Depression Survivor

Assalamualaikum

Aku masa kanak-kanak dulu seorang yg periang.. selalu kena buli dgn abang kakak..Mak aku selalu sebelahkan abang kakak aku…bagi mak, aku mengada. Aku selalu menangis..disebabkan salah yg aku tak buat. Aku tak berapa rapat dgn mak. Aku takde memori dgn mak masa aku kecik..sampai sekarang aku tak tau kenapa. Dunia aku waktu tu takde bayang mak. Aku dgn mak macam ada distance..kitorang tak pernah peluk. Kalau peluk cium tu rasa awkward. Apa lagi nak cakap elok2 atau nak cakap sayang.

Aku rapat dgn ayah. Ayah memahami aku. Kalau bergaduh..ayah tak sebelahkan sape-sape. Ayah tegas. Tapi penyayang. Banyak memori aku dengan ayah. Ayah meninggal masa aku umur 12 tahun. Aku rasa dunia gelap… aku tak pernah tengok mak menangis dari dulu sampai sekarang. Dia banyak termenung je. Aku tahu mak aku sangat kuat. Adik2 aku kecik lagi waktu tu. Aku kesiankan mak. Aku masih dalam denial stage kehilangan orang yg aku sayang.. Aku tak pernah guna perkataan “arwah”. Orang sekeliling aku, kawan2 aku, tak tau aku anak yatim.

Lepas ayah meninggal..aku rasa dah tak ada teman dan pelindung aku. Abang kakak buli aku. Mak marah aku. Satu hari…mak cakap. Kau tau kenapa ayah mati? Ni semua sebab kau.kau selalu susahkan hati dia. Sebab tu dia mati. Kata2 mak macam tikam hati aku. Aku tau mak sedih…mak mungkin nak didik aku, nak sedarkan aku. Tapi kata2 mak keras. Aku cuba muhasabah diri sendiri. Aku tanya berkali2 dalam hati, teruk sangat ke aku ni? Sampai aku punca ayah mati? Orang yg paling aku sayang… sedih tu tuhan je tau. Jiwa aku rasa mati. Badan aku bergerak, aku bernafas..tapi hati aku mati. Aku penyebab ayah aku mati. Kata2 itu terkunci dalam fikiran.

Start dari situ, aku rasa tak ada tempat aku dalam rumah. Semua yg aku buat tak pernah kena di mata mak. Aku tempat mak luah perasaan, aku juga tempat mak lempias kemarahan. Mak sangat menjaga hati abang kakak aku. Bagi dia, abang kakak aku harapan keluarga. Mereka sekolah asrama..Aku tak. Aku yg banyak uruskan adik2. Tapi aku selalu dibanding2. Seolah takde langsung kebaikan diri aku.

Jiwa aku memberontak. Aku tak rasa ada ketenangan di rumah. Aku cuba membahagiakan mak, menolong mak. Mak selalu buat aku rasa gagal… Satu je jalan untuk aku buktikan yg aku juga anak yg berguna. Aku belajar rajin2. Alhamdulillah result aku bagus. Aku cuba happykan mak , aku berjaya graduate, dapat keje aku tak pernah lupa bagi mak gaji.

Aku ingat dah takde episod banding2. Rupanya mak masih bandingkan jumlah duit yg anak2 bagi. Aku sedih.. aku terus terang dgn mak, mak nak bandingkan anak yg baru keje , dgn abang kakak yg dah keje lebih 10 tahun? Sampai bila2 pun yg adik2 takkan betul. Cuba mak ingat balik, sejak belajar u, siapa yg bagi mak duit bulan2. Rin belajar mak, rin bagi duit kat mak. Dah keje, rin masih lagi bagi duit kat mak. Sejak hari tu… mak seakan taknak terima duit aku. Aku buat muka stone… aku tak suka nak ayat2 manis, memang jenis aku straight je. Bila mak taknak terima, aku cakap suami aku yg bagi duit tu. Suami aku ada jugak bagi duit kat mak aku. Yg aku bagi pun, aku cakap suami aku yg bagi. Mak terima, dgn muka terpaksa.. Itu lah yg berlaku bertahun2.

Baru2 ni ada drama, zahir tak terucap. Aku faham sangat perasaan hisyam. Anak yg selalu dibanding,dipandang gagal. Aku teringat bila aisyah cakap masa hisham kongsikan masalah keluarganya, apa yg hisyam rasa tu..disebabkan dia tak boleh terima dan maafkan kelemahan dan kesalahan orang lain… bagi aku, aku bukan tak boleh terima kelemahan orang lain. Dalam diri aku kuat menolak penipuan dan kepura-puraan. Aku boleh terima andai ada kejujuran. Nak jaga hati dan ambil hati mak ayah, tapi berselindung…mak ayah pulak percaya bulat2. Aku tahu setiap satu rahsia abang kakak. Tapi aku pendam. Kalau aku cakap, aku lah yg buruk2 kan.

Aku sangat penat… aku mulanya tak tau jalan keluar pd masalah aku ni. Alhamdulillah aku ada suami yg jadi penguat aku. Awal2 dulu aku ada masalah dgn suami ..ye lah baru nak memahami satu sama lain. Bila kejujuran dipupuk, baru rasa ada kepercayaan. Suami aku mentally strong. Aku banyak belajar dari dia. Suami aku juga ada masalah keluarga. Tapi dia kuat. Aku slowly berubah. Aku jadi dah tak kisah apa orang nak cakap dan fikir pasal aku. Mak aku, keluarga aku. Suami selalu cakap…at the end, semua manusia akan dihisab, based on amalan masing2. Aku cuba buat terbaik, tapi orang tak nampak dan takde siapa hargai. Aku fikir sampai bila aku nak sedih. Aku tak boleh ubah diri mak aku, keluarga aku, tapi aku boleh ubah diri aku sendiri.

Aku cuba cari bahagia aku sendiri…aku belajar berenang, aku cabar diri aku sendiri lawan benda aku takut. Aku dulu takut air. Aku suka spend time dgn anak2. Aku rasa macam aku jadi budak2 balik. Aku bawak anak aku explore macam2. Aku happy… suami aku supportive. Dia ikut je apa aku nak buat. Dia pernah cakap dia taknak paksa aku, dia faham apa yg aku pernah lalui sebelum ni. Aku rasa suami anugerah tak ternilai drpd Allah. Aku suka quality time. Bila aku keluar dgn sorang anak, suami aku jagakan anak2 yg lain. Gilir2. Aku cuba beri perhatian penuh. Biar ada memori indah pada anak2. Kadang2 aku keluar sorang2, suami jagakan anak2. Kami jugak keluar sama2 satu keluarga… seteruk mana diri aku, suami terima aku seadanya.

Mungkin suami aku yg baik.. berkat doa mak aku jugak? Atau berkat doa aku? Entahlah.. tapi sekarang aku rasa bahagia. Bukan aku nak buang mak dan keluarga aku. Tapi aku mencari bahagia aku. Bahagia aku pada keluarga..aku tak dapat drpd keluarga aku. Tapi aku dapat daripada keluarga kecil aku.

Bila aku dapat pecahkan rantaian di fikiran aku, aku rasa release sangat. Aku rasa bebas.. aku dah tak fikir pasal keluarga, yg membelenggu fikiran dan perasaan aku. Aku fokus kat diri dan keluarga kecil aku. Orang takkan faham apa yg kita lalui. Aku pernah rasa depress, rasa nak bunuh diri satu ketika dulu. Menangis tak henti2. Takde siapa heran atau bantu. Lemas lah sorang2. Macam orang gila.

Sebab tu bila dengan suami…aku jadi anak2 balik. Aku dah jumpa pelindung aku. Jujurnya lepas aku dah kenal dan percaya dgn suami, aku seakan baru terima pemergian ayah. Aku belajar guna perkataan “arwah” selepas 15 tahun arwah ayah pergi.

Ingatlah pesan ini,
Menjadi mak ayah, adalah pilihan kita. Menjadi anak, bukan pilihan kita. Tak ada siapa yg minta dilahirkan ke dunia.

Setiap anak tak sama. Didikan juga seharusnya tidak sama. Ada anak yg lembut hatinya, ada anak yg kuat semangatnya. Raikan perbezaan.. jika mak ayah tidak terima anak, bagaimana mungkin anak itu akan membesar dgn sihat?

Dunia ini penuh dgn dugaan dan cabaran. Hanya dengan pelukan mak ayah..dapat beri ketenangan pada anak2. Jangan kedekut untuk peluk anak2. Mereka akan membesar dgn cepat. Di saat kita tidak menghargai kehadiran mereka, itulah yg mereka belajar. Bagaimana mereka pandai menghargai kita nanti?

Aku, masih lagi belajar untuk jadi kuat. Aku tak mampu ubah orang lain, hanya bekalan doa buat mereka. Yg berlalu biarlah berlalu. Hargai apa yg ada sekarang….

Aki rin. Terima kasih mendengar luahan aku ini.

– Rin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *