Cubaan Dakwah Di Oversea

Cubaan Dakwah Di Oversea

Terima kasih admin sudi post.
Saya harap korang boleh baca habis before comment yang bukan bukan.

Assalamualailkum semua. Saya nak cerita pengalaman saya belajar di luar negara. Negara belah barat, di UK to be exact. Saya dari sekolah agama kampung je, dulu time dapat tawaran belajar UK kawan kawan saya yang lain selalu cakap, kenapa pilih negara barat? Ramai kalangan rakan rakan saya pilih negara timur tengah, ye lah sekolah agama kan. Saya time tu tak explain betul betul kenapa, bila dah berada di UK baru saya lakukan apa yang saya hasratkan selama ni.

Tujuan saya adalah untuk cuba berdakwah indirectly dengan orang non-muslim ni. Saya fikir alang alang saya diberi peluang untuk belajar di luar negara ni saya patut cuba walau sedikit untuk cerita pada non-muslim di sini betapa indahnya Islam. Sebagai perempuan saya berhijab, awal2 je flatmate ada tanya kenapa pakai. Perlu ke pakai, kena paksa ke pakai. Saya explain simple je, tak kena paksa saya ikut ajaran agama saya to be modest. Also it can be a great fashion accesory. Omputih tu pun angguk angguk je lah kepala dia. Pernah dia minta ajar cara pakai hijab sebab dia suka tengok cara saya pakai, nampak cantik katanya.

Saya memang pilih accommodation di dalam uni. Ambil bilik paling murah, satu tingkat tu ada dalam 10 orang campur laki perempuan, melayu dengan orang bukan melayu semua ada. Aku paling rapat dengan perempuan omputih depan bilik aku Anne, dengan lelaki omputih sebelah bilik aku Johny. Dorang ni macam macam soalan tanya tentang Islam, sebab dorang ni budak uni so fikiran dorang takdalah kolot sangat yang fikir Islam = terrorist. Pernah Anne tu tanya, saya ni virgin ke. Saya cakap lah, I save myself for my future hubsand, gitu. Anne tu pun cakapa bagus aku buat mcam tu, sebab dia menyesal bagi virginity dia dekat lelaki dia tak suka. Gitu pula, tapi lepas tu saya cerita lah agama kita memang tak benarkan untuk lakukan benda tu before kawin. Anne makin curious dia tanya, kenapa tak boleh? Macam mana kalau dapat husband yang tak reti buat? Gitu banyak soalan dia, saya pun explain panjang2 kat dia tentang pengharaman zina ni. Surprisingly dia mengaku benda tu betul, dan patut diikuti. Cuma dia still rasa hukuman zina tu barbaric. Bab tu memang susah nak convince kan dia.

Pernah juga saya ada group assignment, suatu hari dorang nak bincang kat bar di uni kitorang ( yes ada bar kat uni aku ni) sebab sorang tu ada kerja kat sana lepas perbincangan tu. Awkward nya bila sorang tu offer nak belanja beer, dia tak sempat tanya saya tiba tiba satu gelas beer muncul kat depan muka saya ni. Terpaksa lah tolak dengan baik cakap saya tak minum arak. Dorang punya muka terkejut tu kelakar. Sebab dorang ni tak pernah kawan dengan muslim, sebab tu dorang tak sedar saya tak minum arak. Dorang pelik tanya, kenapa tak boleh? Kalau tak minum saya buat apa? Dorang Siap cakap rugi tak minum tak rasa nikmat dunia. Saya pun explain dari kisah Islam benarkan arak, dan kenapa arak tu diharamkan. Wei muka dorang serius gile time dengar saya explain tu. Saya yang malu, sudah lah kena explain in english, time tu english saya serabut lagi sebab tiba tiba kena explain pasal arak pula.

Ada yang pelik kenapa kena solat lima waktu, pernah sorang flamate saya Chrissy termasuk bilik saya time tengah solat. Dia jerit2 panggil saya, siap pelik kenapa saya tak respon haha. Time tu nasib baik dah nak habis solat. Saya memang ada janji nak discuss assignments sama sama kat bilik saya, so saya memang tak kunci pintu tunggu dia. Dia yang terdatang awal dari waktu yang di plan. Penat nak explain kenapa kita orang islam ni solat, sebab Chrissy ni atheist.

Cakap pasal atheist, memang susah gile nak explain kat orang macam ni. Setakat ni saya baru jumpa sorang Chrissy tu lah, nasib baik. Takut wei nak cakap dengan orang macam tu mengenai agama ni. Macam macam soalan dia tanya. Mana tuhan kita? Kalau tak nampak kenapa nak sembah? Kenapa percaya buku ancient (Quran, bible, etc.)? Kenapa pakai tudung? Betul ke agama islam ni benar? Apa beza Islam dengan Christian?Kenapa banyak sangat larangan? Kenapa buat haji? Banyak lagi soalan yang dia tanya.

Takut nak jawab, takut tersalah jawab, pernah saya jawab kenapa saya pakai tudung kat Chrissy ni lepas tu dia tanya soalan lain pula yang memang memerlukan ilmu tinggi untuk jawab. Time tu lah saya contact kawan kawan saya dari sekolah agama saya dulu yang tengah sambung bidang berkaitan agama ni. Memang dorang sangat lah membantu, terima kasih lah ye. Jawapan dari orang berilmu ni memang lagi hebat dari jawapan orang bajet ustaz kat facebook. Anyway, kawan saya yang Chrissy si atheist ni still tak percaya pada tuhan. Nak buat macam mana kan, saya dah kawan kawan saya dah cuba yang terbaik. Saya siap bagi link video Dr. Zakir Naik, dia memang kagum dengan beliau. Saya juga bagi Chrissy tafsir Quran in English bagi dia baca. Dia baca kot Quran tu hampir separuh dalam masa satu hari, tapi still tak convince. Susah nak convince kan orang atheist untuk percaya pada tuhan ni.

Tak tahu lah kalau korang rasa saya ni takdalah berdakwah mana pon, macam poyo je cerita saya ni kan? Nak berlagak pula study oversea, kawan dengan omputih bagai. At least I tried, okay. Tak semua orang ada peluang untuk berdakwah macam ni. Tak semesti nya saya kena pergi atas pentas buat ucapan preaching suruh masuk agama Islam ni pulak kan. Ilmu yang saya ada mengenai islam ni pun yang basic je. Takdalah mendalam mana. Tapi saya sentiasa minta nasihat kawan saya yang belajar lagi mendalam mengenai ilmu Islam. Mereka membantu banyak sangat, sama sama berdakwah gitu. Bagi saya berdakwah pada non-muslim agak penting dari berdakwah pada yang sudah beragama islam. Sebab dengan zaman penuh fitnah ni, nama Islam dah tercemar. Banyak kes pengganas yang claim mereka ni “islam” memang telah membuat ramai orang luar takut untuk mendekati Islam. Saya takdalah nak cakap jangan berdakwah langsung dengan orang yang dah beragama islam ni. Cuma kalau anda diberi peluang untuk berdakwah direct, or indirectly dengan non-muslim sila kan lah. Tak rugi apa pun, remember Amar Ma’ruf Nahi Munkar. Saya ni pun manusia biasa yang masih menimba ilmu.

Setakat ni tu je lah cerita dari saya. Banyak lagi cerita macam macam dari kawan non- muslim saya kat sini, yang bertanyakan mengenai Islam.Tapi dah panjang lebar pula essay saya ni. Saya tak sempat nak cerita pasal Johny tu pula. Akhir sekali, minta maaf kalau saya ada salah info, tersinggung mana-mana pihak or tersalah kata.

– Cik Putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments