Chantek

Assalamualaikum. Selamat hari raya!

Maaflah saya terus straight to the point sebab tak ramai yang suka baca ayat bunga bunga dulu kan. Saya cuma nak cerita sedikit pengalaman saya dan saya harap boleh jadi inspirasi kepada semua wanita di luar sana. Sebab saya perhatikan perempuan di luar sana semakin ramai yang hilang tahap keyakinan dalam diri. Memang banyak jenis perempuan dalam dunia ni. Ada yang kurus acah gemuk, yang cantik acah hodoh,buruk dan sebagainya. Tapi bukan jenis ni yang saya nak cerita. Tetapi perempuan yang merasakan diri mereka fizikal mereka ada kekurangan. Yang menyebabkan mereka rasa malu nak berdepan dengan masyarakat. Low confident level dalam hidup.

Kepada perempuan yang gemuk,yang kulit gelap,sawo matang,yang muka berjerawat,yang kurus macam lidi,yang ada muka pucat macam mayat,yang rasakan awak yang paling buruk dalam dunia ni. Kalau selama ni takde siapa yang katakan ni pada awak semua harini saya nak katakan pada awak yang you’re so beautiful. Awak sangat menawan. Awak perfect and pretty in the ways you are. Saya rasa saya nak pergi pada setiap wanita ni nak bagitahu betapa cantiknya diri awak. Jangan paksa diri,berhenti seksa diri awak untuk jadi seperti orang lain. Yang ada masalah berat badan berhenti tahan diri daripada makan sampai sakit,yang ada kulit gelap berhenti tepek bedak sampai kelabu muka,yang muka penuh jerawat stop cuba macam-macam produk yang merosakkan lagi kulit awak. Sebab benda macam ni lah yang akan membuatkan keyakinan diri awak semakin menurun.

Saya cakap berdasarkan pengalaman saya. Ya,saya seorang yang gemuk,gelap dan muka penuh jerawat. Tiada kawan,kalau ada pun jadi bahan lawak dorang je. Selalu menangis sebab saya rasa diri saya ni lah manusia yang paling hodoh. Selalu dengar orang mengumpat dan rasa nak lari jauh mungkin ke planet lain. Saya cuba macam macam produk kurus, putihkan kulit,skincare semata-mata nak jadi seperti apa yang orang harapkan. Saya nak jadi macam orang lain cantik nak ambik gambar pun takdelah kena cover itu ini. Saya sanggup berlapar berminggu-minggu sebab nak kurus then saya end up kat hospital. Hati saya hampir rosak kesan produk yang saya ambil. Saya bersyukur tuhan masih selamatkan saya. Saya berhenti ambil semua produk. Dan saya mula belajar terima diri saya sendiri. Setiap hari saya berdiri depan cermin perhatikan badan dan muka saya cuba senyum dan kata “aku cantik seperti perempuan lain” setiap kali orang ejek saya memang rasa down gila tapi saya tak biarkan benda macam tu pengaruhi saya. Saya tak tunjuk yang saya lemah. Memang ambil masa nak build up confident level tu,saya ambil masa bertahun. Dan pada akhirnya saya boleh terima diri saya seadanya. Girls,bila kita dah boleh terima diri kita seadanya walaupun ada orang hina kita takkan terkesan dah pada diri kita. Trust me.

Ramai yang akan kata “cakap senanglah tapi kau tak rasa” wait a minute saya seorang perempuan yg beratnya 120 kg. Jalan pun susah,lari sikit dah mengah. Nak duduk dalam kereta pun orang macam ragu ragu je. Saya dah lalui semua tu lebih 7 tahun. Hitam tambah pula jerawat penuh kat muka lelaki pandang pun tak selera. Takde lelaki pun dekat dengan saya. Sebagai perempuan kita mestilah risau about this things. Then saya bagitahu diri saya,saya tak perlukan lelaki yang tertarik pada fizikal saya. Saya percaya ada lelaki yang tertarik dengan personaliti saya bukan sebab rupa. Dalam masa yang sama saya start amalkan cara hidup yang lebih sihat. Jogging setiap minggu,kurangkan gula,makanan berminyak. Sebab orang gemuk macam saya senang nak dapat penyakit according to doctor. Tapi apa yang saya buat tu buatkan berat badan saya sikit je merosot. Tapi saya tak pernah putus asa. Cuma kali ni mungkin niat saya dah bertukar tak obses kurus untuk cantik tapi kurus untuk sihat pun dah cukup. Sampai saya berjumpa dengan seorang lelaki. Nak kata kacak mesti lah handsome boleh kata crush lah tapi saya sedar diri takkan lah dia pandang saya si buruk ni. Haa masa ni confident dah menurun balik. Hahaha because of one man. Tapi yang saya terkejut dia nak berkawan dengan saya despite of my condition. Dah 7 tahun tunggu saat macam ni. There’s a man yang sanggup terima saya seadanya. Dan kami dah selamat kahwin pun hihi. Walaupun keluarga dia tak suka saya sebab condition saya tapi saya tak kesah pun yang penting suami saya sayang. Cuma lepas kahwin suami banyak encourage saya. Kitorang start exercise dan dia tak pernah berhenti support saya. Saya pernah tanya dia tak malu ke jalan dengan saya dah lah hitam. And his answer “ramai yang mengaku hitam tu warna classic,menawan tapi tak ramai yang boleh terima orang berkulit gelap. Awak cantik cuma awak yg tak nampak sebab selalu bandingkan diri awak dengan perempuan putih” tersentap uols.

Berkat kesabaran saya dan usaha yang tak berhenti setahun saya kahwin berat saya yang sebelum ni 120 kg turun ke 56 kg. Dah slim,balik kampung suami haaa ternganga habis mulut. Dulu sibuk duk mengata kan. Macam mana boleh kurus? Selain jogging saya pergi gym masuk kelas menari. Menari ni cara paling best nak kurus sebab boleh release tension sekali kan. Jaga makan. Saya dah tak obses nak putih sebab saya memang cantik dengan kulit asal,cuma saya mula belajar make up sikit sikit nak cover flaws kat muka. Dan saya juga kumpul duit buat facial sebab kulit sensitif kan jerawat pun alhamdulillah tinggal parut. Tak mampu nak buat selalu facial cuma kumpul duit dua bulan sekali boleh pergi. Tu pun yang murah ja. Sekarang semua orang dah mula buat baik tapi saya tak layan bukan apa sebab masa saya buruk mereka jauhkan diri kata saya jijik. Hihi

To all girls yang ada pengalaman macam saya. Dont worry banyakkan sabar dan usaha dengan cara yang betul. Jangan obses nak cantik dengan cara cepat sebab semua beri kesan pada dalaman kita. Yang mana risau takde lelaki nak kat korang,jangan risau akan ada sorang lelaki yang pandang dan cintakan korang bukan sebab fizikal tapi sebab hati korang yang baik. Macam suami saya. Hihi jangan give up walaupun kena hina sebab mereka yang hina tak lalui apa yang kita lalui. Pandang depan jangan toleh belakang kuatkan semangat. Duduk depan cermin katakan yang anda boleh dan cantik. Keluar dengan rasa confident. Selama 7 tahun saya puji diri sendiri. Jangan malu puji diri sendiri sebab bila kita buat secara tak langsung kita mula hargai diri kita dan belajar terima kekurangan diri sendiri. yang mana rasa kulit gelap tu pergi belajar cara make up dengan betul sesuai dengan kulit awak. Bukan sapu bedak sampai kelabu habis muka. Ia akan rosakkan lagi penampilan awak dear. Make up bukan sebab nak tarik perhatian lelaki tetapi sebab nak naikkan tahap keyakinan awak sayang.

To all those person yang tak habis-habis nak kutuk kekurangan orang lain please stop it. Jangan gurau tentang berat,tentang kecantikan wanita lain,tentang kekurangan orang lain. You just dont know how much they struggles to have a body like yours. Kalau tak mampu nak bagi kata kata semangat jangan nak hina kekurangan orang. Tak jadi pada awak tak apa lah. Awak tak tahu mereka sakit hati tentang gurauan awak walaupun mereka tak cakap. And last part,girls stop feeling insecure with other pretty girl on instagram. Youre also a pretty girl! Go and buat apa yang mereka buat with a high confident! Trust yourself. You are beautiful no matter what they said words cant brings you down baby. Saya sayang semua wanita dan saya tak nak tengok wanita menyeksa diri mereka sebab ini. Wake up and get started. Tiada siapa yang mampu ubah awak kalau bukan diri awak yang mula.

Itu sahaja. Harap pengalaman saya boleh jadi sumber inspirasi kepada semua wanita yang mempunyai masalah yang sama. Terima kasih sebab sudi baca :)

– Perempuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit