Deserve Someone Better

Assalamualaikum wbt. Nama aku Nisa, berumur 25 tahun. Aku baru 2 minggu berkahwin. Kahwin pon dengan orang yang aku tak pernah cinta. Tetapi suami aku tu aku kenal since aku 14 tahun dia pulak 19. Tapi alhamdulillah, kitaorang hidup bahagia. Okay, aku bukanlah nak cerita psal suami aku sebab kisah kami terlaluuu panjang. Kalau aku cerita pon takut2 korang pulak yang muntah pelangi huhu.

Hendak dijadikan cerita, dulu aku tak pernah bercinta sampailah umur aku menginjak ke 25 tahun. Sebab ibu aku selalu pesan, ” Ibu hantar kakak pergi sekolah bukan nak suruh menggatal. Belajar sampai jadi orang yang berjaya. Then, nanti dah ada kerjaya yang tetap, nak bercinta pon bercinta lah. Takde siapa dah nak kesah. ”

Kata-kata ibu lah yang aku selalu pegang. Walaupun diriku digoda dengan lelaki hahaha tapi aku buat ‘dek’ aje . Tambahan, naluri untuk bercinta tu memang tak pernah wujud dalam diri aku sejak aku melalui banyak kisah yang menyayat hati antara lelaki dengan perempuan ni . Mak saudara, bapa saudara yang bercerai berai, kawan2 yang selalu bermasalah dalam percintaan, curang sana sini, dan yang paling terdekat kisah ibu ayah aku. Walaupun mereka tak pernah berpisah, tapi aku tak sanggup tengok ibu aku yg lemah lembut orangnya tiap2 hari kena maki dengan ayah aku . Okey dah. Tak nak cerita banyak2 takut nangis.

Sampailah aku masuk ke alam universiti . Waktu tersebut aku still maintain dengan tudung labuh, stoking, stongan apa semua walaupun aku bukan sekolah agama tapi ibu yang didik aku macam tu tambahan aku ni satu2nya anak perempuan. Satu bulan aku dekat sana, ada seorang lecturer lelaki panggil aku. Aku dengan dup dap dup dap pergi bilik beliau. Selepas mukaddimah yang agak panjang, akhirnya beliau cakap nak lamar aku. Aku terkejut bukan kepalang. Takkanlah aku nak bermadu? Furthermore aku baru 18 tahun kot. Rupa-rupanya bukan untuk beliau, tetapi untuk adik beliau. Aku pon lagi naik hantu. Adik lecturer tu pon aku tak kenal. Bukan batang hidung tak pernah nampak, bayang2 pon tak pernah nampak.

Aku dengan selamba badak terus flip tudung aku sambil berkata, ” Sorry, Nisa datang sini nak belajar, bukan nak cari jodoh atau terima pinangan orang yang langsung tak kenal batang hidung. ” Hahaha bila ingat belakar rasa kelakar pon ada. Lecturer tu pulak senyum aje.

Dua minggu berlalu, lecturer tersebut nak jumpa aku lagi sekali. Kali ni beliau bawa adik beliau bersama. Mak aii adik dia… Bukan aku nak cakap hensem k. Adik beliau.. Peguam rupa-rupanya. Huh aku memang langsung tak sukakan peguam. Nak2 kalau peguam yang bela orang yang tak bersalah. Kesiann… Tapi dorang cakap itu adalah tugas mereka. Tugas seorang peguam adalah membela anak guamnya. Apa aku kesah daa. Bagi aku dosa tetap dosa. Tugas dan niat tak menghalalkan cara.

Waktu tu bermulalah kisah aku dengan dia. Taklah bermula sangat. Aku dapat tahu dia dah lama perhatikan aku memandangkan dia selalu hantar abang dia, lecturer aku tu pergi u disebabkan kereta lecturer aku rosak. Dia cakap dia tertarik dengan pemakaian aku yang sopan santun dan sebagainya. Aku sebenarnya dah muak dengan alasan sebegitu. Bukan lawyer tu sorang je yang cakap macam tu dekat aku, lelaki lain pon pernah cakap macam tu. Sumpah aku cakap, kalau lelaki lain kenal dalaman aku mesti akan terkejut sebab dalaman dan luaran aku jauh beza bagaikan langit dengan bumi.

Ibu aku pernah cakap, ” Kalau kakak nak tahu, lelaki ni memang suka tengok perempuan2 seksi. Tapi percayalah, bila mereka nak cari seorang isteri, seorang peneman hidup, mereka nakkan seorang isteri yang menutup aurat dengan sempurna, yang solehah, yang boleh bimbing anak2 mereka nanti.”

Aku pon tanya ibu lagi. ” Habis, ibu didik kakak untuk tutup aurat, pakai labuh2 sebab nak suruh ramai lelaki berkenan dengan kakak ke? Tapi kakak tak solehah. Bila kakak pakai macam tu kakak rasa hipokrit sebab kakak degil, ego, suka lawan cakap ibu, macam2 lagi lah.” Ibu aku pon dengan tenang jawab, “Bukan, ibu bukan nak suruh ramai lelaki berkenan dengan kakak. Tapi ibu taknak kakak dipandang hina oleh lelaki2. Dalam pada masa yang sama, kakak boleh elakkan lelaki lain berbuat dosa daripada tengok aurat kakak. Tutup aurat adalah kewajipan, bukan fesyen, bukan juga untuk ustazah2 dan orang yang baik sahaja. Tapi once kita tutup aurat dengan sempurna, perlahan2 Allah akan hadirkan rasa malu dalam diri kita untuk melakukan dosa.”

Allahu, kata-kata ibu sangat bermakna untuk aku. Tapi aku tak tahu macam mana, naluri muda aku mampu meranapkan kata2 ibu yang aku pegang sejak aku di bangku sekolah rendah lagi. Disebabkan aku jadi berbelah bgai dengan lawyer tu, kawan2 sekolej aku terus cakap benda yang bukan2 dekat aku. Mereka cakap lawyer tu berkenan dekat aku sebab outfit aku aje. Kalau tak, konfirm lawyer tu dah tak pandang aku. Aku pulak rasa tertekan. Aku tak rasa macam tu. Aku rasa lawyer tu ikhlas. Aku pon tak tahu kenapa. Takkanlah sebab aku dah tersuka lawyer tu? Jadi, untuk aku buktikan kenyataan kawan2 aku adalah salah, aku buat keputusan untuk tukar penampilan aku.

Hendak dijadikan cerita, what a coincidence at all, ataupun sebenarnya dah takdir yang Allah tentukan, waktu aku cuba ubah outfit aku, aku keluar makan dengan kawan2 aku dan aku terserempak dengan lawyer tersebut. Dia pandang aku atas bawah dengan reaksi yang biasa tapi aku tahu dia terkejut. Tiba-tiba dia terus tarik lengan aku pergi tempat tersembunyi sikit. Dia pon cakap, ” Nisa, kenapa awak jadi macam ni? Mana baju kurung awak, tudung labuh awak?” Aku pon tetap dengan perangai selamba aku jawab, ” Encik Faiz, sedangkan ombak dekat laut ada pasang surutnya, inikan pula hati manusia yang penuh dengan dosa macam saya ni.” Perlahan-lahan lawyer tu geleng. ” Sorry Nisa, I think you deserve someone better.”

Waktu tu aku punyalah terkejut dan terkebil2 pandang dia. Tapi dengan selamba aku tersengih sambil berkata, “InshaAllah, ameen. Harap-harap masin lah mulut encik itu ya.” Hahaha rasa kejam pulak. Tapi Alhamdulillah, kata-kata dia memang masin. Aku baru sedar lepas seminggu aku kahwin ni hehe.

Pada saat dan waktu tu aku berubah 360 darjah. Sampai aku balik rumah ibu aku pegang dahi aku, belek muka aku yang dulunya bersih suci lagi murni tapi bila balik dah cemar dengan dgn makeup. ” Ya Allah, kakak ke ni?” Rintih hati seorang ibu yang sudah luluh.

Yang sebenarnya, aku sakit hati dengan lawyer tu. Hanya Allah yang tahu perasaan aku. Now.. Bila Allah hadirkan seorang lelaki bernama suami yang cukup baik dalam hidup aku, aku jadi terfikir.. Betullah, mulut lawyer tu masin.

Sebab tulah kalau benda baik2, kau ucaplah ‘InshaAllah’. Tak rugi pon. Kalau orang cakap u deserve someone better kat kau tapi kau cebik sambil berkata, “Alahh ni jelah orang yang selalu cakap dekat aku. Aku dah bosan tau tak? Aku bosan!” Alamaknya memang tunggang terbaliklah hidup kau.

Sentiasalah percaya dengan garis takdir Allah. Aku dah banyak kali jumpa spesies manusia yang macam aku cakap tadi. Dalam hati, ‘aih aku doa biar Bumi ni hempap kepala eden biar eden sodar sikit kat mano eden berpijak tu’. Haih nasib baik doa aku tak mustajab sebab aku belum jadi seorang ibu lagi hahaha. Lastly, pelangi takkan muncul begitu saja . Tapi akan muncul selepas hujan panas. Moga dapat banyak pengajaran dari kisah aku ni. Thank you.

– Nisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit