Diuji Kali Kedua

15 Jun 2009 – 15 Jun 2017 ..8 tahun selepas didiagnosed dengan SLE ( Lupus Nephrithis Class 4 ) ..not an easy journey but here I am ..8 tahun selepas didiagnosed ,7 tahun dah SLE under remission ( Under remission means SLE tengah ” tidur ” & aku pun dapat hidup mcm biasa.SLE ni setakat ni takde cure cuma boleh di control supaya tak relapse ) .

Awal2 didiagnosed hidup aku agak “caca merba” .Caca merba means aku ambik masa jugak nak terima mula2 dulu.Kebetulan masa sakit baru lepas grad ,rasa down ,sedih ,emotional semua ada .Aku ambik masa lebih kurang 6 bulan untuk terima kenyataan & mulakan hidup “baru ” .Kira macam bukak “Chapter” baru dalam hidup aku & cuma consider benda2 yang boleh happy kan aku je yang ada dalam chapter baru ni .

Antara benda yg aku kena korbankan adalah my Communication Engineering Degree …tak mudah jugak sebenarnya nak korbankan tu sebab susah gila kot nak dapat tu.huhuhu…kawan2 UIA aku sure faham ni kan .Orang lain ambik masa 4 tahun tapi aku ambik masa 5 tahun untuk graduate .Tapi alhamdulilah graduate la jugak .Tak mudah jugak sebenarnya nak “let go ” benda yg susah benar kita nak dapat .But I have no choice ,I have to let go ni sebab Engineering bkn benda yang boleh buat aku happy ..SLE ni tak boleh stress ,kena happy2 je baru SLE stabil ..Lepas habis chemo aku start keja kat KUMON & buat private tuisyen dari 2010 sampailah sekarang .Hidup aku sangat happy & semuanya baik baik saja sampailah 14.3 .2017 .

Kita hanya merancang Allah jugak yang tentukan semuanya.Aku consider start 14.3.2017 ni another “chapter ” of my life .3 hari je sakit perut yang amat sangat ,Dr kata appendix & terus operate.Appendix tu dah pecah .Masa lepas operate pun Dr dah kata awak ada SLE & makan immunusuppressant drugs ,luka akan lambat sembuh sikit .Huhu..betul pun hipothesis Dr tu ,aku MC 2 bulan & alhamdullilah luka dah sembuh sekarang .

24.5.2017 aku ada appointment dengan Dr pakar pembedahan.Sebab 2 minggu sekali aku kena jumpa Dr pun ,jadinya tak rasa apa yg merisaukan pun.Tambah pulak luka pun dah makin sembuh.Aku terkejut sangat bila Dr cakap macam ni ” Sebenarnya masa operate appendix haritu ,kita ada ambik sample appendix awak & benda tu kanser .Jangan risau ,kita dah buang benda tu .Cumanya sekarang kena buat CT scan sebab risau kanser tu dah merebak .Paling dekat kita risau merebak ke usus” .

Gelap gelita dunia aku masa tu .Ya Allah kanser?aku ? Lagi ? Ya Allah kenapalah aku diuji lagi ya Allah ….aku ambik masa 3 hari untuk “pujuk ” hati aku sendiri …Liza ,Allah tau hang kuat sebab tu Allah uji hang lagi …Liza ,Allah tau hang apa je Allah bagi hang terima dengan hati yang terbuka sebab tu Allah uji hang lagi …Liza ,apa yang nak dirisaukan …kalau kena chemo lagi hang dah pernah chemo …kalau kena operate lagi hang dah pernah operate..the worst part ..mati …kita semua akan mati cuma cepat atau lambat saja …lepas “pujuk ” diri sendiri macam tu aku rasa lega sikit ..tapi biasalah ,aku pun manusia biasa ,kadang2 emosi tak stabil & goyah jugak.Kadang2 susah hati jugak.

Bila kita sakit ,tak kira sesiapa pun ,mesti kita ingat Allah ..kadang2 bila kita sihat ,kita leka jugak .Bila fikir balik bila sihat ,kita lagi kerap buka facebook daripada bukak Al – Quran …bila kita sakit kita akan mula balik bangun solat hajat,solat tahajud malam2 utk munajat pada Allah ….pada siapa lagi kita nak mintak kalau bukan pada Allah .Kebetulan masa aku tau tu lagi 3 hari sebelum Ramadhan ,harap doa2 aku supaya semuanya baik2 saja akan dimakbulkan Allah.Ya Allah ,aku harap sangat badan aku bebas kanser .Amin ya rabb bal alamin .20.6 ni aku akan jumpa Dr Pakar Usus .Harap sangat sesiapa yang terbaca ni tolong doakan aku ya.Thank you.Kalau ikutkan sekarang aku rasa sihat & macam biasa je .Tapi dalaman kita tak taulah kan.

Dalam hidup ni ,tak semestinya kita dapat apa yang kita nak .Selalunya apa yang terjadi diluar jangkaan kita.Sebagai seorang Muslim,kita percaya pada Qada & Qadar ..apa je yg Allah dah bagi ,suka atau tak kita kena terima dengan hati yang terbuka ..Yup ,kita tak boleh ubah apa yg Allah dah bagi ,tapi kita boleh tukar mind setting kita .Redha tu sebenarnya dapat bagi ketenangan jiwa pada kita.

Terima kasih sebab ramai jugak kawan2 yang mesej tanya khabar .Paling sebak bila dapat mesej ni daripada my best friend “Liza ,aku dah hilang mak abah aku ,aku tak nak hilang hang jugak .Please stay strong ” …In shaa Allah ,whatever the result is I will stay stronger ..Doakan aku ya…

– Liza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit