Come On La Wanita!

“Bimbang pasangan cari lain sebab muka dah tak berseri,amalkan makan…. ?”

“Takut dipandang jijik oleh pasangan sebab ketiak hitam? Gunalah produk…. ”

“Risau pasangan lari sebab badan dah menggelebeh dah berlemak lemak,lakukan perkara ini utk pikat hati pasangan anda semula… ?”

Biasa dengar benda2 ni? Xcukup dengan tu, keluar pulak ayat2 gini:

“Lelaki suka perempuan yang berbaju kurung,nampak ayu dan asli,so xyah la pakai t-shirt n seluar sgt,xmanis”

“lelaki lebih gemar perempuan yang pakai tudung bawal daripada shawl,jadi kurang2 kan lah pakai shawl”

“kena rajin masak sebab lelaki cari wanita yang pandai dan rajin masak, baru la wife material”

“lelaki ni suka wanita yang berdikari, maka kena belajar berdikari”

Who cares lelaki suka apa dan xsuka apa? Who cares for God sake?!

Cukup tak faham wanita yang buat sesuatu hanya kerana lelaki suka atau xsuka benda tu. Sangat menyedihkan org yang ada pemikiran yang cetek dan terkebelakang ni.

Don’t you get it yet? Do things because of YOU! Serikan muka, usaha pulihkan mana mana kawasan diri yang rasa perlu dipulihkan, hilangkan lemak dalam badan, buat semua tu sebab kau sedang membawa diri kau dan kau sayang diri kau. Kau nak jaga keterampilan diri kau bagi wajah nampak lebih ceria dan segar sebab kau deserve the best for yourself. Kau nak buang semua lemak2 tu sebab kau nak hidup dgn lebih sihat dan bertenaga, utk diri kau.

Kau pakai shawl atau tudung bawal sebab itu yang kau nak dan kau selesa dgn benda tu. Kau pakai baju kurung atau t-shirt and even jubah labuh hitam yang kau biasa bawa pergi exam tu pun sebab kau nak pakai, sebab kau selesa pakai. Kau belajar masak dan rajinkan diri utk masak sebab itu asas kemahiran hidup yang kau kena ada utk survival diri dan poket sendiri di hari kemudian. Kau faham x ni wahai perempuan2 semua?

Why bother so much what man likes and dislike? Sampai bila kaum korang ni nak jadi menyedihkan dan melayan diri sendiri hanya sebagai alat utk kepuasan dan preference org lelaki? Come on people, wake up la! Ape yang kau takut sangat lelaki kau cari perempuan lain? Apa jaminan yang kau ada kalau celah ketiak kau dah xhitam, muka kau dah berseri, dan badan kau dah tak ada lemak, maka suami kau akan lekat dan pandang kau je?

Fed up betul la wanita2 cetek akal macam ni. Kau xfaham2 ye? Org lelaki ni xpernah puas dan kalaulah dia jenis xreti jaga mata, jaga hati, jaga iman, jaga rumahtangga, dan jaga nafsu, sempurna macam mana pun kau dia akan tetap melilau dan terbeliak pandang perempuan lain.

Bukan lah aku maksudkan depan laki kau boleh selekeh2, boleh busuk2, boleh xreti masak tu semua, bukann! Bukak sikit hati tu boleh x? Buat semua tu sebab diri kau, bukan sebab laki kau,atau org2 lain! Sebab bila kau sayang diri kau dan treat yourself well, org juga akan sayangkan kau dan treat kau well. Kalau dah kau layan diri kau macam alat kepuasan suami kau je, atau layan diri kau dgn apa yg sedap mata org lain pandang, diorang pun ambik kesempatan je la dekat kau atas kelemahan dan kebodohan kau sendiri.

Aku mula nampak trend fikiran gini lama dah. N skrg makin galak pulak ditambah dengan iklan2 kecantikan dkt fb, ig, n tv tu semua. Tu perenggan pertama smpai ketiga aku tu aku petik kat iklan2 kecantikan la. Buruk betul pemikiran tu tau x? N yang paling lebih aku xfaham, you people especially woman, why why and why on earth laaa korang buy to that idea, bersetuju dan lantas berebut2 “pm” “pm” sebab nak beli produk tu, sebab takottt laki korang lari. Nak diketuk kepala sorang2 karang dikata dayus sebab pukul perempuan pulak. Zaman dah milenium, alak fikiran tahap zaman tok kaduk lagi.

Lepas tu mula la mengadu kau kaum yang lemah dan ditindas lelaki la, dimanipulasi dan ditipu hidup2 oleh lelaki la, semuaa yang buruk2 pegi tuding balik jari kau dekat org laki. Kau yang kurang bijak sebab buat sesuatu disebabkan kami, bile kami tak respon macam yang korang expect, kata kami pulak yang bodoh. Serius la takkan dah berpuluh tahun hidup pun tak boleh lagi nak buat sesuatu sebab diri sendiri?

Kau bukan snow white lemah yang hanya mampu tidur kejung dan cuma boleh bangun lepas dapat sentuhan putera raja!

Kau ada hak sendiri, kau ada daya upaya sendiri, kau ada akal dan boleh pilih sendiri, buatlah sebab kau! Bukan sebab org lain, bukan sebab suami kau, bukan sebab boyfriend kau, bukan sebab nak dapatkan perhatian kami org lelaki ni! Pedulikkanlah apa kami suka pun. Laki kau tu, kalau memang dah nak cari lain, xtak kira la lawa cantik meletup letup macam mana pun kau, dia cari lain jugak. Bab tu biarlah org lain pulak yg cakap, aku malas nak ulas lebih2 psl lelaki ni, bukan siorang baca pun panjang2 ni.

So wanita kesayangan hamba, berubahlah. Kau bukan patung pameran sesuka hati designer nak hias kau mcm mana. Kau buatlah sesuatu sebab kau nak buat. Sebab ianya akan bagi kelebihan dekat kau. Sebab ianya akan buat kau bahagia. Dunia ni dah terlalu hiruk pikuk,jahat dan mementingkan diri, tak perlu buat utk mereka. Harap ni sikit sebanyak dapat bagi pengajaran dekat kita semua. Maafkan bahasa aku yg terkasar..bayangkan lah aku macam abang2 korang yang taknak org lain ambil kesempatan terhadap korang. Bayangkan lah aku macam ayah korang yang xnak anak perempuan dia dilihat lemah..

Iman

– Iman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit