Di Mana Malumu

Assalamualaikum admin, moga confession ini di publishkan. Pertama sekali aku nak cakap sorry kalau penulisan aku terabur. Harap pembaca faham lah ye.

Seperti sedia maklum, zaman sekarang ni ramai seller online yg lahir. Tak kira la jual apa pun. Dari pakaian, aksesori, kosmetik, produk kuat, tegang kencang padat semua ada.

As a seller, lagi-lagi yg gunakan fb sebagai medium jualan. Memang kena rajin update status fb. Kena update something yg “wow” untuk tarik perhatian pembaca untuk di like di komen. Itu satu engagement dlm business. Aku faham.

Cuma aku agak annoying, geli, jijik bab kakak jamu yg jual produk untuk wanita tapi dia punya ayat amat la memalukan bagi aku sebagai seorang wanita. Nak jual tak salah sis. Tapi ko sopan la sikit, kita sama-sana perempuan, ko jagalah maruah kita. Ko tu jual produk sis. Bukan jual maruah. Contoh ko cakap pasal bau hany*r, bau k*pam apa semua tu. Bagi contoh keluar dengan kawan. Kawan pulak kuat peluh. Pastu balik rumah, suami pulak yg cakap pasal kawan kau bau k*pam. Ko pun update la status fb. Nak kata betapa dahsyatnya cikbunga ni punya penangan. Sian kawan ko tu sis. Apa salahnya ko tanya dia, ada masalah wanita ke? Kalau ada ko promote la produk ko yg bagus tu. Kan ke dapat dah sorang customer?

Ada seller tu pulak, update gambar si suami tengah pegang produk. Dan caption berbunyi ” Tengah syok tengok tv, tetiba suami tanya dah makan ni ke harini? See, suami i pun dapat rasa kesan produk ni tau”. Amboiiii.. Hal dalam kelambu tu sis. Aku fahamla, perempuan sekarang memang outspoken. Tapi beza kan lah outspoken dengan tak reti malu.

Bila ada orang tegur pasal ni, ko update status sarkastik. Bengang. Tak boleh terima sebab orang kata ko melucah. Dah ko punya ayat pon melampau open sangat. Orang tegurlah. Bila ditegur tak terima pulak. Padahal yang menegur tu dah kahwin 30tahun lebih dari kau. Dia pun malu bila baca status produk ko tu. Orang tak kata ko salah sebab meniaga jamu. Tidak. Silapnya sebab ko punya bahasa tu haaaaaaa…

Orang lain pon jual produk yang sama jugak. Boleh je diorang pakai ayat sopan. Laku jugak barang diorang. Dah kalau kau yg suka update status macam tu, update cakap terang-terang. Customer pon xjadi nak beli barang dengan kau sis. Takut mereka pulak yg kau jadikan testimoni. Yela, kau tu bukan reti nak censore.

Pesanan aku pada seller sekalian. Perbaikilah kualiti penulisan tu. Perbaiki ayat yang sesuai untuk digunakan. Ko sebut keputihan je orang dah faham. Tak perlu lah sampai nak sebut bau hanyir, masam segala. Lelaki yang tak tahu pon jadi tahu. Cukuplah jual produk saja sis. Tak perlu jual maruah.

– Sis perati je

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit