Derita Seorang Anak

Assalamualaikum kepada semua yang sudi baca luahan aku ni. Firstly, thank you admin jika sudi approve catatan luahan aku ni. Selepas asyik bertangguh, akhirnya baru sekarang aku luahkan kisah pahit tentang parents aku. Untuk makluman, aku lelaki. Tapi aku akui aku agak sensitif dan panas baran orangnya. Tak apa. Sebelum komen baca dulu, nanti korang akan tahu sikit sebanyak punca aku jadi begitu.

Hubungan aku dengan parents aku agak complicated sejak dulu. Parents aku tak seperti kebanyakkan parents orang lain dan sampai sekarang aku rasa seperti ada gap yang besar antara aku dengan parents aku. Ibu aku seorang yang garang dan strict. Sejak dulu, sebolehnya apa pendapat dan kehendak ibu, dia mahu anak-anaknya turuti walaupun aku dengan adik beradik tak suka. Jika bantah, siap sedialah terima layanan buruk dan masam muka ibu untuk berhari-hari, walaupun adakalanya hanya hal kecil. Aku dengan adik beradik diajar tak dimanjakan. Hampir semua permintaan kami tak ditunaikan seperti phone yang diberikan hanya ketika mahu masuk IPTA. Di saat ibu menolak permintaan kami mahu pakaian itu dan ini di pasar (walaupun harga murah saja), ibu boleh pula membeli jubah-jubah yang berkenan dihatinya sampai harga lebih RM50 di mall. Di rumah, beg dan kasut ibulah yang paling banyak. Aku sedar sering kali teman ibu ke mana-mana, jika dia tertarik kepada barang-barang kesukaannya, pasti dia akan beli. Padahal, barang-barang sama di rumah masih elok. Apabila ditegur, ibu beri alasan atau aku dimarahi. Seolah-olah, duit yang dikeluarkan nanti duitnya jadi terpulang kepadanya untuk beli apa saja yang dia suka. Tak hairanlah, mungkin sebab itu ibu pastikan setiap kali beli apa-apa barang kami sejak kecil sampai besar mesti ikut citarasanya, kami tak boleh buat pilihan sendiri. Dalam kalangan kawan-kawan aku, aku pernah dengar mereka dapat duit beratus-ratus ringgit sebagai belanja daripada parents mereka (family mereka lebih kurang taraf family aku) untuk membeli apa saja barang kesukaan mereka. Aku yang dengar hanya tahan sedih dan cemburu. Sebab apa? Sebab aku sendiri sangat jarang diberi belanja, lebih RM10 pun susah dapat. Mahu dapatkan RM5 daripada parents pun malu dan serba salah, walaupun sekali sekala. Jadi selalu jugalah setiap kali keluar dengan mereka, aku just guna duit aku sendiri yang tak seberapa dan hanya mampu lihat kawan-kawan tu berseronok beli macam-macam yang mereka inginkan.

Family aku bukanlah family yang susah pun. Agak berada jugaklah. Ibu aku suka bersedekah. Aku dengan adik beradik selalu menjadi penemannya ke rumah anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Ibu tak kesah keluarkan duit banyak dan membeli makanan lebih untuk orang-orang susah pada pandangan matanya. Sedangkan kami yang merupakan darah dagingnya sering dicatu makanan dan kelaparan. Jika lihat aku, aku sendiri seperti orang tak cukup makan kerana terlalu kurus. Menurut ibu, sedekah tu amalan mulia. Aku senyap saja. Ibu seorang yang agak kuat agama. Suka baca buku agama, dengar ceramah dan solat sunat. Tetapi ibu agak panas baran dan suka menengking, selain memperlekehkan dan memperbesar-besarkan hal kecil. Sebagai contoh, apabila ada anak yang terlupa lipat sejadah lepas digunakan, dia akan naik angin daripada pagi ke malam, lebih-lebih lagi jika anak itu bukan kesayangannya. Ada sekali tu, lepas seharian bermasam wajah dan beri layanan buruk, waktu mahu tidur, baru dia dapat tahu yang dia terfitnah anak itu. Rupa-rupanya, anaknya yang lain punya angkara. Hal-hal lain jangan cakaplah, habis satu rumah kena tempiasnya. Ibu walau sealim mana, memang liat mahu mengalah. Setiap kali bergaduh dengan adik beradiknya, jiran-jiran, lebih-lebih lagi anak-anaknya yang berstatus lebih rendah daripadanya, memang sukar memohon maaf terlebih dahulu.

Perubahan sikap ibu pun berdasarkan keadaan sekeliling. Aku dengan beberapa orang adik beradik sedar ni, jika anak yang menyakitinya merupakan anak kesayangan, dia akan cuba menegur kesalahan dengan berhemah atau lupakan terus. Ibu lebih sayangkan anak yang beri banyak manfaat kepadanya, lebih-lebih lagi duit. Aku ada abang yang sudah berkerja bagus dan ada kereta yang sering digunakan untuk bawa ibu bersiar-siar. Abang juga sering beri parents duit. Jika dulu, ibu memang selalu bergaduh dengan abang kerana abang memang nakal dan selalu dirotan ibu. Tetapi apabila dia sudah bekerjaya dan sering beri ibu duit, ibu makin manjakan sampai setiap kali dia pulang, pakaiannya akan dibasuh dan dilipat ibu, selain masakkan makanan favourite dia. Aku dengan adik beradik aku masih diberi layanan sama, mungkin lepas kami buat perkara sama barulah dia mahu berikan sepenuh kasih sayang agaknya.

Pada tahun lepas, aku disahkan hidap Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Ia merupakan mental health disorder. Pesakit ini sering resah tak tentu fasal, buat perkara sama berulangkali seperti bersihkan tangan, mengunci pintu dan sebagainya sehingga membawa tekanan berpanjangan. Aku datang dengan ibu ke tempat rawatan tu. Pada mulanya, aku seorang sahaja bertemu perawat sebelum ibu masuk dari luar bilik. Dalam berbual hampir setengah jam, tiba-tiba perawat tu tanya keadaan di rumah selama ni. Perawat itu beritahu sikap ibu yang suka menengking dan naik angin dengan kesalahan-kesalahan tertentu aku walhal perkara kecil seperti apabila terlupa letak kunci, silap letak barang pada tempat tertentu yang bukan di tempat seperti yang ibu mahukan, terlupa melipat kain sebelum berjumpa kawan-kawan, menjadi punca sikit sebanyak OCD ni berlaku kerana aku semakin lama jadi semakin sangat berhati-hati, tak yakin, sentiasa mahu perfect dan curiga dengan tindakan-tindakan aku. Apabila ibu aku dengar perkara ni, sebagaimana yang aku jangka, ibu cuba nafikan dan mengelak dengan menukar topik perbualan. Hari-hari kemudian pula aku sepatutnya masih perlu dapatkan rawatan, tetapi kami sudah tak pergi. Faham-faham sajalah. Disebabkan tu terpaksalah aku ikhtiar sendiri dengan sumber internet dan syukur aku beransur-ansur pulih.

Kali ini, aku mahu bercakap tentang ayah aku yang aku tak pernah aggap seperti hero. Selama ni, banyak hal family yang dia lepas tangan. Urusan rumah daripada aku kecil sampai ke besar sekarang masih tak selesai sehingga aku sering dijadikan peneman ibu aku turun naik pejabat tanah. Seingat aku, tak pernah langsung ayah bawa aku ke klinik atau hospital ketika sakit, walhal adakalanya dia ada saja di rumah bersandar santai depan TV. Ulang alik ke tempat rawatan daripada aku kanak-kanak dulu hanya dengan bas atau teksi tengah panas dan hujan, dalam keadaan sakit kepala dan muntah sebab demam dan sebagainya. Setahu aku, menurut ibu, ayah just pernah hantar aku dengan adik beradik ke hospital ketika ibu pregnant dan menjenguk kami di sana ketika bayi. Ayah kuat bekerja sampai sebolehnya tak mahu ambil cuti walaupun tahu anak sakit. Setiap kali exam, dia tak pernah ambil peduli sangat result kami. Yang terpaksa urus aku masuk IPTA pun ibu. Memang kebanyakkan hal anak-anak ibu uruskan sampai termasuklah mengajar mengaji dan solat kami. Ibu pun makin bertambah baran. Pernah waktu ayah mahu mengisi borang tempat kerjanya, dia tak tahu ejaan betul nama aku dengan adik beradik (nama kami pendek saja) dan tarikh lahir. Mahu dikatakan lupa, umurnya baru masuk 40 an masa tu. Tetapi apabila ditanya tentang nama pemain bola dan sebagainya, banyak saja yang diingatinya. Aku sedih, bertambah-tambah sedih.

Aku tahu parents aku tak perfect. Tetapi, kita tak sepatutnya ulangi perkara sama yang kita telah lalui kepada orang lain. Sebenarnya, menurut ibu dengan adik beradiknya, bapa mereka iaitu datuk aku belah ibu juga bersikap lebih kurang sama dengan ibu. Garang dan strict. Dan sikit sebanyak ibu mahu lakukan perkara sama kepada anak-anaknya agar kami jadi orang berguna. Sedangkan banyak juga cara datuk yang dibencinya. Ayah juga begitu. Bapanya iaitu datuk aku sebelah ayah pula sering lepas tangan hal family sampai bawa masalah ketika ayah mahu further study dulu. Aku hairan dan kecewa. Tetapi, mujur aku dengan adik beradik berusaha tak akan mengulangi perkara sama kepada orang lain. Aku single sejak baby sampai sekarang kerana perempuan yang aku suka hampir 9 tahun reject aku. Jadi aku banyak luangkan masa dengan kawan-kawan saja. Aku memang sentiasa berusaha jaga hati kawan-kawan aku sampai apabila aku ada duit lebih, aku beli makanan banyak untuk share dengan dorang, beli birthday gifts, dengar luahan dorang dan beri nasihat, selain pinjamkn duit jika mereka perlu. Sebolehnya aku mahu mereka happy dan tak sedih berpanjangan seperti aku selama ni. Aku ambil berat fasal mereka sampai ada salah seorang bestfriend tuduh aku gay. Aku terasa hati jugalah… tapi tak apalah, mungkin dia tak faham sangat kenapa aku jadi begini, kenapa aku tak segan silu tunjukkan perasaan aku dengan sejujurnya.

Seingat aku, aku tak pernah memeluk atau dipeluk parents aku. Aku mahu peluk parents aku pun rasa awkward sebab tak diajar sejak kecil. Cemburu lihat kawan-kawan yang dipeluk parents yang hantar mereka ke sekolah dulu. Cemburu lihat orang lain dapat kiss daripada parents pada pipi dan dahi. Aku dengan adik beradik aku just dapat kiss tangan sebab parents tak suka melebih-lebih. Cemburu lihat orang lain bergambar mesra dengan parents sempena hari ibu dan hari ayah. Sedangkan aku mahu ambil gambar ibu pun dilarang dan dimarahi di pagi raya sebab ibu tak suka bergambar. Cemburu lihat orang lain pakai baju raya sedondon warna satu family. Sedangkan parents aku tak peduli pun tentang tu walaupun dah diajak. Aku ingat lagi, masa aku masih kanak-kanak, ibu pernah cakap dia tak mahu kami adik beradik bermanja dengan mereka. Habis, jika bukan parents, dengan siapa kami mahu bermanja? Entah apa yang dirasakannya ketika bercakap selamba begitu. Aku yang dengar masa tu pun dah rasa sayu. Banyak orang luar yang tak faham pasal anak-anak seperti kami. Silap-silap, kami dipersalahkan bulat-bulat dan dilabel anak-anak derhaka jika berlaku apa-apa. Di media sosial apabila ada bercakap tentang hormatilah parents kita yang sudah menatang kita seperti minyak yang penuh, hati aku pedih. Ada juga yang cakap untung orang yang masih ada parents. Emm… yang dapat parents penyayang dan bertanggungjawab untunglah. Tetapi, jika sebaliknya, silap-silap anak-anak asyik dapat dosa tanpa sedar.

Walauapapun, aku berniat, suatu hari nanti, apabila aku sudah berkahwin dan ada anak-anak sendiri, aku mahu mereka tak rasa apa yang aku lalui. Aku mahu peluk dan kiss mereka selalu, ucap perkataan sayang setiap hari. Biarlah aku tak berpeluang merasai semua itu, asalkan darah daging aku dapat rasa betapa bahagia ada parents yang penyayang dan bertanggungjawab. Kepada semua pembaca, ambillah iktibar daripada kisah pahit hidup aku ini. Sentiasa bahagiakan orang lain, jangan pentingkan diri dan berusaha jaga hati orang lain walaupun kita tak dapat balasan serupa. Yakinlah, ada manfaat besar yang kita tak sangka kita dapat nanti. Terima kasih.

– Lelaki Kecewa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *