Dari Pandangan Orang Biasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama aku orang biasa. aku hanyalah orang biasa-biasa. Seperti yang anda semua boleh tengok pada tajuk, ya, penulisan ini adalah luahan daripada aku sebagai orang yang biasa-biasa. Biasa-biasa pada pandangan aku yakni orang yang tidak begitu dilihat hebat, penting, mahupun orang yang dikatakan mampu mengubah sesuatu kumpulan, organisasi, negeri, negara, mahupun dunia. aku sekadar ingin meluahkan hatiku yang terbuku, tidak pilu, sekadar terpaku dan termangu.

Rata-rata hari ini orang suka berkawan atau rapat dengan orang yang mempunyai kelebihan2 tertentu. Tanpa mereka sedari, mereka akan terasa mereka juga berada dalam kalangan orang yang hebat dan secara tidak langsung mereka memandang rendah (tanpa mereka sedari) pada orang biasa2. Mereka menilai sifat orang biasa2 ini seperti sifat yang tidak boleh pergi jauh. Ya, aku sering dikatakan sebagai orang yang tidak boleh pergi jauh. Isteriku juga selalu dilihat sebegitu. Dia juga sering dilihat sebagai orang biasa-biasa yang tak pergi jauh. Alhamdulillah aku dijodohkan dengan orang biasa2.

Mereka melihat aku sebagai orang yang tak mampu untuk maju, sebab apa ? sebab aku orang biasa, keluarga pun biasa-biasa. pakaian biasa-biasa. kasut biasa-biasa, beg biasa-biasa. semasa aku bersekolah menengah, rata-rata mereka memakai kasut yang berjenama, north star, all-america, kasut yang ada simbol bintang bergaris merah (aku tak ingat nama jenama tu semasa menulis ini.) Kemudian mereka melihat kasut aku, “kasut SPARK??…eee SPARK…” kadang-kadang aku pakai kasut b-first yang murah…diperli lagi “eee..B-first….”… ok fine. Beg sekolah pulak, mereka pakai wild channel la, wild-wild west la, discovery channel, forrest apa entah, dan lain… .Aku? pakai tak berjenama, nama pun takde. mereka kata aku kolot, anak manja, hidup tak bebas, bosan. Sebab apa ? sebab mak ayah aku tak beli barang berjenama utk aku, tak bagi aku keluar ke KL sesuka hati lepak, duduk rumah belajar. bila tiba ujian bulanan atau exam, bila markah aku tinggi sikit, diperli pula “kitorang tak belajar sangat, tapi markah dekat-dekat dah dengan kau, kalau belajar apatah lagi.” sungguh aku sangat “down”. sungguh sedih bila dipandang sedemikian rupa. aku sedar aku hanyalah orang biasa, keluarga pun biasa.

suatu malam, aku terlihat surat bil air elektrik dan telefon ayah aku. dan aku terus sebak. ayahku perlu mengeluarkan banyak duit untuk menyara kami sekeluarga. bermula daripada situlah aku nekad, biarlah aku hanya orang biasa tetapi dengan usaha yang luar biasa, aku pasti boleh maju.
dan alhamdulillah, aku berjaya melepasi SPM dgn jaya. tinggallah mereka yang memandang aku sebagai orang biasa yang mengharapkan duit mak ayah untuk sambung belajar. dan aku, satu sen pun aku tidak menggunakan duit mak ayah aku untuk sambung belajar.

Di universiti pula, kisahnya hampir serupa, cuma sedikit berbeza, ya bezanya orang di universiti hampir semua adalah golongan yang hebat dan berjaya ketika di sekolah menengah berbanding pada zaman sekolah yang rata-rata daripada golongan mak ayah kaya berada tetapi anak hanya tumpang kaya. namun mentaliti masih sama, melihat orang tertentu sahaja sebagai orang yang boleh maju tetapi tanpa disedari memandang rendah pada orang biasa. letih pulak nak menulis ni. aku nak tulis benda lain tentang orang biasa-biasa sebenarnya, jauh dah menyimpang. ok lah, solat zohor dulu..

– Orang Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit