Cyberbully Je Pun

Apa khabar kepada pembaca yang sudi membaca penulisan saya yang tidak seberapa. Saya harap, dikala anda membaca tajuk tertera, sila berfikir panjang dahulu sebelum memberi komen yang mungkin boleh menguris hati mangsa dan hati saya. Haha, gurau saja.

Baiklah. Malaysia sentiasa dihangatkan kisah kes buli sehingga membunuh pelajar. Ini bukanlah perkara yang jarang didengar tetapi jarang dihebohkan sedemikian sekali contohnya kes pelajar university.

Tetapi, pernahkan dengar rintihan mangsa Cyberbully? Apa itu Cyberbully? Cyberbully ini adalah pembuli cyber yang mengecam, merosakkan morality and maruah mangsa. Cara si pembuli cyber membuli mangsanya dengan cara menukar gambar asli mangsa kepada gambar bogel, membuat fake profile, menyebar fitnah dan sekian.

Oleh itu, saya ingin berkongsi kisah saya menjadi mangsa Cyberbully. Sehingga hari ini, saya masih menjadi mangsa Cyberbully. Apa si pembuli cyber buat terhadap saya? Mereka sentiasa ‘stalking’ profile facebook saya, screenshot status saya, menghina hasil lukisan saya, penulisan saya, menyebar fitnah, memalukan saya di event2 umum.

Note: Saya sangat gemar menulis dan melukis.

Saya mula menjadi mangsa Cyberbully sejak 3 tahun lepas. Segala hinaan, cacian, makian sentiasa memenuhi ruang facebook saya dan Messenger saya. Tak cukup dengan facebook, Twitter, Instagram dan media-media lain saya guna, mereka sentiasa ada dan serang saya. Pernah sekali alamat rumah saya disebarkan pada umum. Rupa saya diedit menjadi muka babi.

Block mereka? Saya pernah buat sedemikian tetapi mereka tetap ada. Tutup akaun saya? Saya pernah buat sedekian tetapi mereka masih boleh mencari saya. Sahabat saya? Mereka semua tidak berani menegur ataupun menghalang perbuatan kawan mereka oleh kerana, mereka mempunyai ‘geng yang kuat’ di alam maya. Saya dipinggirkan di alam maya dan sentiasa menangis berseorangan.
Sehingga saya menghidap depression. Sejujurnya, saya seorang sangat happy-go-lucky. Boleh bawa bergurau, berbincang dan sekian. Sekarang, saya menjadi seorang sangat sensitive, sangsi, panas baran… Atas gara-gara pembuli cyber tersebut.

Akibat depression, saya pernah sekali ingin membunuh diri kerana tidak mampu tanggung malu, perit berseorang. Tetapi terima kasih terhadap seorang sahabat rapat, dia membantu saya di saat saya memerlukan seseorang. Kenapa tidak minta tolong ibubapa? Ibubapa saya…bukanlah insan yang terbaik untuk diajak berbincang tentang isu saya. Pernah sekali saya dimaki oleh ibu apabila saya mengadu tentang masalah saya dibuli di sekolah. Dipersalahkan dan ibu sendiri membela pembuli tersebut.

Bagaimana saya boleh menjadi mangsa Pembuli Cyber? Itu atas gara-gara saya tidak suka hasil kerja saya ditukar kepada soft-porn dan teguran saya pada ex-boyfriend yang menyebar maklumat peribadi saya. Luahan saya membuat mereka sakit hati dan benci terhadap saya.

Cyberbully bunyi seperti sesuatu sangat ringan bukan? Malangnya, ia bukanlah sesuatu boleh dipandang rendah. Sedemikian mana buli cara fikizal boleh membunuh seseorang, membuli cara mental boleh membunuh mental sesorang. Membunuh cara mental sangatlah perit. Seperti diri menghiris pisau cukur perlahan-lahan pada kulit. Berulang kali sehingga ke titisan darah terakhir. Itupun, jikalau tiada sesiapa tolong membantu mangsa. Tidak semua orang mempunyai hati kental. Janganlah berkata pada mereka “Ala! Cyberbully je! Block jelah! Ignore jelah! Report jelah!”

Ia bukanlah semudah seperti anda fikirkan. Ada mangsa mampu mengingati segala bait2 cacian dan hinaan untuk jangka masa panjang. Dan untuk membuat aduan tentang pembuli cyber juga bukanlah senang. Ia memerlukan bukti yang kukuh.
Walapun saya masih dlm gengaman pembuli tersebut, tetapi saya mampu berdiri dengan sendiri dan buktikan pada mereka saya tidak akan mengalah. Perit. Sakit. Penat. Itulah bait2 kata yang saya sentiasa tuturkan pada diri sendiri.

Jikalau awak pernah menjadi mangsa ataupun menjadi mangsa, menangislah kemudian tabahkan diri mencari pertolongan. Ada satu dalam seribu akan membantu anda berdiri semula. Yang penting, anda mesti tabahkan diri, tunjuk pada mereka yang anda seseorang yang kuat semangat. Jikalau anda sedih, berkongsilah masalah dengan orang anda percaya dan rapat. Jangan pendam perasaan perit berseorangan kerana saya sudah merasainya. Dan message saya ingin semua ingat…

“Words sharper than swords”. Bahasa lagi tajam dari pedang. Oleh itu, berjaga-jagalah dengan apa anda share pada status anda. Ia kemungkinan membunuh seseorang.

– TTG

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit