Daripada lelaki kepada lelaki.

Daripada lelaki kepada lelaki.

Dah nak raya ni, kecoh pula pasal perempuan mengadu letih sebab basuh pinggan kan? Siap ada perang drama kat twitter. Ha meh abam nak cerita sikit.

I grow up in a big family, however my mom & my sister are the only women. Bayangkan, aku adik beradik 7 orang. 6 lelaki, 1 perempuan. Termasuk ayah aku, 7 lelaki in total. Akak aku pulak anak pertama, aku anak kedua. Imagine how hard for my mom and my sister to take care for us (the men)? Kalau masa raya lagilah teruk, mak masak basuh pinggan semua. Akak lah jadi lelaki, angkat itu ini. We (men) often took women for granted. Aku pun pernah dulu masa tak matang, alah basuh pinggan je pun. Alah gosok baju je pun. Alah itu je pun. Semua nak alah tapi aku tak nak buat sendiri sebabnya AKU LELAKI. Btw, my parents are both working parents & my sister is one year older than me. Bermulanya macam ni masa aku 17tahun, mak aku jatuh sakit secara tetiba (& it was worst) & aku sorang bawak dia gi hosp. Outside from the doctor's room, aku overheard mak aku under stress yang teruk due to penat kerja office & home chores. Tapi mak tipu kat ayah sbb kurang darah je. Tapi aku tau punca sebetulnya and still buat bodoh. Pastu akak lah sorg yg jaga kita semua dari memasak, basuh pinggan, baju, semualah. Dan.. start situ jugak akak depression, makan ubat depressed. Akak masa tu belajar kat ipta. Bayangkan, balik rumah nak jaga kitorang lagi. Kitorang pulak bodoh betul, ego taknak buat apa apa sebab kitorang lelaki. Sampai satu masa, dia mungkin dah tak tahan. Dia cakap kat aku, "kau tau tak perkara paling bahagia akak pernah buat apa?? Masa sem satu, akak wajib dok kolej. Akak jauh dari rumah ni." sumpah it broke my heart. So much.

So one day, I took an initiative to do something before I lose my mom and my sister. Pelan pelan aku tolong kak aku basuh pinggan. Seminggu lepas tu, aku sbg abang sulung kerahkan pulak adik2 lelaki aku. Suruh dorang iron baju sekolah sendiri, basuh baju sendiri. Aku buat rule, clean up your own mess. Seminggu lepas tu, aku basuh pinggan dengan adik aku, aku tak suruh akak basuh sebab dia dah masak. Mak dah rehat sepenuhnya, dia cuma kadang tu sapu rumah je. Seminggu demi seminggu aku berubah, dan ubahkan adik adik lelaki aku. Alhamdulillah aku dah 21 sekarang, aku dan adik adik lelaki aku semua dah capable untk house chores (calon laki mithali). Siap masak lagi. Akak, aku dan dua org adik aku dah keluar dari rumah sbb sambung belajar. Tapi tiga org adik aku masih lagi sekolah. Still mak tak perlu buat kerja rumah, adik aku lelaki tiga org tu urus semua.

Aku tak salahkan perempuan mengeluh basuh pinggan, sebab aku pun tahu macam mana penatnya kemas rumah. In this confession, I dont want to pick on gender equality or whatsoever. But its about our conscience. Kau nak bini tak mengeluh buat kerja?? Kau kenalah jadi laki tak mengeluh kalau bini mintak tolong. Belajar masak, belajar lipar baju. Perempuan yang ada dalam hidup kita ni bukan kuli kita. Agama ajar kita untuk memuliakan perempuan, tapi bila perempuan mengeluh sikit sbb penat basuh pinggan kita yang lelaki ni kemain suka sangat nak bash. Padahal sbelum basuh pinggan entah berapa ribu kerja dah perempuan dah siapkan. Kita point out yg dorang tak buat je. Sory panjang berjela.

– Lelaki.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit