Depression?

Salam semua. Lepas beberapa minggu viral kematian artis K-Pop kesayangan korang, Jong Hyun, isu depression semakin hangat eh sekarang? Aku ada la jugak macam tengok video/artikel pasal stress / depression semua ni, lepas tu aku self-reflect, aku pernah ke ada depression? Then aku perasan, YA, aku ada! Ah sudah! Tapi bila aku imbau balik semua memang aku perasan aku ada la sikit depression. Tapi tak serious mana la sampai nak bunuh diri.

Masa aku diploma dulu, aku tak tahu apa masalah aku. Aku selalu tak senang hati, selalu menyendiri, tak boleh tidur malam, selalu termenung sorang-sorang mengenang nasib, sampai ada member marah aku sebab aku selalu sangat sorang-sorang. Kenapa aku stress? Multiple reasons la aku boleh cakap. Aku, keluarga tak lah senang mana. Ada masa memang financial crisis, mak bapak aku tak boleh nak support aku sangat. Dengan abang aku lagi, adik-adik lagi. Sampai ada masa aku tak makan 3 hari tau. Survive dengan nestum/nesvita oat tu je. Kalau dapat nasi pun beli nasi kosong, sup kosong (free) dengan telur mata je. Itu pun dah bersyukur sangat lah. Bila parents call, “ada duit tak? Cukup tak duit nak buat belanja?” Aku cakap, ” cukup je, ada je ni” padahal dalam wallet tinggal kupu-kupu je, sebab tak nak parents aku susah hati. Aku tahu cari duit bukan senang.

Tapi bila memang aku dah terdesak, aku minta, parents aku marah aku cakap aku ni boros, suka belanja duit. Kadang-kadang terpaksa tebalkan muka gi pinjam duit member sbb nak makan. Aku masalah family ni memang aku tak cerita kat member. Nak jaga aib family satu, pastu tak nak la nanti ada orang cakap aku ni macam minta simpati sebab PERNAH berlaku kat aku dulu, okay.

So, bila masalah ni kau pendam sorang-sorang dia jadi macam cancer tau. Dia merebak perlahan-lahan. Lama-lama aku sampai tak boleh nak belajar, sebab asal aku bukak buku, aku termenung lama mengenang nasib. Kadang-kadang aku menangis sorang-sorang sampai ada masa aku syak Allah benci kat aku sebab tu Dia duga aku macam ni.

Aku memang tak akan cerita masalah aku kat member tapi kadng-kadang aku diam, aku cakap “weyh, aku stress lah”, secara tiba-tiba pastu member aku tanya kenapa, aku cakap “takde papelah”. Orang depressed ni memang macam ni.. dia nak bagitau orang tapi dia tak nak show sangat. Last-last orang tak sedar, benda nya dipendam je. Lagi dipendam lagi teruk, macam cancer.

Kalau korang ada kawan macam tu, tolong la support dia. Aku tak suruh support bagi duit, tak! At least korang senyum je lah cakap, “it’s okay walaupun aku tak tahu apa masalah kau, it’s okay, jangan risau sangat lah” Aku tahu mesti ada je orang yg stress teruk macam aku dulu dan nasib baik dalam Islam kita dilarang bunuh diri. Aku kalau bukan Islam, agak nya dah terjun banggunan agaknya masa tu.

Sekarang stress lagi ke? Alhamdulillah tak dah. Aku sekarang dah okay. Rahsia aku adalah kembali kepada rahmat Allah. Aku jaga solat, mengaji hari-hari, jaga hubungan aku dengan parent aku, Alhamdulillah hati aku rasa tenang sekarang. Allah dah sebut dah dalam Surah Ar Ra’du ayat 28, “dengan mengingati Allah sahaja hati-hati akan menjadi tenteram”

Aku confident semua manusia dalam dunia ni mana ada yang tak stress, banyak, sikit, serious, atau tak serious je bezanya.. kalau korang atau member-member korang ada nampak gaya macam stress atau depressed tu, bantu lah dia. Cari satu hobi atau diversion tools yg boleh kurangkan stress. Aku stress, aku tgok movie. Ada orang stress, dia makan, dia tido, takpun dia nyanyi / karaoke. Make sure korang tahu cara nak handle korang punya stress. Depression dengan stress ni kadang-kadang bukan boleh dipandang ringan. Ada orang boleh jadi gila. Ada orang depressed sampai boleh kene sampuk / rasuk (kat kolej aku pernah jadi). Ada orang boleh bunuh diri sendiri (walaupun dia Islam). Lecturer aku pernah mengaku dulu dia depressed teruk sampai dia bercakap dengan DINDING hari-hari.

Make sure korang self-reflect whether korang sekarang tengah depress /stress tak? Or ada tak member-mecmtber korang nampak macam tengah stress? Ni dah tau member tengah stress lagi di ‘anjing’ kan member tu. Ada benda boleh dibuat gelak ketawa ada benda tak boleh.. Isu ni kadang-kadang orang ambil ringan tapi dia boleh jadi serious. Lastly aku doakan semua yang baca ni sentiasa dalam rahmat Allah dan sihat tubuh badan (fizikal dan mental). Salam.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit