#DoneDakwah

#DoneDakwah

Assalamualaikum kepada semua muslim, salam ramadan dan selamat berpuasa bagi mereka yg berpuasa. Mesej ni saya tujukan khas pada mereka2 yg merasakan diri mereka yang degil, terlalu mulia dan suci utk mendengar nasihat orang lain termasuklah diri aku sendiri. Muslim, tolonglah bangun, wake up my dear brothers and sisters, sekarang ni Islam diserang dari depan, belakang, kiri, kanan, atas bawah dan bila ada saudara atau saudari se-islam kau yang tergerak hati nak tegakkan haq dan betulkan orang, tolonglah jangan kecam dan pandang sinis pada mereka. Tolonglah buang rasa ego tu. Aku faham mungkin ada yang susah nak terima pendapat individu enonimos atas talian ni tapi susah sangat ke nak dengar nasihat orang? Apa kita dilahirkan sempurna ke sampai tak perlu nasihat dan pendapat orang lain? Kalau kau rasa bersalah, mengaku diri tu bersalah, terima kritikan dan nasihat orang. Kena selalu perbaiki diri, malu sangat nak tambah pahala ke macam mana ni?. Ke memang kau dah tak kisah dosa pahala ni atau rasa pahala kau dah cukup banyak untuk lindung kau dari api jahannam nanti? Tak takut ke masa Day of Judgement nanti kau disoal kenapa tak dengar nasihat si polan tu?

Sangat2 malu dengan mentaliti muslim bangsa sendiri. Bila aku ziarah facebook dan jalan2 kat page islamik antarabangsa, bila sheikh ni, ustadh tu, brother ni dan sister tu bagi nasihat kebanyakan komen berbunyi ‘Alhamdulillah thanks for the reminder may Allah bless you’ atau ‘sorry brother I don’t agree with your statement, can you provide evidence from the quran and the sunnah etc’; dan perkara sebaliknya berlaku di page dan komen tempatan. I’ve been mocked and insulted by white supremacists, racist kemetic followers, zionist jews, islamophobe christians and hate preachers but there is nothing that can make me more sad and mad than seeing a person or a group of individuals who are supposed to be ‘muslims’ yet they ridicule and laugh at those who are giving dawah.

Terus terang cakap ye yang aku ni jahil, aku bulan aalim, bila ada orang bagi nasihat aku tak tengok pun latarbelakang beliau, apa tinggi sangat ke status aku sampai tahap malaikat nak tolak mentah2 nasihat beliau? Kalau nasihat tu betul apa lagi alasan yang aku boleh bagi kat malaikat nanti? arrogance or ignorance? probably both. Sedih, pilu rasa weh bila nampak individu2 yang sepatutnya muslim ni komen berhashtag donedakwah, donetazkirah. I mean how ignorant can a muslim be to make such statement?? Aku tak faham sebenarnya, apa nasihat tu cuma mereka yang berlabel ustaz, imam dan sheikh je ke yang boleh bagi? Atau apa kau rasa dakwah ni sebenarnya bahan lawak ke apa? Pandangan peribadi aku, mereka ni tak ubah seperti heckler yang cuba nak jatuhkan aktiviti da’wah. Tak tahulah tergolong dalam kelompok yang mana individu2 ni, munafiqun rasanya. Ya dalam 10 orang pendakwah segera atas talian mungkin ada 2, 3 atau 4 orang yang kurang ikhlas dalam berdakwah, cuma mahukan like tapi boleh ke kau baca isi hati dan niat mereka? bersangka baik bro dan sis, terima je semua. Untuk kebaikan kau juga, lantaklah apa niat diaorang sekali pun.

Seriously as muslims we really need to get rid of this kind of mentality, semua benda kita nak jadikan bahan lawak dan bahan sinis, cukup2 lah dengan sarkastik tu, mintakmaaf cakap tapi kalaulah macam ni cara kau berfikir, semua orang kau nak troll, semua benda kau nak sarkastikkan, then I’m sorry to say that as a muslim, your whole life is a joke. Yup it sounds harsh but that is the reality here. Ni lah yang terjadi bila kau lebih suka berhibur, kau lebih suka lepak kat reddit, 9gag, amran fans, sultan melaka, dll dari beribadat. Cuba lah rajin2 ke masjid, bukan masa solat jumaat dan tarawih je tapi hari2, bila kau selalu solat berjemaah di masjid, bila kau baca quran dalam masjid bila yang lain kelam kabut balik, bertalaqqi, percayalah cakap aku, bila kau muhasabah, aku gerenti kau akan sedar betapa silap dan jahilnya kau sebelum ni, sebab aku pernah berada kat situ. Aku pernah buat apa yang kau buat. Alhamdulillah aku sedar yang dulunya aku silap, dan sekarang giliran kau pula. Aku cakap bukan bermaksud aku lebih mulia dan suci dari kau, tapi aku bagi nasihat sebab aku sayangkan kau umat seagamaku. Aku nak tanya semua muslim yang tengah baca ni, ada ke yang dah buat keputusan nak menetap kat neraka di akhirat kelak? Aku yakin 100% nak jadi penghuni syurga kan, jadi mulakan langkah pertama sebagai seorang muslim, buang jauh2 mentaliti sarkastik & trolling kau tu. Terima kasih.

– Enonimos Muslim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments