Crush dan Confess Pada Umur 30-an

Saya adalah seorang ibu tunggal, ada seorang anak berusia 3 tahun. Saya berumur 34 tahun. Terlalu banyak ujian yang berlaku pada saya pada tahun 2016, dan akhirnya saya move on dengan sambung master full time di salah satu IPTA . Tak pernah terfikir untuk cari calon suami dalam masa terdekat ni sbb matlamat utama ialah nak jaga anak (yg sy masih fight custody di mahkamah syariah), dan habis kan master. Matlamat kedua ialah cari kerja baru.

Dalam masa 10 hari ini dalam bulan Ramadhan, pada minggu final exam, saya baru sedar yang saya crush pada salah seorang classmate saya yang masih bujang dan berumur 36 tahun. Nama dia A. A sudah dalam semester terakhir, dan saya baru semester 1, cuma kelas digabungkan bila dah master ni. Crush pada A bila dah masuk minggu final exam, selama pengajian dlm semester Februari-Jun ni, hanya kawan biasa mcm dengan classmates lain. Crush ni memang perasaan yang indah dan berbunga-bunga. Terasa ada harapan baru menanti. Macammana boleh crush? Bila masing-masing cerita life masing-masing, kebaikan dia, tips study, layanan dia pada anak saya yang kadang-kadang saya bawa ke kelas. Persahabatan kami bermula dengan sebuah kejujuran.

Crush ni boleh berlaku pada sesiapa sahaja tak mengira usia. Mungkin beza antara high-school crush dengan middle age crush ialah matlamat kepada sesuatu relationship yang diharap untuk dibina. Matlamat saya adalah untuk crush feeling ini bersambung dengan ikatan sebuah pernikahan yang halal dan crush hari-hari bila sudah di dalam perkahwinan. Bagi saya, crush itu tidak salah, perasaan crush adalah normal dan wajar disalurkan ke tempat yang betul. Tambahan pula, saya pernah berkahwin, jadi saya tahu cabaran dan dugaan, realiti dalam sesebuah perkahwinan. Ini adalah crush pertama saya selepas 16 bulan bercerai dengan bekas suami. Saya cuba elak untuk fall dalam perkahwinan atau relationship (serik), tapi saya tak mampu nak lawan kehendak fitrah bila jatuh hati pada A tanpa sengaja.

Semalam adalah paper terakhir kami, selepas ini dia akan grad, dan saya akan sambung semula pengajian untuk semester ke-dua. Saya tidak mahu berlama-lama larut dengan masalah hati, dan saya tak mahu keluar dating sbb dating atau perbuatan couple sebab saya tak suka couple without nikah. Jadi saya buat satu sweet note untuk confess feeling saya pada A. Saya solat hajat pada waktu Dhuha sebelum pergi exam supaya Allah bagi saya kekuatan untuk confess, dan jika ianya baik, izinkanlah saya untuk confess sebab saya tak mahu masalah hati makin membarah. Biarlah perasaan crush ini saya lepaskan semula pada Allah SWT.

Lepas final exam semalam, lepas sessi bergambar dengan kawan-kawan sekelas dan lecturers, saya panggil A dan saya cakap saya nak berbincang. Sangat susah untuk saya nak mulakan confession berdepan dengan A – iye, saya berdepan dengan realiti, berdepan dengan crush saya. Keyakinan diri sangat rendah sebab saya perempuan (oh culture di Malaysia kan apa-apapun lelaki yang kena confess dulu), dan juga sebab saya seorang janda.

2 jam saya ambil masa untuk susun ayat, cerita dulu tentang kehidupan dan ujian then barulah sampai kepada apa yang saya cuba confess kepada A. A sungguh sabar mendengar apa yang saya mahu luahkan, dan A sebenarnya bila saya slow talk, dia lebih dari apa yang saya kenal di dalam kelas (makes me fall to him even more). Saya tanya A apa pendapat dia tentang crush, A jawab “crush is a valid feeling and you cannot dismiss it”, Alhamdulillah dia mengerti perasaan fitrah ini. Dengan seluruh kekuatan dan tenaga mental, saya confess perasaan crush saya pada dia dan saya bagi note yang saya dah print sebelum datang exam. Ini kandungan note/surat saya. “Dear A, I’m not that pretty, I’m not that smart, I’m clumsy and messy. I only have kindness, honesty and loyalty. I’m sure there’s tons of girls who are better than me, but I like you and I just can’t shake you out of my head. Can I know you more? -saya-”

Respons A selepas crush confession saya pada dia ada 2;
1. A cakap “I am excited that you crush on me”
2. A pesan pada saya untuk banyakkan doa sepanjang Ramadhan ini, malaikat turun setiap malam dan Allah juga turun setiap malam tanya apa hajat kita

Alhamdulillah terima kasih kepada Allah yang menguatkan hati saya untuk luahkan perasaan. Kekuatan mental perlu ada. Inilah dia adult communication, it’s open and candid communication, got outcome, timely and SMART (specific, measurable, ahievable, relevant and time-bound). Tak perlu apa-apa hadiah, dating ke untuk ambil perhatian. Saya pilih cara direct – bagi saya, cara ini lebih selamat dan saya harap keredhaan Allah, dan Allah izinkan saya confess.

Saya rasa terharu dengan jawapan A berkenaan confession saya – saya tak rasa sense of rejection pun. Tiada kata putus ya atau tidak dari A berkenaan hasrat saya untuk mengenali dia lebih dekat, dan akhirnya berkahwin. Saya tunggu jawapan dari A.

Solat terawikh malam semalam adalah syahdu semangat, setiap rakaat solat Fardhu dan terawikh saya menangis, lebih syahdu pada rakaat ke-5 dan ke-8, saya dah lepaskan perasaan crush ini pada A, saya serahkan pada Allah. Bila saya sujud, saya rasa Allah sayang saya, Allah bg saya ujian-ujian hebat sepanjang 2016: bercerai dan job retrenchment, kes hadhanah anak, dan terbaru tahun 2017 ialah ujian crush… Tiada siapa boleh tolong saya melainkan Allah. Saya rasa saya disayangi Allah bila ada ujian-ujian ini. Saya rasa juga saya diselamatkan oleh Allah, sbb dah mula ada fikiran nakal saya – why not keluar sama2 untuk berkawan – semua ini menjurus kepada couple. Allah selamatkan maruah dan agama saya.

Kepada A, “I’ll wait for your answer. There are yes or no answer only, which both answers need us to move on”. Inilah dia kehidupan.

– Hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit