Doktor Kerajaan

Doktor Kerajaan

Salam semua. Hope sgt admin yg baik hati publish confession sy. Tujuan confession? Nama pun confession, so sekadar nak meluah je la. Tak harap sesiapa beri cadangan sebb tkde apa problem yg perlu diselesaikan pun. Kalau ada yg boleh ambil manfaat, alhamdulillah..

Sy ibu ank 1, tgh pregnant ank kedua. Nak cerita sikit pasal doktor2 hospital/klinik kerajaan ni memandangkan sy checkup kt kkia dan bersalin pun kt hospital gomen je. Takde duit nak gi swasta dan kalau ada pun, rasanya tak perlu. Unless sy jutawan. Hoho..

Ikut pemerhatian sy, kt klinik kerajaan pun ada pakar dan ada doktor biasa kan? Kalau dkt hospital gomen pulak yg pakai sut putih tu doktor pelatih, yg pakai casual tu general doktor, dan yg pakai uniform mcm bru keluar bilik bedah tu doktor pakar. Ye ke? Haha.. Sy agak je. Mungkin yg lbh arif blh betulkan agakkan sy ni kt ruang komen.

So nak cakap pasal doktor2 lah ni..

1) Semua nak kene refer.
Yes. Sy dah batuk agk lama dlm tempoh pregnant ank kedua ni. Disebabkan tiba2 HB drop mendadak, doktor beria nak investigate puncanya. Dah check TIBI, negative. So doktor tak puas hati kenapa batuk dah dekat sebulan. Habis dikoreknya medical history sy. Disebabkan sy ada resdung dan pernah ambik nebulizer, doktor nak beri sy Inhaler sedangkan sy bkn officially ada asthma pun.
Tp sblm nak prescribe tu, punyalah gigih dia mintak pendpt doktor2 lain kt bilik tu, rajin pulak jumpa head doktor klinik, tak ckup lg dia call pakar dkt
hospital. JUST to make sure dia tak sewenang2nya memberi sebotol kecik inhaler. See… Ingt senang nak jd doktor? Bkn mudah2 prescribe ubat itu ini ya. Seek advice itu perlu. Walhal dia sendiri pun doktor.
Bkn nak ckp apa, a doktor yg belajar dan praktikal bertahun2 pun punyalah teliti, hairan juga mcmne penjual produk kesihatan dan kecantikan relax je suruh org consult dgn dia, relax juga suruh mkn produk tu produk ni. Berapa tahun la dia kaji penyakit2 berkaitan dan berapa tahun pulak dia kaji isi kandungan produk yg dia jual tu.. Hmm..

2) Banyak tanya.
Kalau dkt hospital tu, 10 org doktor dtg, 10 orglah tanya benda sama. Rasa nak rekod pulak jawapan, tinggal play je nnti. Ini antara punca kenapa org tk suka dduk hospital. Sebb rasa annoyed. Tak boleh ke sorg je tnye, catat then pass la kt doktor lain tu suruh baca?
But apa yg kita pesakit tak sedar sbnrnya adalah, that’s how they LEARN. Bila doktor2 pelatih ni dh jadi doktor, dorg takkan dtg berbondong2 to one patient. Dorg handle sorg2. At that time, kalau dorg tk pernah berlatih nk tanya apa pd pesakit, how can they diagnose you?
Give them their chance, jawap je mcm kita tk pernah ditanya apa2. Nanti kalau doktor tak byk tanya, kita pulak complain ckp doktor layan ala kadar. Apa penyakit yg kita ada takkan terpampang kt dahi, they have to know our symptom before they can decide what to do. Dan kita je tahu apa kita rasa, sakit kt mana, part mana yg tk selesa. Kalau kita tk bg kerjasama, kang salah bg ubat kita salahkan doktor pulak kn?

3) Kelam kabut
Hritu sy masuk ward sehari sebb baby kurang gerak. So dduk kt maternity ward. Sorg doktor pelatih ni nak ambik darah patient katil sebelah yg baru bersalin (masalah HB rendah). Doktor2 pelatih ni bila gugup, ada 3 style.
Slow, blur atau kelam kabut. And this one doktor perempuan agk kelam kabut mencari2 swab yg actually mmg dh ad atas troli. So patient katil sebelah ni ckp ‘Saya tak confident org mcmni. Mana letak barang pun tak tahu.’ Wah! Sedap je dia berckp. Mcmlah dia tahu segalanya bende yg ada atas troli tu utk apa. Sy senyum je. Malas nak argue.
Tapi bila turn sy, another doktor pelatih ni pulak teragak2 nak inject sebb dia kata tak jumpa urat sy. Walhal bru 4 jam lps doktor lain ambik dkt tmpt yg sama with just one shot. Lama jgk dia tekan2 tgn sy, so sy ckp ‘It’s OK doktor, sy tak takut jarum. Just give it a try. Kalau tk kene ambik tgn sebelah pulak.’ Sy mmg jnis tk kisah dgn jarum, lagi azab menelan ubat. But even sy dh cuba yakinkan doktor pelatih ni pun dia tetap tak berani. Another general doctor came and take over. Yg ni nampak confident, sekali dia ambik tak kene juga! Pedih pulak tu.. Huhu.. Better be extra careful than being overconfident kan? Hahahaha..
Last2 dia panggil nurse. Nurse dtg and ckp ‘Dah berapa kali doktor cucuk tk kene ni? ‘ smbil jeling gurau kt dua org doktor td. Sy gelak jelah.. Yelah, ada bende nurse lg expert. Dan ada bnde yg nurse pun tk reti.

4) Tolerance and respect.
Aurat ketika bersalin is a big issue. Especially bila membabitkan doktor lelaki. Once masa nak check heartbeat baby kt hospital, an Indian male doctor who is supposed to give me a checkup minta izin pakar utk tukar dgn doktor pelatih yg perempuan. And I heard the specialist said ‘Takpe, bg Murni take over. ‘ Just upon seeing me with niqab, dia dah faham sendiri tanpa perlu sy request. Of course la, masa tu patient tak ramai and ada dua tiga female doctors yg available. Kalau emergency situation, kita pon taknak berkira dan susahkan pihak hospital kan..
Similar thing happen masa sy bersalin ank sulung. A Chinese male doctor selamba interview sy dr blkg langsir masa nurse tgh buat CTG. Takde kperluan pun utk dia tgok sdgkan dia blh dpt information dgn hnya mendengar suara kita.

So I guess, government clinics and hospitals are not so bad. Kurang selesa tu yelah, nama pun dibayar kerajaan kn. Tak dinafikan, sy pun pernah ada bad experience dgn 2 org nurse tp tak wajarlah 2 org punya mulut kita pukul
semua sama rata.
To all doctors and nurses out there, I know you all are having a tough time EVERY day. Moga Allaah beri ganjaran pd yg betul2 bekerja dgn ikhlas. And to all patients or patients’ families, jgnlah berkira sgt. But make sure you know your RIGHTS. Sekian, Tq admin and pembaca yg sudi membaca.

– Patient Gomen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments