Casual (Ignorant) Racism

Casual (Ignorant) Racism

Okay, straight to the point.

Semua orang tahu what racism is. Kalau cek Merriam Webster, its ‘racial prejudice or discrimination’. Dan kita as Malaysians perkataan racism tu dah macam nasi campur. Dalam social media hari-hari ada lalu kat wall, in one form or another.

‘Melayu ni malas. Cina ni akan ganyang pekerja dia sampai nak mampos. India gangster.’

Tapi masalahnya is that ada juga yang belum terbuka dengan racism in an international level. Simple saja. Kalau kau selesa cakap ‘eh tak suka la kondo aku duduk ni ramai orang kulit hitam duduk. Rasa tak selamat.’ Kau jangan la mengelegak bila terdengar foreigners kata ‘I dont feel safe sitting next to a muslim in aeroplanes.’

Gitu. What goes around comes around.

Kau suka pukul rata semua pendatang yang kerja buruh ni jahat-jahat. Kau tak tahu ramai diorang tu kene scam dek agensi yang bawak masuk mereka ke Malaysia. Mereka susah, datang nak carik rezeki. Kau? Kau kata diorang datang nak porak peranda demokrasi negara Malaysia.

Itu law makers kita yang seleweng. Bukan diorang. Of course memang ada yang buat hal. Tak dinafikan. Masalah buang sampah rata-rata. Masalah setinggan. Masalah gaduh antara satu sama lain. There is bound to be a bad apple in every in every barrel. Jadi jangan la pukul rata. Kau pun tak suka kalau orang pukul rata semua muslim tu terrorist kan?

Kedua. The ’N’ word. Mungkin kurang pendedahan kita di Malaysia sebab mungkin kurang consume international infomations that matters. So ni nak bagitahu kepada siapa yang tak tahu: the word ‘n*gro’ or ‘n*gga’ IS NOT OKAY. Kenapa? Google. Nak mak cik bentang kat sini panjang sangat. Kalau malas then save dalam otak that its not a word you can use.

Ketiga. Baru-baru ni ada seorang MUA buat tutorial yang ramai orang call her out saying its Blackface. And it is blackface. Regardless of niat murni dah sampaikan ilmu mekap orang tona kulit sawo. Kenapa? Sebab walaupun sekarang apartheid dah takde dan status orang of African ancestry dah sama level sekarang, ianya dilihat satu point ejekan bagi mereka sampai sekarang. Penghinaan. Nak info lagi lanjut, google. Hadam. Faham. Jangan buat. Jangan repost. Kalau nak mekap tona kulit gelap, carik member kulit gelap suruh dia tadah muka.

Mana-mana agama ajar supaya do not do harm onto others. Be it physically or verbally. Jangan peka pasal racism kalangan kita-kita saja. Local. Since globalization of economy and how internet has basically eradicated national borders, its high time to Malaysian citizens to start being mindful to others as well.

Thank you for reading.

– Humanity101

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit