Cikgu, Sayangilah Aku Juga

Assalammualaikum, aku Azza, budak tingkatan 5. Mungkin ada yang fikir kat sini “kenapa budak tingkatan 5 tetiba nak menyemak?”

Aku sedia terima teguran dan nasihat. Aku cuma budak 17 tahun yang nak bersuara tetapi tak dapat. Jadi aku luahkan kat sini.

Mak aku seorang guru yang mengajar mata pelajaran matematik, aku pula cuma seorang pelajar yang sangat lemah dalam pelajaran tu. Aku hidup dari tingkatan 1 dengan kata hinaan. Setiap kali dapat keputusan peperiksaan matematik, akulah salah seorang pelajar yang paling lemah dan kadang2 dpt 3% je. Aku setiap malam cuba belajar matematik, lepas solat, aku belajar. Lepas baca quran, baca doa, aku belajar. Aku cuba semua benda, tapi aku tak mampu. Smpikan stu hari aku give up, aku menangis smpi berhari2 fikirkan markah yang hancur. Aku buat semua tu utk mak aku. Aku tau ramai cikgu kutuk2 mak aku sbb tak reti ajar aku. Sejak dr sana hidup aku mcm tak tentu, semua cikgu kutuk aku, kutuk mak aku.

Masa tingkatan 3, aku duduk kat kelas tingkatan 3, aku mmg kelas pertama sejak dari dlu, tapi aku slh seorang yg paling lemah dlm kelas tu. Cikgu yg ajar matematik buat aku makin benci kat pelajaran tu(walaupun aku tau, aku tak sptutnya buat cmtu) asal ada mata pelajaran matematik, aku mmg slalu malas nak dtg sekolah sbb takut dia kutuk aku. “Mak awak tak ajar awak ke?” “Mak kau kat rumah apa je? Dia tak ajar kau?” “Kau nak jadi apa? Tukang sapu?” “Mak kau reti ajar anak org, pahal anak sendiri tak ajar?” “Mak guru matematik, anak bodo” “Kau ni otak pungut longkang ke?

Kenapa mak kau tak bagi otak sikit” sikit sikit dia nak kaitkan mak aku. Sikit sikit mak aku. Aku setiap kali matematik, stu hari pun tak pernah dia tak kutuk. Siapa je tak sedih? Tu semua bukan salah mak aku. Tu salah aku. Aku slalu tahan air mata, kengkdg smpi tak mampu gila nak tahan, mengalir jugak pastu cikgu mesti “dah tingkatan 3, menangis je kerja kau, suruh mak kau pi lapkan la”. Ada sesetengah ckgu yg baik gila, tapi ada sesetengah yg.. Asal pandai dorang yg dilambung naik, semua benda org pandai. Asal org pandai je kena puji lebih. Aku ada kwan ni, dia mmg budak pandai lah dlm kelas.

Skolah kitaorg lebih fokuskan kat budak yang pandai berbanding yang lemah. Yang pandai disanjung tinggi, setiap masa buat kelas tambahan. Yang kurang pandai ni dibiarkan merosot, tanpa ada apa2 tindakan. Lepastu dihina dicaci dikutuk sbb tak pandai. Kadang2 rasa tak adil, kenapa yang pandai, dinaikkan menjulung2 tinggi? Smpi buat kelas tambahan, bagi tips2 utk score pt3 kat yg pandai.

Sedangkan budk yg lemah dibiarkan buat semua benda sendiri, kelas tambahan takde, tips utk pt3 pun takde. Semuanya diberikan kat budak yg pandai. Sedih jugaklah,kitaorg langsung tak dpt tonjolkan bakat. Dalam pidato, pertandingan apa semua, mmg budak pandai je sapu. Padahal kitaorg tk dpt langsung nak tonjolkan apa yg kitaorg bagus. Alhamdulillah lps pt3 markah matematik aku okay sikit,taklah gagal cuma dpt D je hahahahaha kira dah bersyukur gila dpt D

Bila dah masuk tingkatan 4, aku kena tempatkan dengan kelas akaun, aku menangis tiga hari sebab tak mampu. Nak usaha macam mana pun tak mampu, aku nak pindah kelas sastera, kelas sastera mcm kelas ke 8. Pastu jumpa lah stu cikgu ni, dia panggil mak aku, pastu ckp kalau aku ambik kelas ni, aku takda masa hadapan.

Dia kata kenapa nak turun kelas paling bawah? Tak kesian kat mak ke kena kutuk2 cikgu lain sbb “anak bodoh” nak pindah kelas bawah. Aku tak pernah rasa kelas sastera kelas bawah, aku dah solat istikharah, aku rasa mmg hati aku nak msuk sastera. Aku tk nak fikir dah apa org kata, mak aku pun setuju je dia kata aku ada hak nak tentukan hala tuju aku sendiri. Aku terharu sbb ada mak yg supportive. Tapi cikgu yg urus pemindahan kelas tu bagitau lah macam2 kat aku. Dia kata “budk sastera takde masa depan, kebanyakkan budak sastera jadi tukang sapu je.

Ada yang kat rumah tengah jaga anak, ada yg tgh cri kerja. Peluang pekerjaan susah nak dpt. Nak masuk University pun payah, kau hidup nak makan rumput je ke?” Aku taktau apa nak describe perasaan aku time tu, depan mak aku, dia ckp mcm tu. Bila aku dah pindah, ckgu2 lain pula menyebok, pastu kutuk2 yg mak aku ni manjakan anak, sbb biarkan masa depan anak hancur. Tapi takpelah, cikgu kan, kena hormat. Dorang kutuk mcm mana pun, aku ttp kena hormat. Dorang yg bagi ilmu kat aku. Kalau ada cikgu yang terbaca ni, aku setiap hari doakan cikgu supaya dapat bukakan mata utk terima org macam aku

Terima kasih sbb membaca, walaupun tunggang terbalik, ayat mcm budak tadika. Aku terima nasihat dan teguran, tolong berikan nasihat dn teguran yg baik supaya aku dpt betulkan kesilapan aku.

– Azza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *