Cinta Lelaki Suka Bola Sepak

Assalamualaikum . Terima kasih admin sekiranya tersiar.

Aku tak ada cerita gempak macam orang lain , hanya nak buat satu confession, mungkin mewakili mereka yang senasib dengan aku. Nasib yang macammana?

Mencintai seorang lelaki yang mencintai bola sepak!

Obviously aku seorang wanita, bercinta dan berkahwin dengan seorang lelaki si peminat bola sepak tegar. Tapi bukan pemain mana mana kelab, main atas dasar hobi atau rasanya aku rasa lebih sesuai pakai perkataan obses !

Gila tak obses kalau sampai tahap tak dapat sepak bola dalam seminggu tu, confirm demam! Haha.. Ya, tak ada salahnya untuk minat / obses pada bolasepak sebab tak salah langsung disisi agama. Korang baca dulu point aku seterusnya ni.

Me as well, peminat bolasepak jugak. Kira boleh la nak ajak sembang pasal bola. Kat rumah aku banyak join suami tengok bola. Nampak best, tapi tak sebulu bab team favorite. Aku team setan merah, dia team yang tengah gayat sekarang ni. Jadi adegan kutuk mengutuk gelakkan team lawan tu biasa lah antara kami. Haha..

Sebagai isteri mithali, dan sebab aku pun suka bolasepak, aku sokong je minat dia ni. Ikut pergi stadium, ikut tengok bola kat luar, teman main pes, jadi pompom girl dia setiap kali lepas final, jadi nurse dia setiap kali injured. Semua aku buat bukan nak tunjuk kami loving couple, tapi atas dasar menyokong minat suami.

Dan sebab dia rasa aku sangat supportive, sudahnya makin ligat pulak ber tournament sana sini hampir setiap minggu. Liga sana sini ,futsal hampir setiap malam. Tepuk dahi aku wey!

Dia lupa, dia bukan lagi bujang macam dulu. Kawan kawan masih muda, tiada tanggungjawab tiada tanggungan. Tiada yang nak tunggu setiap kali balik lewat, tiada yang nak kisah nak pergi mana, pukul berapa nak balik , selamat ke tidak, injured ke tidak. Dia lupa agaknya.

Tak salah bermain bola sepak, tiada larangan dalam agama. Hobi apapun yang kita suka, cukuplah sekadar hobi. Jangan sampai terabai perasaan orang sekeliling.

Mungkin ada mak yang perlukan bantuan anak lelakinya, mengharap dapat membantu kerja berat di rumah, mungkin ada sang kekasih yang memerlukan saat terlalu perit untuk keseorangan, mengharap si buah hati sebagai penghibur duka lara, mungkin ada seorang isteri sedang mengeluh penat seharian menguruskan anak dan rumah tangga, mengharap sang suami sudi mendengar supaya hilang rasa beban dan lelah.

Masalah ini memang remeh, yelah main bola sepak je pun,bukan main judi main kayu tiga. Jadi, kalau kerana perkara remeh ni boleh jadi isu pertengkaran, tak rasa rugi ke??

Sebab tu dalam sesuatu hubungan kena ada tolak ansur lebih lagi dalam rumahtangga. Kena faham minat pasangan, jangan paksa dia minat apa kita minat.

Contoh perempuan memang minat shopping, penat macammana pun rasa nak tercabut pinggang asal dapat cuci mata rasa heaven da. Bagi lelaki yang gila bola,penat macammana pun lutut koyak kepala darah asal dapat main memang puas hati deep se deep deep nya.

Tapi semua ni perlu ada hadnya. Ada batasnya. Jangan rasa asal kita puas hati, dah benda tak salah so kita decide pekakkan telinga butakan mata tutupkan hati. Faham tak apa point aku nak sampaikan ni??

Conclusion nya, mencintai seorang yang mencintai bolasepak bukanlah teruk sangat. Rasa terabai, rasa dia lebihkan kawan, rasa dimadukan oleh bola sepak itu rasa yang normal buat mereka yang senasib dengan aku.

Nasihat aku, biarkan je. Jangan halang tapi kena selalu ingatkan dia, segala penat lelah dia main bola tu, setiap peluh yang menitik, setiap luka yang dapat tu berbaloi tak untuk keluarga? Untuk bangsa dan agama?

Kalau suami aku, dia jawab berbaloi sebab dapat memanjangkan silaturrahim. Adohai.. Alhamdulillah la.

Sekali lagi aku nak tekankan, minat /obses pada hobi tu tak salah, yang salah adalah bila ianya melampau batas dan had hingga terabai perasaan orang sekeliling atau ianya langsung tak mendatangkan hasil. Lainlah kau tu safiq rahim k! Dah memang kerja dia sepak bola.

Lastly, maaf andai ada yang terasa. Hanya mewakili mereka yang senasib. Haha.. Be fair guys! Give and take! Baru bahagia. InshaaAllah..

Glory glory man united! Eh!

– Mrs.ManU

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit