerja di sebuah syarikat swasta yang sangat besar. Pada mulanya, niat aku hanya untuk mengumpul duit kahwin sebelum mendapatkan pekerjaan yg benar2 mengikut kelulusan pengajian. Tapi lama kelamaan aku bekerja di sini aku jadi seronok. Sebab kawan2 sekeliling yang supportive dan head department yg sporting & sangat baik.

Setelah itu, aku naik drpd satu anak tangga ke satu anak tangga dan skarang aku memegang jawatan sebagai head department. Bila dah pegang jawatan ini, jobscope semua jadi berbeza. Orang sekeliling kau pun mula tunjukkan respond yg berbeza. Sejak aku dipindahkan di cawangan yang baru ni, perjalanan hari-hari aku makin mencabar. Kena tembak dengan big boss & head department lain itu normal.. dah jadi makanan seharian.

Walaubagaimana sakit pun dugaan aku terima, aku mmg takkan putus asa. Sebab aku terapkan, keberkatan dlm mencari rezeki. Selama berbulan-bulan aku kat sini mmg byk aku makan hati, aku dicemuh, org pandang rendah kat aku, org fitnah aku sampai lah baru3 ni ada org kenakan aku sehingga aku kene sign memo. Takpelah, kadang2 dalam aku hati2 dengan dunia politik kotor dunia pekerjaan, kalau dah terkena akan terkena jugak. Betul tak?

So aku pun ambil keputusan untuk berpindah ke cawangan lain atau ambil keputusan untuk berhenti. Sebab aku terlalu kecewa dgn sikap org sekeliling aku. Dan aku taknak teruskan dalam komuniti yang negatif macam ni. Big boss mmg sangat marah bila aku ambil keputusan nak berhenti. Aku persoalkan,

1. Apakah berkat rezeki seseorg tu kalau berejam2 curi masa waktu lunch hour?
2. Apakah berkat rezeki seseorang tu kalau selalu sibuk tabur fitnah dan jaja keburukan org lain?
3. Apakah berkat rezeki seseorg tu kalau pandai berlakon depan boss bekerja. Belakang boss mengular?

Big boss aku terdiam. Kenapa aku yg betul2 bagi komitment kpd pekerjaan hari2 aku, tp hidup aku diganggu? Tapi kenapa perkara2 yg aku sebut kat atas takde apa2 tindakan pun? Aku bukan jenis suka jatuhkan org lain apatah cari salah org lain. Selagi aku boleh bekerja gunakan tulang 4 kerat ni, aku akan buat.

Ingat, carilah keberkatan dalam mencari rezeki. Jikalau kau rasa kau dah lakukan yg terbaik, tetapi Allah dah tetapkan rezeki kau sampai di situ mungkin ada hikmah atau bala yang Allah nak selamatkan kita. Bagi kawan2 yg menerima nasib yg sama as in ditindas, dibuli atau difitnah dgn rakan2 sekerja, jangan putus Allah. Doalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sumber rezeki halal yang lain. Ingat, rezeki yg halal itulah penentu keturunan kita, darah daging kita. Mungkin hari ni mereka di atas menindas, jangan lupa mereka masih ada keturunan. Apa-apa pun kita berserah pada Allah.

Allah Maha Mendengar lagi2 pada hambaNya yang teraniaya.

– Maisarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit