Doa termakbul

Doa termakbul

Hi, terima kaseh kalau admin approve confession ne.

Abang nak cita pendek2 je, dulu abang ne kuat main game espcially dota beb, lepas tu acah2 nak awek gamer gak, tapi hidup berkurung dalam bilik, makan maggie,menganggur plak tu sampai berbulan2. mak pun bising.

Lepas tu aku target nak berubah, tinggalkan duniawi (game je pun haha) cari kerja, ubah lifestyle x berkurung sangat dan lepas tu doa2 la jugak dapat bini gamer.(konon) aku suruh mak aku berdoa gak haha. Dapat kerja, aku bagi duit sikit2 kat mak ayah adik beradik buat apa yg patut la kan. Even though lama kot dalam 2 tahun untuk aku berubah tu.

Dipendekkan cerita, mak aku berkenan dgb sorang pompuan ne, aku pun berkenalan dalam ws dan fb je. comel n lawa la gak hakhak. Dia nampak normal la tapi bagi aku mcm jenis bosan sikit, xbanyak berckp, ckp pun sepi2. Entah apa kena dgn pompuan ne. Tapi dipendekkan cerita kitorang kawen gak sebab masing2 dah leh terima diri masing2 ( menipu sangt)

Lepas kawen tu, hish seganla, dia lagi segan kot, asyik lari masuk bilik dia je,lepas tu malam2 masing2 buat kerja dalam bilik. Aku xtau diabuat apa, tapi aku dok berdota dalam bilik (bosan kot dah bini pun mengurung diri hakhak) aku pulak bengap xreti nak berkata2. Sampai satu ketika ada masa aku main dota kat depan tv, dia tegur "eh abang main dota k?" Nickname abang ####$$ ek"? Aku terkejut, dia kata dia main dota gak, rupanya malam kelmarin kitorang satu party kot main sama hakhakahka. Xpernah ku sangka orng rumah aku main dota gak satu party plak tu. Rupanya dia mengurung diri dalambilik main game jugak rupanya.cehhh punye aku ingat dia segan dgn aku bagai,hahaa patut aku kadang2 dgr ada jerita "noob"!! Kat umah.

Apapun lepas tu, kitorang sangt kamcing, dia pun gamer rupanya dan kitorang pun start rapat dan banyak topik nak bual, serius heaven hahaha. Abang pun pa lagi try la nakdapat rampage setiap game, dia punye happy peh "abang ne pro la" . She is the best support la. Hakhak

Apapun terima kaseh la mak doakan abang ne, doa abang yg bertahun2 lepas tu pun Allah makbulkan. Ubah diri kita dulu barula benda kita nak tu datang dok? Hakhak.

K. Bye. gghf.

– Abang gamer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit